PREVENTION IS BETTER THAN CURE

JOM tingkatkan kesihatan secara alamiah dan ilahiah

Archive for February, 2009

AYAM ORGANIK HPA

Posted by go4halal on 27/02/2009

ayam-organik-hpa-v21

Ayam organik yang diternak sendiri oleh HPA ini dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali. Tanpa enzim tumbesaran, tanpa vaksin dan di sembelih mengikut tatacara syariah.

 Artikel Berkaitan Ayam Organik HPA DAUN MAMBU GANTI VAKSIN …. yang ditunggu sudah tiba! Umat islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis. Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya.

Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia.

Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan. Menurut En. Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka cepat besar.

“Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,”katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”, kata Abdul Ghani ketika ditemubual. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA”. “Pasaran ayam ini cukup luas.

Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba”,katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari. Sumber: http://hpa.com.my/hpanews/index.php

Posted in Makanan | 2 Comments »

IMT (Ubat Penahan Sakit/ Pain Killer)

Posted by go4halal on 26/02/2009

Sejak ubat ini dikeluarkan saya ragu-ragu untuk mencuba. Saya masih taksub dengan ubat hospital. Saya diuji dengan batuk. 2 kali saya ambil ubat klinik (mula-mula klinik swasta, kemudian klinik kerajaan) dan minum habis , saya makan juga antibiotik yang diberikan. Selepas 2 minggu lebih, batuk belum juga lega, saya terfikir untuk cuba ambil kapsul IMT. Alhamdulillah..selepas makan hari pertama ianya sedikit melegakan , batuk saya menjadi agak jarang tetapi masih batuk. hari kedua batuk semakin berkurangan dan hari ketiga, saya  batuk sekali-sekala sahaja. Hari ke 4 saya lupa nak makan kerana saya langsung tidak batuk.

Kapsul IMT (Imuniti)

Khasiat: Menguatkan sistem pertahanan badan @ antibodi Mengandungi herba hempedu bumi dan herba untuk deep cleansing. Melancarkan peredaran darah, mengurangkan berat badan dan mengatasi masalah angin dalam badan Melawas pembuangan air kecil Membantu melancarkan sistem penghadaman, mengatasi masalah sembelit dan melawaskan pembuangan air besar.

Mengurangkan masalah jerawat dan masalah penyakit kulit. Melegakan batuk, demam dan selsema SESUAI UNTUK LELAKI DAN WANITA

Harga Pengguna SM: RM 22.00 SS: RM25.00
Harga Pengedar SM : RM 17.00 SS: RM22.00
Nilai Mata: 7

Ulasan/Artikel Tulisan Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA Tentang Produk Kapsul IMT IMT – Pain killer daripada HERBA. Sesudah sekian lama masyarakat menggunakan ubat tahan sakit daripada kimia. Kini HPA berjaya memperkenalkan pain killer daripada herba yang dikenali sebagai IMT.

IMT bukan sahaja menghilangkan kesakitan tetapi ia merupakan anti peradangan yang kuat dan tidak meninggalkan kesan sampingan seperti ubatan yang lain. Hari ini kita bercakap tentang side effect sesuatu ubatan kimia tetapi kita juga perlu dalam masa yang sama menyediakan pengganti kepada ubatan yang sering digunakan seisi rumah.

Syukur kerana IMT ternyata memberikan kesan kelegaan sakit lebih cepat atau sama dengan ubatan kimia tetapi tanpa bahan yang boleh memberikan kesan negatif dalam jangkamasa yang panjang . amin.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

MADU ASLI (TULEN)

Posted by go4halal on 02/02/2009

Madu Asli

Sukar untuk mendapatkan madu asli masa kini. Banyak madu didakwa madu asli di pasaran. Oleh itu berhati-hatilah apabila memilih madu supaya anda mendapat khasiat sebenar madu tulen.  Ramai yang mendapat pelbagai penyakit selepas termakan madu tiruan. Untuk mengelakkan anda tertipu apabila membeli madu, belilah madu asli hpa. Bukan sahaja asli malah didoakan. Apabila makan anda sendiri jangan lupa berdoa terlebih dahulu. Untuk mendapatkan manfaat maksimum jangan lupa sinergikan madu anda.

madu.jpgMadu Asli HPA diambil dari Timur Tengah (padang pasir) amat baik untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan kerana kualitinya yang tinggi dimana kadar kelembapan air di bawah 20%. Madu ini diambil dari lebah yang menggunakan pokok kurma, tin dan zaitun.

Di dalam Surah An-Nahl: Ayat 68-69 yang bermaksud; ” Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : “Buatlah sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda ( Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir”.

Terdapat juga beberapa Hadis Sahih yang menceritakan para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkan dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian akan membantu di dalam proses penghadaman. Oleh kerana madu ini tidak mempunyai kotoran atau racun ia memudahkan fungsi hati dan ginjal. Madu asli juga dapat menaikkan kekuatan fizikal dan mental seseorang.

Untuk orang yang telah uzur dan lanjut usia dicadangkan mengamalkannya satu sudu besar setiap hari sebelum makan. Madu boleh merawat dan menyembuhkan penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal, luka akibat terbakar, bisul serta kurap dengan cara menyapukan Madu Asli ke bahagian tersebut.

Madu Asli boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan kanak-kanak yang menghadapai masalah lambat berjalan. Ini terbukti dalam satu kajian iaitu seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mengamalkan 2 sudu kecil setiap hari selama 40 hari dan ia menunjukkan satu perubahan yang ketara pada tubuh badan dan akhirnya mampu berjalan.

Komposisi (375 gram per botol) :

Madu Asli diambil dari Timur Tengah

Dos :
Sinergikan dengan:-

1) Madu Asli + Malac/Alac = amat baik untuk memecahkan batu karang (Gallstone) dan melancarkan pengeluaran air kencing.

2) Madu Asli + Teh Herba = khasiatnya sebagai pemakanan kesihatan.

3) Madu Asli + Coscinium Plus = amat baik untuk mengatasi masalah alahan(allergy/resdung).

4) Madu Asli + Radix = dapat menambahkan tenaga dan kesuburan lelaki.

5) Madu Asli + Paramaria Plus = dapat menambahkan dan memperbaiki kesihatan wanita.

Posted in Makanan Kesihatan | 4 Comments »