PREVENTION IS BETTER THAN CURE

JOM tingkatkan kesihatan secara alamiah dan ilahiah

Makan Sup Lipas

Posted by go4halal on 02/02/2010

Saya baru balik dari makan tengahari. Saya dan kawan-kawan order Nasi Ayam di sebuah restaoran yang penuh dengan pengunjung. Ramai yang beratur mengambil nasi ++, kaunter air pun penuh, casier pun beratur…hmm..mesti sedap ni kalau tak takkan ramai pelanggan.

Sampai turn kami, wah sedapnya nasi ayam…aku memang lapar sebab pagi sarapan biskut dengan kopi radix je. Kami membawa nasi ayam dan sup masing-masing. Saya terus duduk dan menghirup kuah sup…seorang kawan pergi membeli air.

Dia balik menatang air dan hm…duduk hirup sup…boleh tahan… kami mula berbual. Sedap juga nasi ayam …nak ajak kawan-kawan lain makan kat sinilah lain kali sebab kami memang jarang makan kat tempat ni.

A???…..alamak saya nampak sesuatu dalam mangkuk…ada kaki tapi macam bawang je…belek2 lagi…alamak…lipaslah… Uhu..uhu..termakan sup lipas.

Kalau kita tau kita termakan benda yang tidak sepatutnya memanglah geli…tetapi kalau tidak tahu??? sedap je telan. Walaupun tidak dihukumkan berdosa tetapi kesan termakan sup lipas ni tetap ada. Harap tak sakit perutlah…yang lebih sedih mungkin hati jadi gelap beberapa hari??? Minta dijauhkan…berhati-hatilah bila makan di kedai…uhu..jangan jadi macam saya…

Posted in Artikel | Leave a Comment »

BERTUKARLAH KE PENAPIS AIR DEW

Posted by go4halal on 31/01/2010

KALAU BELUM ADA PENAPIS AIR…ELUKLAH BELI DAN GUNALAH PENAPIS AIR SEBAB KUALITI AIR DIMUSIM HUJAN NI SUNGGUH MENGECEWAKAN…SETIAP HARI KERUH…BERAPA BANYAK LUMPUR YANG KITA MINUM SETIAP HARI AGAKNYA…

http://www.hmetro.com.my/articles/Dewdijaminhalal/Article/

Katrij Dew bebas dari unsur-unsur penggunaan tulang haiwan, hanya menggunakan tempurung kelapa sebagai bahan gantian tulang haiwan.

Formula kandungan setiap katrij di dalam berbeza dan tiada syarikat lain yang boleh menciplak sukatan dan ukuran bahan tersebut dalam katrij. Kajian hampir 7 tahun untuk menghasilkan penapis air Dew yang berkualiti.

Sesetengah penapis air di pasaran, tempoh hayat gantian katrij dalam 1 tahun mencapai sehingga RM300.00 hingga RM400.00 setahun dan melibatkan 2 atau 3 katrij dalam setahun, sedangkan Penapis Air Dew hanya memerlukan belanja RM98.00 untuk tempoh 1 tahun pertama. Harga katrij yang murah dan mampu dimiliki.

PH air yang hampir menyamai air Zam Zam.

Boleh membantu menyelesaikan pelbagai penyakit seperti sakit-sakit sendi, sel kanser, darah tinggi, kencing manis, batu karang, gout, membantu meneutralkan asid dalam badan dan sebagainya.

Penyelenggaraan yang mudah dan murah kerana tidak menggunakan elektrik. Penapis Dew telah melalui ujian makmal Sirim.

Air Dew boleh diminum tanpa was-was dan boleh digunakan sebagai air penawar untuk tujuan perubatan.

KAJIAN MAJLIS AIR ANTARABANGSA

Kajian para saintis menyatakan pelbagai penyakit berpunca dari sel tubuh yang berasid dan ia terbentuk dari pemakanan seharian kita.

Mineral berakali yang terdapat didalam air minuman boleh membantu meneutralkan sisa buangan berasid sebagai pencegahan terhadap pelbagai penyakit seperti gout, kencing manis, sakit sendi dan sebagainya termasuk kanser.

Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kanser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic.

Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.

MENGAPA MEMILIH PRODUK PENAPIS AIR DEW ?

Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kenser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.

Apa yang menjadi masalah ialah harga tunai di pasaran Penapis Air terlalu tinggi sehingga mencapai RM2,000.00 harga tunai dan kos penyelengaraan yang mahal berbanding penapis Dew yang lebih murah dan berkualiti tinggi.

….Dew WATER berupaya memulihkan penyakit migrain, darah tinggi, kencing manis, gout, gastrik, buasir, batu karang, kanser payudara, kanser pangkal rahim, hepatitis A, hepatitis C, lelah, sakit urat, masalah mental, mengurangkan masalah syndrom down dan berbagai penyakit lagi…

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 900
Sabah & Sarawak : RM 1000

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 750
Sabah & Sarawak : RM 850

Posted in Produk HPA | Leave a Comment »

Ayat Penghalau Syaitan

Posted by go4halal on 29/01/2010

Daripada hadith yang diriwayatkan oleh Baihaqi, seorang sahabat Nabi SAW bernama Abu Dajanah berkata, “aku telah mengadu kepada Rasulullah SAW dengan berkata”, Wahai Rasulullah, sedang aku berbaring, tiba-tiba aku mendengar desiran suara seperti bunyi kisaran gandum dan berdengung seperti suara lebah. Dan aku terlihat pancaran seperti pancaran kilat. Lalu aku mengangkat kepala kerana terkejut dan takut. Tiba-tiba aku nampak bayangan hitam berdiri tegak memanjang memenuhi ruangan rumahku. Lalu aku mendekati bayangan itu, aku terasa kulitnya seperti bulu landak. Bayang itu menyemburkan cahaya seperti semburan bunga api ke arah mukaku sehingga aku menyangka badan dan rumahku terbakar.”

Lalu Rasulullah SAW menerangkan, “Itu adalah syaitan yang mahu mengganggu dan membuat keburukan di rumahmu, wahai abu Dajanah.”

Kemudian Rasulullah SAW menyuruh Ali bin Abi Talib menulis tulisan ini. Maka Saidina Ali pun menulisnya seperti berikut:

Maksudnya;

“Inilah perutusan dari Muhammad Rasul sekian alam. Kepada mereka yang datang mengerjakan umrah dan berziarah. Amma ba’du. Sesungguhnya kebenaran itu adalah perlindungan bagi kita. Jika engkau terlalu baik, jahat, pemimpin yang sebenar ataupun yang bathil. Inilah kitab Allah yang membicarakan dengan sebenar-benarnya kepada kita, sesungguhnya Kami mencatatkan apa yang kamu lakukan dan malaikat kami menulis segala apa yang engkau sembunyikan. Tinggalkanlah pembawa utusan ini dan pergilah kepada penyembah berhala dan mereka yang menyangka bahawa ada tuhan lain selain Allah. Katakanlah tiada tuhan melainkan Dia. Segala sesuatu akan hancur melainkan Dia. Baginyalah segala ketentuan dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. Haa Miiim, mereka tidak akan diberi pertolongan, Haa Miim, Ain Siiin Qaaf. Berpecah belahlah musuh-musuh Allah, Hujah Allah itu amat jelas, Tiada kekuasaan melainkan kekuasaan Allah. Allah akan memberikan kecukupan kepadamu, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Maha benarlah Allah Yang Maha Besar.”

Aku membawa tulisan tersebut balik ke rumah dan aku letakkan di kepala dan tidur. Tidak lama kemudian, aku mendengar jeritan dan tangisan berkata, “Wahai Abu Dajanah, engkau telah membakar kami dengan perkataan/tulisan tersebut.” Demi kebenaran sahabat Mu, tolonglah buangkan tulisan tersebut. Aku berjanji tidak akan datang mengganggumu lagi. Abu Dajanah menjawab, “Aku tidak akan membuangkannya sehingga Rasulullah menyuruh aku membuangnya.”

Abu Dajanah menyambung ceritanya, sepanjang malam tersebut aku mendengar jeritan dan suara mengerang kesakitan sehinggalah menjelang subuh. Ketika aku sembahyang subuh bersama Rasulullah, aku pun menceritakan kepada baginda hal tersebut. Demi Allah yang telah mengutusku sebagai Rasul, sesungguhnya mereka (syaitan-syaitan) itu telah merasakan kesakitan dan akan menerima azab siksa hingga ke hari kiamat.

Semuga dapat membantu mereka yang bermasalah.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

Posted by go4halal on 22/01/2010

Saya biasa mendengar tentang ‘gangguan’ tapi tidak sangka saya pun terkena gangguan. Saya sukar tidur malam. Kalau tidur pun, sekejap dan terjaga..bila terjaga sukar tidur semula. Pantang dengar ubat insomnia…rasa semuanya sesuai dengan saya dan kalau boleh saya nak cuba. Dalam HPA roselle adalah antara herba untuk insomnia. Sebelum tidur kalau ingat saya akan mengambik 5 biji roselle..tetapi saya selalu terlupa makan herba ni….bila dah terbaring di tingkat atas baru teringat kan roselle. Nak turun semula ke bawah..malas .

Kesahnya suatu malam, Aiman (3++ tahun) bangun dari katilnya dan merangkah memanjat ke katil saya. Jarak antara katil kami ialah 2 kaki.

Apa yang saya nampak ialah lembaga hitam sebesar budak berkaki 4 sedang memanjat ke katil saya… Saya sangat terkejut dan ketakutan, saya menjerit sekuat hati sambil menolak lembaga itu. 2 kali saya menjerit (mungkin jiran pun terjaga) sambil menolak-nolak aiman yang kelihatan seperti hitam legam. Dia hampir terjatuh…dan menangis…sedih kerana menyangka saya marahkan dia.

Suami terjaga dan cepat menegur tingkah laku saya. Dia pegang saya dan bagitau itu Aiman, jangan tolak dia… saya jadi tersedar dan cepat-cepat mengambil dan memeluk Aiman yang menangis.

Nasib saya baik sebab sepejabat dengan saya ada seorang anak murid Ustaz Harun Din yang juga perawat. Saya bercerita dengan dia minta di doakan. Masa dia pegang kepala saya, dia rasa panas….dia tanya saya ” sakit kepala atau pening???… “saya kata ..tak”.

Dia terus doakan … dan saya memang yakin penuh 100% pada ayat-ayat al-quran….tambah-tambah lagi bila menonton TV OASIS, SABTU 6.30 petang. Saya berdoa didalam hati… “Ya Allah sembuhkan semua penyakit aku”.

Alhamdulillah, malam itu saya rasa tidur yang sangat puas. Rupa-rupanya kepala yang panas menunjukkan saya sedang diganggu. Di satu forum saya terbaca inilah di antara kita sedang diganggu oleh ‘mereka’.

Saya jumpa info ni di sebuah forum dan eluk anda cek jika anda ada simptom yang serupa …. usahakan sesuatu.

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.

2) Badan terasa berat dan malas.

3) Sukar mendapat jodoh.

4) Badan terasa bisa-bisa.

5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.

6) Sukar tidur malam.

7) Sakit pinggang tanpa sebab.

8) Sakit dada bila waktu asar keatas.

9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.

10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.

11) Bermimpi di tempat tinggi.

12) Bermimpi di tempat yang kotor.

13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.

14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

15) Bayi kerap menangis.

16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.

17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

19) Malas beribadat.

20) Nyanyuk ketika usia lanjut.

21) Panas baran.

22) Sikap berubah secara mendadak.

23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.

24) Suka melakukan tabiat buruk.

25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

26) Kerap keguguran.

27) Gagal melakukan hubungan kelamin.

28) Mengantuk bila dengar al-quran.

29) Bermimpi seram yang menakutkan.

30) Darah haid turun lebih 15 hari.

31) Batuk yang berpanjangan.

32) Selalu ditindih ketika tidur.

33) Kuat berangan.

34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

35) Nafsu seksual yang melampau.

36) Selalu melihat kelibat dirumah.

37) Terasa diri selalu diperhatikan.

38) Mandul.

39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.

40) Melihat jin secara terus.

41) Sakit mental atau gila.

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

Patutkah Anda Terus Merokok?

Posted by go4halal on 15/01/2010

Dari Hukum Syarak…merokok  adalah HARAM di sisi agama ISLAM (Fatwa 1995). Dari segi kesihatan …perokok bukan sahaja merosakkan organnya sendiri malah orang disekitarnya, dari segi ekonomi….perokok menderma kepada Yahudi yang menggunakan sumbangan itu untuk mengganyang Islam (terutama di Palestin). 

 Jadi atas alasan apa anda terus merokok????

JOM kita baca apa kata Prof. Dzulkifli Abdul Razak; Pusat Racun Negara, USM.

SEJAK kebelakangan ini, banyak perkara baru yang timbul yang mengaitkan secara langsung kedudukan syarikat-syarikat tembakau khususnya di Amerika Syarikat dalam mengendalikan perniagaan mereka.

Malah pada lewat bulan Mac yang lalu, salah sebuah daripada syarikat tersebut, Liggett Group Incorporated, telah membuat pengakuan tentang beberapa hal apabila ia bersetuju untuk menyerahkan di antara lain dokumen-dokumen syarikat untuk diteliti oleh peguam-peguam anti-merokok.

Dokumen-dokumen ini adalah penting sekali kerana ianya dianggap sulit dan dirahsiakan oleh syarikat tersebut buat hampir 30 tahun lamanya.

Namun demikian, isi kandungannya masih berguna kepada pihak yang ingin tahu tentang muslihat perniagaan rokok di dunia antarabangsa.

Pengakuan yang dibuat oleh syarikat Liggett sekali gus membuktikan bahawa dunia perniagaan rokok secara amnya telah menyorokkan beberapa fakta kesihatan yang penting untuk pengetahuan umum, khususnya perokok.

Dengan adanya pengakuan seumpama ini, satu perspektif baru dapat dibentuk dalam usaha kita untuk membasmi tabiat merokok di kalangan masyarakat amnya dan remaja kita khasnya.

Berikut adalah di anatara pengakuan yang dapat dipetik daripada dokumen-dokumen yang diserahkan oleh syarikat Liggett kepada pihak-pihak yang berkuasa di Amerika Syarikat.

Muslihat 1: Nikotin dalam tembakau adalah sejenis dadah:

Buat beberapa lama, perkara ini telah disyaki dan turut dibuktikan secara saintifik yang bahan nikotin terkandung di dalam tembakau terdiri daripada sejenis dadah yang boleh menyebabkan ketagihan.

Walaupun demikian, hakikat ini tidak langsung mendapat pengiktirafan daripada syarikat rokok yang terus mempertahankan bahawa nikotin itu tidak mendatangkan ketagihan.

Malah syarikat-syarikat rokok tersekongkol dalam menafikan perkara ini baik kepada pihak Kongres Amerika Syarikat sekalipun.

Kini jelas terbukti daripada dokumen-dokumen syarikat tersebut bahawa ia telah pun mengenal pasti bahawa nikotin itu sebenarnya dadah yang boleh mendatangkan ketagihan.

Tetapi ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Dengan kata lain, syarikat-syarikat rokok telah memperdayakan orang ramai dalam hal yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.

Lantas kini, ramai warganegara Amerika Syarikat termasuk lebih daripada 25 kerajaan negeri Amerika Syarikat kini sedang dalam proses untuk menyaman syarikat-syarikat tersebut.

Muslihat 2: Rokok mengandungi racun makhluk perosak:

Satu lagi perkara yang jelas mengenai dokumen berkenaan adalah daripada segi aspek keselamatan bahan-bahan tembakau yang pernah digunakan. Ini terbukti daripada pengakuan yang menunjukkan bahawa tembakau rokok ada dicemari dengan bahan makhluk perosak seperti DDT, Malathion, Aldrin, Chemphechlor di antara lainnya.

Dokumen dari syarikat Liggett juga mengakui bahawa bahan ini adalah “amat berbahaya”. Selaras dengan tindakan yang diambil oleh beberapa negara termasuk Amerika Syarikat untuk mengharamkan jenis-jenis racun makhluk perosak yang sama.

Sekali lagi fakta ini tidak dinyatakan secara terperinci kepada orang ramai khususnya pengguna bahan tembakau, demi menjaga keselamatan dan kesihatan mereka. Malah tembakau yang mengandungi bahan-bahan tersebut terus dijual kepada masyarakat umum.

Muslihat 3: Tembakau mendatangkan berbagai penyakit:

Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa tembakau melalui tabiat merokok boleh mendatangkan berbagai kemudaratan kesihatan seperti sakit jantung, kanser, lelah dan sebagainya.

Lagi sekali perkara ini sememangnya diketahui oleh syarikat tembakau melalui penyelidikan yang mereka lakukan. Dokuken-dokumen berkaitan dengan hal ini juga telah diperolehi melalui pengakuan syarikat Liggett.

Namun begitu, syarikat-syarikat tembakau sentiasa mempertahankan barangan dagangan mereka seolah-olah kemudaratan kesihatan yang berkaitan dengannya adalah satu perkara yang kecil.

Lantas tidak ada mana-mana syarikat rokok yang secara sukarela menyatakan gejala-gejala buruk merokok baik secara umum apa lagi secara terperinci selagi tidak dipaksa oleh perundangan. Oleh itu keadaannya lebih buruk apabila tidak wujud undang-undang kawalan tembakau yang ketat.

Bukti-bukti tentang penyakit akibat merokok itu telah mengalakkan ramai perokok menyaman syarikat-syarikat tembakau.

Dijangkakan dalam masa 2 tahun ini, lebih banyak kes akan dibicarakan berbanding dengan 40 tahun yang lalu. Ini menunjukkan bahawa para pengguna umumnya dan para perokok amnya rasa tertipu dengan dakyah yang disebarkan melalui iklan-iklan rokok di merata tempat.

Muslihat 4: Remaja menjadi sasaran pemasaran rokok:

Dengan bertambahnya pasaran rokok khasnya di negara membangun, lebih ramai para remaja kini terlibat dengan tabiat merokok. Walaupun selama ini disyaki beberapa strategi telah digunakan untuk menarik langganan remaja, hal ini terus terbukti melalui catatan-catatan yang terdapat dalam dokumen-dokumen syarikat tembakau.

Salah satu daripada dokumen tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa ada rancangan yang digubal oleh syarikat rokok untuk disasarkan kepada remaja berumur 16 tahun.

Syarikat rokok mengakui bahawa pada peringkat umur seperti ini, mereka lebih mudah dipengaruhi dengan berbagai daya tarikan yang mendorong mereka merokok.

Syarikat-syarikat rokok juga faham bahawa tabiat yang dipupuk pada peringkat remaja akan berpanjangan sehingga umur mereka lebih lanjut.

Tambahan pula nikotin dalam rokok akan menentukan bahawa mereka apabila mula merokok akan terus bergantung dengannya. Ini sekali gus menjamin pasaran rokok yang bukan sahaja stabil tetapi terus berkembang dari semasa ke semasa.

Oleh yang demikian, tidak syak lagi yang kalangan remaja dijadikan mangsa dan bilangan ini terus meningkat tahun demi tahun.

Muslihat 5: Promosi merokok berasaskan perkauman:

Ini merupakan satu lagi aspek yang amat memeranjatkan yang selama ini tidak diketahui umum.

Dokumen-dokumen yang diperolehi juga menunjukkan bahawa syarikat-syarikat rokok mempunyai strategi-strategi tertentu untuk memasarkan rokok.

Mereka dengan bukan sahaja peringkat umur, aspek jantina, tetapi juga disalurkan secara halus khasnya kepada kaum-kaum tertentu seperti orang-orang keturunan Afrika, Hispanik (Selanyol) mahupun keturunan Yahudi yang terdapat di Amerika Syarikat.

Ini adalah dengan tujuan mendapatkan pasaran yang lebih menyeluruh di kalangan semua kaum. Dalam hal ini, dapat dirumuskan bahawa syarikat tembakau pada amnya tidak menghiraukan sama sekali kedudukan sesuatu bangsa itu asalkan sahaja pasaran rokok dapat dilariskan.

Saya ambil dari http://www.hpa.com.my/

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

JOM nak cerita Pejabat Baru Aku ….

Posted by go4halal on 10/01/2010

Aku mula ditugaskan di pejabat baru ini pada bulan September 2009 iaitu pada bulan Ramadhan 1430H. Aku sangat teruja apabila setiap pagi ada bacaan dan terjemaahan ayat suci al-quran oleh pegawai disini yang mana dibaca secara bergilir-gilir setiap pagi… sejuk hati mendengarnya. Cuma… sayang ianya tidak diteruskan selepas Ramadhan.

Cantiknya .. doa pagi dibaca secara bergilir-gilir oleh semua warga lelaki muslim. Selepas bacaan doa ada pula sedikit tazkirah. Kalau nak harapkan aku baca tazkirah sendiri pagi-pagi…memanglah takda.. alasannya tak sempat…sebenarnya malas sebab hati telah dikuasi oleh nafsu dan musuh utama (syaitan) . Tetapi bila orang bacakan …boleh juga pasang telinga sambil bancuh kopi radix/ makan nasi lemak/ membaca emel.

Setiap hari rabu pula ada kelas tajwid. Dah lama aku berhenti belajar tajwid ni, ada juga berangan nak sambung semula…tapi dah masuk 3 tahun berhenti…masih bertangguh untuk sambung semula…mujur juga di pejabat baru ni diadakan kelas tajwid dewasa dapatlah aku joint…alhamdulillah lagi sekali. Kelas yang sekarang seminggu sekali ini; akan diusahakan menjadi dua kali seminggu…aku doakan agar perancangan ini menjadi kenyataan. Kalau tanya aku…tiap2 hari buat kelas tajwid pun takpa…

Setiap hari Jumaat ada pula flyer dakwah dan sirah dengan tajuk menarik yang memberi pengajaran dan iktibar singgah di atas meja. Walaupun ada yang mengabaikan flyer tersebut tetapi bagi aku ianya akan ku baca… tambahan sekarang aku jadi pengedar flyer tersebut. Pagi Jumaat (8 Jan 2010) berpeluh aku berjalan dari satu blok ke satu blok, naik turun tangga….nasib ada yang sudi membantu. Terima kasih banyak pada kawan-kawan yang menghulurkan bantuan untuk tolong mengedarkannya…maklum usia dah banyak…suruh berjalan lelebih…lutut terasa longgar dan urat saraf terasa kejang, nafas pula terasa pendek pendek nak kena penyakit semput pula kot…  .

Bacaan Yasin dan tahlil pula diadakan 2 minggu sekali. Yasin yang pertama bagi tahun Hijrah 1431 dan 2010 telah diadakan pada pagi Jumaat yang indah (8 Jan 2010) Lebih seronoknya dan bermakna bila… pihak pengurusan tertinggi bukan sahaja memberi lampu hijau untuk aktiviti sebegini tetapi juga turut serta bersama kami menjayakannya. Lepas baca Yasin kami makan nasi briyani bersila atas tikar .

Makanan pula di taja oleh seorang pegawai (yang sanggup ambil cuti untuk masak sendiri lagi tu..memang sedap…. terima kasih banyak.. ). Penaja bukan setakat taja nasi briyani tetapi juga Air Mineral HPA yang dibacakan Yasin…sedapnya air mineral HPA, bila minum pasti teringat pada air zam-zam… Ada yang dapat lebih sebotol pulak tu, termasuklah aku (dapat 2 botol …jangan marah!..nanti merah! )

Semuga semuanya dapat diteruskan sampai bila-bila. AMIN!

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Misteri kopi RM20

Posted by go4halal on 08/01/2010

Siapa belum baca cerita ni? Dalam dunia ni banyak perkara yang sukar nak percaya tetapi itulah yang terjadi. Syarikat besar tak mungkin tipu????? tak mungkin letak benda bukan-bukan dalam produk mereka sebab … takkan mereka nak rugi. Siapa yang merancang nak rugi?… Kalau syarikat kecil nak melipat gandakan keuntungan , apatah lagi syarikat besar yang hutangnya pun juga besar … ada ke orang kaya nak jatuh miskin???? Pada pandangan saya orang kaya lagilah nak kaya raya … lagilah nak lipat gandakan untung….

Sukar untuk saya percaya cerita akhbar ni, ada orang sanggup minum kopi berharga RM20 secawan???? begitu jugalah sukarnya saya nak percaya ada katak dalam sardine dan ada cacing dalam MILO. Sukar saya nak percaya syarikat besar dan terkenal, Pasaraya besar yang ramai pengunjung Melayu (Islam) sanggup jual ayam cucuk, ayam bercampur babi dll… tetapi itulah yang kita baca dan seperti biasa …. nak percaya ke tidak ni? betul ke tidak ni?

Wallahualam…

KUALA LUMPUR: Secawan kopi susu biasanya dijual RM1.20 saja, namun kini timbul tanda tanya apabila muncul sejenis kopi istimewa mencecah RM20 secawan sehingga menimbulkan persoalan mengenai ramuan misterinya.

KUALA LUMPUR: Secawan kopi susu biasanya dijual RM1.20 saja, namun kini timbul tanda tanya apabila muncul sejenis kopi istimewa mencecah RM20 secawan sehingga menimbulkan persoalan mengenai ramuan misterinya.

Persoalan itu terjawab apabila produk kopi yang diuar-uarkan mampu mengembalikan kejantanan suami di ranjang disahkan mengandungi racun berbahaya sildenafil yang dipercayai menjadi ramuan sulit syarikat pengeluar dan pengedarnya bagi melariskan jualan.

Bahan kimia terlarang itu yang boleh menyebabkan mati mengejut sering dicampur pembekal haram dalam serbuk kopi selepas didapati berupaya meningkatkan keinginan seksual lelaki walaupun pada masa sama mengundang 1,001 kesan sampingan berbahaya.

Penjualan ‘kopi batin’ terbabit terbongkar selepas sepasukan 10 pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyerbu sebuah syarikat berpejabat di Jalan Gombak di sini yang dikesan menjadi pengedar utama kopi maut terbabit.

Serbuan jam 11.15 pagi semalam oleh pegawai penguat kuasa farmasi KKM diketuai Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid Wan Ibrahim dilakukan di pejabat syarikat pengedar serbuk kopi berkenaan selepas menerima maklumat mengenai aktiviti penjualan kopi beracun berkenaan.

Wan Hamid berkata, pihaknya terlebih dahulu mendapatkan sampel produk kopi terbabit sebelum menghantarnya menjalani ujian makmal dan disahkan mengandungi bahan kimia beracun itu.

“Hasil serbuan mengejut itu, kami merampas hampir 3,000 peket kopi berkenaan yang dianggarkan bernilai RM30,000. Siasatan mendapati kopi berkenaan dijual mencecah RM200 bagi setiap kotak berisi 10 peket.

“Lebih mengecewakan apabila berlaku penipuan terhadap pengguna apabila produk kopi terbabit didakwa pengedarnya selamat kerana dihasilkan melalui ekstrak tongkat ali, herba dan madu tanpa menyebut kandungan kimia berbahaya itu,” katanya.

Menurutnya, hasil ujian makmal mendapati kopi terbabit mengandungi kimia yang sudah diubah suai dipanggil homosildenafil yang dipercayai diseludup.

“Berikutan itu, pegawai KKM mengambil keterangan seorang kakitangan syarikat terbabit berusia 20-an selain seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai pemilik syarikat terbabit.

“Penemuan produk kopi yang dicampurkan kimia berbahaya itu membuktikan masih banyak syarikat kopi campuran tidak serik dan masih cuba membahayakan nyawa orang ramai demi memperoleh keuntungan,” katanya.

Menurutnya, kopi mengandungi kimia sildenafil itu di pasaran mudah dikenal pasti berikutan pengedar biasanya menjual dengan harga mahal.

Difahamkan, sildenafil yang turut terkandung dalam pil Viagra amat berbahaya terutama kepada mereka yang menghidapi darah tinggi, sakit jantung dan kandungan lemak tinggi dalam badan serta boleh menyebabkan tekanan darah menjadi terlalu rendah.

Dari : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Misteri-kopi-RM20/Article

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

MALAM SATU MIMPI

Posted by go4halal on 07/01/2010

MALAM SATU MIMPI … Itulah tema persembahan konsert HPA Raihan yang akan diadakan tidak lama lagi. Tiket-tiket akan dijual dengan harga RM30 dan boleh dibeli di mana-mana cawangan HPA mulai 15 Januari 2010.

Malam Satu Mimpi mengajak semua ahli HPA dan bukan ahli bagi menikmati persembahan nasyid dari kump. Raihan serta pembacaan puisi-puisi HPA bagi tujuan mengumpul dana untuk “Tabung Kemanusiaan Palestin”.

Tiket masuk juga boleh diperolehi dengan membeli 36 botol minuman air berkarbonat HPA seperti Radix Cola, Sarsi, Oren dan pelbagai lagi perisa di dalam satu invois (air berkarbonat 1.5 liter sahaja) dan anda akan mendapat 1 kupon masuk ke konsert tersebut secara percuma. Pembelian tidak ada had dan ia bermula pada 1 Januari sehingga akhir bulan Februari.

Persembahan ini akan dibuat di lima zon (utara, tengah, selatan, timur dan Borneo) pada tarikh dan masa yang akan di tentukan nanti. Disamping itu pihak Al-Wahida Marketing juga menyediakan cabutan-cabutan bertuah bagi para penonton yang hadir pada malam tersebut.

Bersama-samalah kita jayakan konsert ini dan memastikan produk-produk HPA terus diterima serta dinikmati bersama oleh semua pengguna tak kira di mana saja mereka berada. Yang pasti Gempur RADIX !!! Insya Allah.


Rujukan : http://duniaherbahpa.com/2010/01/malam-satu-mimpi-hpa-raihan/

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Panadol Vs IMT

Posted by go4halal on 06/01/2010

Salam semua,

Hari ni saya terima emel dari seorang kawan berkenaan Panadol (Paracetomol). Emel ni saya dah terima beberapa kali tetapi kali ni saya nak kongsi dengan semua. Sama seperti MILO dan Sardine punya cerita…. ada yang setuju ada yang pertikaikan. Saya pula seperti biasa tidaklah pasti sejauh mana kebenarannya mahupun ketidakbenarannya. Saya cari juga info tentang panadolni dan ceritanya panjang lebar… saya berikan link cerita tersebut yang saya ambil wikipedia , anda bolehlah gunakan link tu untuk baca sendiri nanti ya…. berbalik kepada emel kawan saya yang begini al ceritanya:

PANADOL MERBAHAYA

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN,

ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya.

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah
yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Saya pun ada pengalaman berkaitan paracetomol untuk dikongsi bersama :
Suatu hari saya membawa anak ke Klinik Putrajaya kerana anak saya demam dan badannya panas dan saya risau dia akan dapat sawan jika panasnya lambat dikawal. Saya diberi 2 jenis ubat – 1. Panadol kanak2 (dalam bentuk cecair berwarna merah jambu ; cara makan : 10ml 3 kali sehari dan 2. Panadol – berbentuk bullet untuk dimasukkan melalui anus kanak2 apabila panas badannya terlampau tinggi— digunakan apabila perlu.

Saya bertanya kepada doktor “ Doktor , biasanya …. selepas kita bagi budak makan panadol, panas badannya akan turun sekejap kemudian panas akan naik semula sebelum cukup 8 jam . Soalan saya bolehkah saya beri lagi dia panadol … sebelum cukup tempoh tersebut (8 jam)…. jika panas badannya tinggi sangat selepas 2, 3 atau 4 jam diberi panadol sirap… bolehkah saya masukkan pula panadol bullet ?? untuk menurunkan panas badannya? Jawapan doktor ialah : Jangan… paling cepat pun selepas 6 jam jangan kurang dari 6 jam …. sebab kita takut buah pinggang dia rosak sebab dia kecil lagi…”

Walau bagaimanapun cerita lanjut mengenai Paracetomol atau ubatan kimia sintetik yang menjadi penawar pada jangka masa pendek dan memudaratkan dalam jangka masa panjang sudah banyak buktinya. Bukan paracetomol sahaja malahan lain pun sama….terutama jika diambil berlebihan…..

Saya cari juga info di Wiki …. anda bolehlah baca jika inginkan maklumat lanjut di link berikut:

http://en.wikipedia.org/wiki/Paracetamol_toxicity

Manalah tau?….Jika anda ingin mengelakkan Panadol (ubatan kimia lain) kami ada pilihan yang bukan sahaja boleh menjadi ubat pening kepala dan tahan sakit tetapi sekali gus dapat menghilangkan batuk dan selsema jika diamalkan dengan yakin…anda boleh uji sendiri keberkesanannya dan insyaalah ianya tiada kesan sampingan kerana ianya terdiri dari bahan semula jadi (tumbuh- tumbuhan) hempedu bumi. Jika diambil berlebihan ia akan di cerna keluar oleh sistem tubuh kita…

Maklumat lanjut boleh di lihat di link berikut :

http://www.duniaherbahpa.com/2009/02/kapsul-imt-imuniti

Antara khasiat IMT ialah seperti berikut :

Menguatkan sistem pertahanan badan @ antibodi – Jika antobodi kuat semua penyakit menjauhkan diri…
Mengandungi herba hempedu bumi dan herba untuk deep cleansing
Melancarkan peredaran darah, mengurangkan berat badan dan mengatasi masalah angin dalam badan
Melawas pembuangan air kecil
Membantu melancarkan sistem penghadaman, mengatasi masalah sembelit dan melawaskan pembuangan air besar
Mengurangkan masalah jerawat dan masalah penyakit kulit
Melegakan batuk, demam dan selsema

SESUAI UNTUK LELAKI DAN WANITA


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 22.00
Sabah & Sarawak: RM25.00

AIR MINUMAN IMT MENGGANTIKAN AIR CAP BADAK.

Pernah dengar air cap badak???? Pernah minum???? Apa fungsinya…yang saya tau ialah menurunkan panas badan.

Kini….Satu lagi produk HPA yang akan menjadi keperluan setiap rumah ialah IMT drink. Minuman ini dibuat dengan satu bentuk pemerosesan tradisional untuk tujuan yang sangat banyak. Saya percaya sambutan kepada IMT drink akan bertambah dan mungkin melebihi pemintaan Minyak But-but sekiranya pengguna faham kelebihanya.

Antara kelebihannya ialah :-

1. pelindung hati
2. demam panas dan demam selsema.
3. sakit tekak
4. resdung
5. sakit sendi
6. cirit-birit
7. ketersumbatan jantung
8. menurunkan kolesterol
9. menurunkan darah tinggi

Boleh diminum sebotol sekali dan ulangi hingga sembuh. IMT Drink tidak bermasalah dengan anak-anak kecil dan kurangi dosnya.(secawan kecil).
Ia sudah tidak mempunyai rasa pahit (daun hempedu bumi) tetapi sangat berkesan. Dari kajian kami 90% lebih pengguna menyatakan sangat baik untuk anak-anak mereka. Ini bererti kita kini telah menemui ubatan demam tanpa kimia, tanpa rasa pahit dan sangat berkesan.

Ia di proses dari daun hempedu bumi dan air mineral HPA yang beralkali (pH 9.8 ). Dimana air mineral ini boleh diperolehi ? Air yang Allah keluarkan untuk kita di Pokok Sena Kedah. Allahuakbar. Selamat mencuba dengan Izin Allah.

KAJIAN Pokok Herba Hempedu Bumi (Andrographis paniculata)

Kelebihan:

  1. Andrographolid – Bahan utama yang menghalang pertumbuhan sel kanser hati, payudara dan prostat
  2. Flavonoid – Antitrombosis (Mencegah dan menghancurkan pengumpulan darah).
  3. Lactone – Antiradang / Antipiretik (pereda demam, panas dalam, radang paru-paru, tonsilitis, batuk berkahak)
  4. Hepatoprotector – Detox (Membersih dan melindungi organ hati dari keracunan)
  5. Immunostimulant (fagositosis) – Meningkatkan pengeluaran Antibody sebagai Antivirus dan Antibiotic.
  6. Antihistamine – Mengurangkan pengeluaran histamin bagi alahan (resdung)
  7. Produk HPA lain yang menggunakan Daun Pokok Hempedu Bumi ialah D’DET, KAPSUL IMT, HERBA RENDAMAN KAKI

Sumber: JawiHerbShop.blogspot.com & JamalMajlis.blogspot.com

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 3.50
Sabah & Sarawak: RM 4.50

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 3.00
Sabah & Sarawak: RM 3.50

Nilai Mata (NM): 0.5

Posted in Herba Penawar Penyakit | Leave a Comment »

Rindu pada Baitullah, Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi

Posted by go4halal on 04/01/2010

Dah sebulan balik dari Haji, umrah dan ziarah tetapi belum ada kesempatan nak berkongsi cerita dengan anda semua pengalaman 45 hari di sana. Pendek cerita memanglah seronok disana tu…. tempat yang paling tenang dan aman. Walaupun tiada bunga seperti di Kashmir, Beijing, Jepun dan Cape town tapi seronok di Mekah jauh berbeza.

Di tempat lain, seronoknya bersifat sementara – contohnya Kashmir seronoknya pada masa itu sahaja, terasa udara nyaman dan segar, harum bunga bungaannya yang kembang mekar terutama bunga ros, air jernih mengalir turun dari banjaran Himalaya dibelakang menghala ke tasik yang terbentang luas….Dal Lake…di Beijing dan Jepun pula hmmm…subhanallah cantiknya bunga sakura yang memenuhi pepohonnya tapi sekadar cantik dan tiada bau……semua berwarna pink….apabila ditiup angin, bagaikan muatiara berwarna merah jampu terbang jatuh memenuhi bawah pokok…, pemandangan indah hati tenang dan lapang. Di Capetown pula orkid di kaki bukit, tepi jalan, dikedai di kaki lima semuanya pelik dan aneh luar biasa dan tak pernah dilihat…cantiknya…seronoknya… tapi seketika sahaja…apabila balik ke Malaysia..tiada perasaan untuk kesana semula…cukuplah sekali…

Seronok di Mekah – walaupun tiada bunga, tiada air terjun, tiada sakura, tiada okid ….melainkan bangunan dan batu batan, debu kering, penyakit batuk-batuk, kahak di sana sini … tapi peliknya tetap seronok berada disana dan seronoknya sampai sekarang, terus terusan rindu pada Majidil Haram, Baitullah dan Majidil Nabawi. Ketiga-tiga tempat agung ini menggamit-gamit hati untuk ke sana lagi…lagi…dan..lagi.

Kepuasan yang luar biasa apabila bersolat disana. Puas hati kerana selama ini kita menghadap Qiblat dari jauh…ntah tepat ntahkan tersasar sebab Baitullah tu kecil sahaja dan kita pula mensasar ke sana dari beribu-ribu batu.

Apabila bersolat didepan Baitullah terasa sasaran kita sangat tepat jadi khusuk pun luar biasa. Rasa selepas solat nak solat lagi dan lagi. Kaki, tangan tak penat dan tak lenguh untuk terus bersolat…subhanallah…seronoknya dan rindunya nak ke sana lagi.

Saya akan memasukkan pengalaman mengerjakan haji pada tahun 1430H /2009. Doakan saya ada masa untuk menulis dan berkongsi cerita dengan anda.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »