Posted by go4halal on 23/11/2008
Anda atau orang tersayang telah lama menghidapi penyakit asma/lelah dan telah bertahun mengambil ubatan dari Pengamal Perubatan (moden/ tradisional). Malangnya penyakit berterusan. Penyakit itu tetap meyerang apabila cuaca tidak sesuai dengan anda, terkena debu dan pencemaran alam atau termakan makanan yang anda kena pantang seperti makanan laut.
Jangan biarkan ianya berterusan, cubalah herba ini kerana jika tidak mencubanya masakan kita tahu ianya sesuai atau tidak dengan kita. Harganya sangat murah berbanding ubatan lain. Kalau harga ahli lagilah murah. Semoga dapat membantu anda.
Lelah atau asma berpunca kepada lahan cuaca, debu, makanan atau bahan kimia. Penderita akan mengalami gejala bersin, selsema dan gatal. Penderita juga akan mengalami sesak nafas dan akan berlaku dada berbunyi (Wheezing) dan ini lebih jelas pada kanak-kanak ketika tidur.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Vitex Pubenscens
2. Cinnamomum Iners
3. Eurycoma Longifolia
4. Coscinum Blumeanum
Read the rest of this entry »
Posted in Herba Penawar Penyakit | 5 Comments »
Posted by go4halal on 21/11/2008
Semakin ramai pesakit kencing manis dipotong kaki walaupun pelbagai herba tradisional dan ubatan hospital mereka makan. Jangan biarkan orang yang anda sayang/kenal menerima nasib yang sama. Perkenalkan kepada mereka herba ini. Telah terbukti keberkesanannya. Sila cuba dahulu.
Bahan aktif plantisol di dalam ramuan ini berfungsi untuk menurunkan paras glukosa dalam darah (hipoglicemia) serta bertindak untuk merangsang pengeluaran insulin oleh pankreas. Penggunaan Plantisol untuk penderita kencing manis adalah seperti berikut:-
1. Kencing manis di tahap awal (gula dalam darah). Amalkan plantisol 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam sebelum makan. Minum sekurang-kurangnya 2 gelas teh herba setiap hari.
2. Bagi penderita yang sering lemah amalkan bersama spirulina.
3. Bagi penderita yang mengalami gengren disarankan menggunakan teh herba dalam 8 uncang sehari. Hampas teh disapukan ke bahagian yang terluka.
Read the rest of this entry »
Posted in Herba Penawar Penyakit | Tagged: Add new tag | Leave a Comment »
Posted by go4halal on 20/11/2008
Minyak But-but
Minyak But-But mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuklah jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung But-But untuk membuat sarangnya.
Produk baru Krim But-But (pengolahan dari minyak but-but dalam bentuk krim, rasa panas dan wangi).
Kelebihan Minyak But-But adalah seperti berikut:-
Read the rest of this entry »
Posted in Herba Penawar Penyakit | 2 Comments »
Posted by go4halal on 17/11/2008
Paramaria Plus merupakan ramuan terbaik untuk wanita kerana ia mengandungi Kayu Serapat (Paramaria Leavigata) yang mengandungi minyak asiri cautchouc dan getah perca, berfungsi untuk mengencangkan rahim khusus apabila wanita tersebut bersalin atau menghadapi masalah rahim turun. Produk ini amat sesuai untuk wanita yang mengalami sakit pinggang, letih, kesemutan pada kaki dan tangan. Herba ini juga boleh digunakan untuk wanita yang akan memasuki alam pernikahan.
Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.
Sinergi terbaik :
1. Keputihan: Paramaria Plus + Keputihan + H.B
2. Kanser Rahim : Paramaria Plus + Shark Cartilage Plus
3. Bersalin: Paramaria Plus + Herba Tuju Angin
4. Senggugut: Paramaria Plus + Senggugut
Read the rest of this entry »
Posted in Herba Penawar Penyakit | 2 Comments »
Posted by go4halal on 14/11/2008
Coscinium Plus (Herba Resdung & Alahan)
Produk ini digunakan untuk mengatasi masalah ‘allergy’ atau alahan terhadap beberapa jenis makanan. Herba akar Mengkunyit (Coscinumm Blumeanum) yang tumbuh menjalar dan memanjat mengandungi flavanoid bertindak sebagai anti oksidan akan menghilangkan pengeluaran histamin dan alahan serta membantu meningkatkan kadar Vitamin C. Ia juga akan melindungi kerosakan sel akibat radikal bebas serta menguatkan sendi.
Oleh kerana Coscinium Plus termasuk produk panas, pengguna harus menggunakan dos yang rendah pada peringkat awalan. Ia boleh disinergikan dengan Bedak Jasmin, Tompok Hitam, Ficus yang mempunyai kaitan dengan alahan. Kemungkinan akan berlaku sedikit tanda-tanda yakni pengguna akan menjadi lebih serius pada peringkat awal pengunaannya. Namun teruskan penggunaannya kerana ia bersifat sementara sahaja. Ini yang dikatakan sebagai ‘Direction Of Cure’ (DOC). Pengidap alahan adalah dinasihatkan supaya menghindari kawasan debu, makanan seperti udang, sotong, ketam, ayam, belacan, budu dan cencalok.
Read the rest of this entry »
Posted in Herba Penawar Penyakit | 4 Comments »
Posted by go4halal on 02/11/2008
Herba Tuju Angin dihasilkan oleh tumbuhan yang mujarab untuk masuk angin serta melancarkan pembuangan air besar, sehingga badan terasa ringan. Herba ini merupakan makanan kesihatan yang baik untuk tua mahupun muda, baik lelaki atau perempuan. Ia dapat mengatasi masalah angin seperti :
1. Angin Duduk: cepat penat, terasa mual
2. Angin Darah: emosi dan cepat marah
3. Angin Sendi: sakit-sakit badan, lemas, kesemutan dan terasa ditusuk-tusuk pada kaki dan tangan.
Herba Tuju Angin juga baik untuk mengubati migrain, gejalanya sakit kepala sebelah, tiba-tiba pusing. Selain itu, ia baik untuk mengatasi masalah gastrik seperti perut kembung, terasa kenyang sebelum makan.
Read the rest of this entry »
Posted in Herba Penawar Penyakit | Leave a Comment »