PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA…TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

Sabun Clay – Penawar Sakit Kulit seperti ekzema dll

Posted by go4halal on 16/03/2009

Ulasan Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA Tentang Produk Sabun Clay:
Sabun ini telah mula memasuki pasaran MLM dan mendapat pemintaan yang tinggi. Tanah liat putih yang dijadikan bahan campuran dalam sabun ini menjadi ubat yang baik terutama untuk sakit-sakit kulit seperti ekzema,gatal-gatal dan lain-lain lagi. Penggunaan tanah liat putih(clay) adalah antara 3 – 10% namun bagitu memberikan kesan yang cepat pada penyakit-penyakit tersebut. Ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang sukar diubati dalam perubatan moden tetapi mudah diubati dengan penggunaan sabun clay ini.

Pada peringkat awal sabun ini tidak di letakkan pewangi tetapi keluaran baru telah di masukkan pewangi yang boleh menyegarkan pengguna. Insyaallah. Tanah liat putih juga akan dijual dipasaran dalam bentuk scrub badan tidak lama lagi dan ia memberikan pembersihan yang sebenar mengambil daripada kaedah fikh menyamak dengan 1 bahagian air tanah. Dari testimoni yang telah disampaikan terutamanya daripada leader-leader di utara menunjukan pemintaan sabun clay akan meningkat sekali ganda dipasaran HPA. Insyaalah.

About these ads

22 Responses to “Sabun Clay – Penawar Sakit Kulit seperti ekzema dll”

  1. abdullah said

    saa nak tanya adakah sabun ini sesuai digunakan untuk baby yg berusia lingkungan 6 bulan keatas?baby sy di sahkan ada ekzema kesian juga tgk mlm2 asyik tergaru2…sedih hati ni..

  2. jeff said

    salam…nak tanya..anak saya ada akzima sejak umur 1 tahun hingga sekarang ..umurnya 9 tahun..sudah banyak tempat pergi berubat tetapi masih belum sembuh…mahu secara traditional mahu pun secara sains..pakar kulit pun masih belum berjaya …apa harus saya buat…adakah sabun itu sesuai.??

    • go4halal said

      Salam, kalau dah 9 tahun cuba disiplinkan dia makan herba berikut:

      1. Teh Herba – Menguatkan imunisasi bagi mencegah penyakit.
      2. Coscinium – untuk mengatasi alahan
      3. Omega 3 – vitamin tambahan untu daya tahan serangan kulat
      4. Sabun Cassia/ sabun clay – untuk rawatan luaran.
      5. Jaga kebersihan persekitaran dan kena pantang makan see food

      dapatkan info produk di http://www.duniaherba.net/produk.asp

      Sesuai atau tidak hanya diketahui selepas mencuba secara berterusan. Jika dalam masa 3 – 6 bulan langsung tiada perubahan – bolehlah dikatakan ubat ini tidak sesuai dengan beliau. Jika tidak mencuba bermakna anda tidak berusaha…apabila tiada usaha dan doa maka sukarlah mendapat kesembuhan dari apa jua penyakit…wallahualam…kita berusaha Allah lah yang menyembuhkan.

  3. hye.. saya merupakan salah satu pengguna setia sabun clay.. saya menggunakan sabun ini sejak awal tahun ini lagi.. memandangkan saya merupakan seorang yg mengalami kulit sensitif dan ezkema membuatkan saya sering mencari sabun, losyen atau ubat yang sesuai.. Alhamdulilah, sejak saya menggunakan sabun clay kulit saya semakin okey. Sekiranya saya terasa gatal atau timbul ruam di badan saya terus menggunakan sabun clay.. Kesannya sangat melegakan dan memuaskan.. Kulit saya kembali okey dan sehingga sekarang kulit saya kekal berterusan dengan okey.. Penggunaan sabun clay perlu digunakan dengan betul jika ingin mendapat kesan yang positif.. Cubalah dan tak rugi menggunakan produk terbaik ini :-)

  4. ika said

    terima kasih atas info yang berguna.

  5. Ingin Tahu... said

    salam,
    saya slh seorg pesakit ekzema..sy bru nk mencuba guna sabun nie..tp sy ade satu pertanyaan..bukan ke pewangi tidak sesuai utk digunakn oleh pesakit ekzema..sekrg nie sabun clay telah ditambah dgn pewangi..adakah ia masih selmt utk ekzema…?tidak kah akan berlaku kesan sampingan nanti?

    • go4halal said

      Terima kasih atas pandangan anda. Tiada jaminan semua benda sesuai dengan semua orang. Cubalah dulu … manatau sesuai?…murah, senang dapat dan senang guna pulak tu. Selamat mencuba!

      • Ingin Tahu... said

        salam,
        terima kasih atas jwpn anda..di mana saya boleh beli sabun nie?adakah sabun nie terdapat di mana2 kedai @ farmasi..saya sekrg berada di Port Dickson, N.Sembilan?

  6. kizah said

    Salam,
    saya menghidapi penyakit kulit ekzema sudah 10 tahun,sejak saya berumur 8 tahun dan kini saya berumur 18 tahun.saya ingin mencube sabun clay, adakah sabun clay boleh didapati di farmasi-farmasi daerah Johor?

    • go4halal said

      Assalamualaikum,

      Sabun Clay yang original keluaran HPA hanya boleh didapati di cawangan hpa atau stokist hpa. Anda dinasihatkan menjadi ahli HPA untuk mendapatkan produk pada harga diskaun.

  7. saya berusia 33 tahun…sejak 10 tahun lalu sy baru dpt ekzema. pada mula tak serius sgt…hilang seketika dan akan kembali semula. tapi sejak 2 tahun kebelakangan nie ekzema saya bertambah serius….ubat makan dan sapu tidak lagi berkesan. tahap paling teruk saya terpaksa ambil injection. tapi dokter tidak mengalakkan. ekzema yang saya alami “ruam berair” setiap kelompok ada ruam2 kecil, bila ia mula ada kegatalan akan mula menyerang…paling teruk bila ruam2 air itu pecah. pedih dan gatal yang teramat sangat.selain sabun clay apa produk HPA yang perlu saya ambil untuk mengatasi masalah ekzema ini. Bantu lah saya.

    • go4halal said

      Assalamualaikum Nur,
      Pertama akak doakan Nur cepat sembuh. Penyakit yang Nur deritai ini, benar2 membuatkan akak insaf dan bersyukur sangat betapa kulit yang tidak bermasalah adalah nikmat kehidupan yang tidak terhingga. Nur…sebenarnya penawar gatal dlm HPA sangat banyak. Oklah…akak cadangkan yang murah dulu – > makanlah roselle capsule dan minum teh pegaga, uncang teh yg telah diminum jangan dibuang tetapi gosok lembut2 dikawasan ruam selebihnya carilah bedak sejuk original (putih kecil2…lepas mandi) bancuh bedak tu dan tepek2 dekat tempat ruam…sambil menggunakan ubat, sambilah berdoa pada Allah. Sesungguhnya tiada ubat yang dapat memberi kesembuhan tanpa keizinan Allah. Allah jadikan ubat bagi setiap penyakit adalah sebagai ‘usaha’ sahaja, kesembuhan tetap di tangan NYA jua. Dia yang memberi kita penyakit kerana ingin menguji ketakwaan kita kepada NYA. Selamat mencuba semoga Nur berjtemu penawar.

  8. catherine vitalis said

    Catherine,

    hai…saya salah seorang yang menghidap penyakit ekzema sejak 6 tahun yang lalu…sya ingin mencoba produk ini dimana sya boleh mendapatkan di sabah…terima kasih.

  9. toko sepatu, jual sepatu,sepatu kulit…

    [...]Sabun Clay – Penawar Sakit Kulit seperti ekzema dll « PREVENTION IS BETTER THAN CURE[...]…

  10. mdm tym said

    Salam,mcm mna nak dapat kn sabun tu?saya dari srawak.anak saya berumur 15 tahun dan mseh lagi menghidap penyakit ni.

  11. putri said

    salam saya adala se0rang pesakit eczema bagaimana saya mahu mndpt sabun clay ?

  12. Kak Maz said

    Salam..saya dok cari gambar sabun tu..tolong masukan produk Sabun Clay ini dalam cerita khasiatnya supaya pengguna dapat terus ingat bila hendak membelinya.Selalu,penjual suka tunjuk yang lain..ini pun baik juga..terpesong pengunna dengan tujuannya.Jadi pengalaman ni cukup payah bagi saya.
    Terima Kasih.

  13. Munirah Melaka said

    selain sabun clay, apakah produk lain dr HPA yg dapat membantu??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Scoliosis Survival

Yang Mempesonakan Pada Seseorang Itu Bukanlah Kesempurnaannya Tetapi Caranya Menghadapi Ketidaksempurnaan Itu.

Blog Peribadirasulullah

Membina Generasi Yang Mencintai Allah SWT Dan Rasulullah SAW

PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA...TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: