PREVENTION IS BETTER THAN CURE

JOM tingkatkan kesihatan secara alamiah dan ilahiah

Archive for July, 2009

Ubat Gigi Herba dan Ubat Gigi Amal (Untuk Kanak2)

Posted by go4halal on 27/07/2009

ubatgigiamalubatgigi

Saya mempunyai gigi dan gusi yang sensitif. Mungkin sebab zaman kanak-kanak dan remaja saya suka makan asam. Sampai sekarang pun suka mangga muda cicah dengan belacan + cili padi +gula +kicap…hmmm..sedapppnya!

Saya terpaksa menggunakan ubat gigi khusus untuk gigi yang bermasalah seperti ini. Ubat gigi tu mahal dan hanya boleh dibeli di farmasi. Buka saya tak mau gunakan yang biasa-biasa tapi saya tak tahan sakit dan ngilu kalau guna ubat gigi biasa terutama yang berflorida tu.

Dulu memanglah saya pengguna ubat gigi berflorida yang bila iklan diorang gunakan kulit siput. Kulit siput yang diberus dengan florida konon lebih tahan lama berbanding kulit siput yang tidak digosok florida.

Namun, hari ini ternyata florida tu mendatang musibah bukan manfaat kepada sipemakainya. Bacalah sendiri dalam buliten PPIM (klik je kat sebelah tu…saya dah letakkan) ada kegunaan florida sebenarnya.

Tapi nak buat macamana kita dah guna bertahun tahun kerana itulah yang disogaok pada kita melalui iklan yang kita lihat sehari ntah berapa kali…

Sewaktu diperkenalkan ubat gigi herba HPA saya langsung tidak yakin dan enggan mencuba sehinggalah suatu hari ubat gigi mahal saya habis. Lupa nak beli pulak tu, apa boleh buat hanya ubat gigi HPA ada dalam bilik air. Ubat gigi ni saya beli untuk kegunaan ahli keluarga yang lain. Saya sorang je guna ubat gigi mahal tu (import tu).

Saya pun pebuh ragu-ragu mencuba…dah terpaksa tenyeh sajalah….sehari, dua hari, tiga hari…eh..kenapa gigi saya tak ngilu macam selalu saya guna ubat gigi biasa tu???? Dah sehingga sekarang alhamdulillah saya adalah pengguna setia ubat gigi herba HPA…pergi luar negara pun saya bawak. Outstation dalam Malayisa mestilah bawak…sebab hotel didini tak sediakan ubat gigi…kecuali hotel mahal yang tidak mampu saya diami.

Alhamdulillah kini saya dapat berjimat kerana harga ubar gigi HPA separuh dari harga ubat gigi (untuk gigi sensitif) yang saya biasa gunakan. Saya bernasib baik kerana tidak perlu bergantung dengan ubat gigi mahal lagi…bila melihat iklannya di TV saya hanya tersenyum…teringatkan sayalah penggunanya dahulu..namun tidak lagi sekarang.

Maklumat dibawah ni di ambil dari : http://www.muslimconsumer.org.my/fluorida/

APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai “ubat baru yang tidak diluluskan” kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.

Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai “ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan” disebabkan kadar keracunannya tinggi.

Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

KES MAHKAMAH
Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah “Dental Fluorosis” (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

PENYELIDIKAN AWAM TENTANG FLUORIDA
Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia.”

AMARAN & PANDUAN
Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:

“WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY.”
/
“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”

FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:

- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!
Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.

Hmmmm….macamana masih nak guna ubat berflorida ke? Kalau dah taknak menyumbang kepada yahudi dan dah flourida tu menyumbangkan penyakit dan musibah kepada tubuh badan eluklah gunakan ubat gigi HPA pula. Lebih selamat…

Ubat Gigi Herba HPA dengan khasiat daun mambu dan bunga cengkih.

Antara kelebihan :

1. Diiktiraf HALAL oleh JAKIM

2. Diperbuat daripada sumber semulajadi iaitu daun mambu dan bunga cengkih

3. Tidak mengandungi gelatin dan serbuk tulang (Dicalcium Phosphate)

4. Tidak mengandungi florida yang merbahaya kepada usus

5. Mampu menyelesaikan hampir semua masalah gigi dan gusi

Dengan mengamalkan ubat gigi herba HPA, nafas akan menjadi segar, gusi sihat, kuman serta kaviti di dalam mulut dapat dibasmi serta menjadikan gigi kuat dan bersinar.

Khasiat Daun Mambu.

Herba yang berasal dari India dan Myanmar ini terkenal sebagai antiseptik atau antibakteria bagi mencegah masalah gusi dan gigi berlubang.

Khasiat Bunga Cengkih.

Herba yang berfungsi untuk menguatkan gigi dan seterusnya mencegah kerosakan gigi serta menyegar dan mengharumkan nafas.

Komposisi (200 gram per tiub) :

1. Azadirachta indica 2. Eugenia caryphyllata

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 6
Sabah & Sarawak: RM 7

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 5
Sabah & Sarawak: RM 6

Nilai Mata (NM): 2

Posted in Produk Harian, Uncategorized | Leave a Comment »

RADIX CEREAL – JADIKAN SARAPAN PAGI/MALAM

Posted by go4halal on 21/07/2009

radixcerealRADIX CEREAL

Saya bukanlah penggemar cereal. Saya suka nasi lemak, roti canai atau me goreng sebagai sarapan pagi. Tapi…bila iklan oat boleh menyerap kolestrol berkali kali di mainkan di TV, saya terpengaruh dan beli. Lepas 2 kali bancuh, langsung tak sentuh lagi dah….sampai lupa ada oat dalam simpanan. Selang beberapa lama saya terlihat lagi iklan oat boleh mengelakkan sakit jantung…saya beli lagi sepeket oat. Lepas bancuh 2 kali selebihnya saya simpan lagi. Tak sedaplah…

Baru-baru ni saya nak berangkat ke India meninjau Balqis yang sedang belajar di sana. Teringat dia susah nak sediakan sarapan pagi, saya pun belikan RADIX Cereal HPA. Untuk bekalan 6 bulan, saya belikan 3 peket.

Bila dapat panggilan darinya, saya pun maklumkan yang saya beli 3 peket oat untuk dia bersarapan pagi, senang tuang air panas dah jadi. Sedap pulak tu, saya memulakan iklan padanya; pada hal saya sendiri tak gemar makanan sebegitu.

Dihujung talian ..dia menjawab…oh tidak…tak payahlah oat tu, Kak Long tak makan. Kak Long tak suka makan oat lah …hm… dah beli ni makan je lah..dari tak sarapan pagi pagi kang masuk angin nak belajar pun tak senang…aku cuba mengelak dari kerugian membeli 3 peket oat.

Ala…Kak Long tak nak baik tak payah bawak…jawab Kak Long tak berjaya aku memujuknya. Hmmm…dengan nada merajuk ..tak nak sudahlah…buat rugi je ..aku melepaskan geram.

3 bulan berlalu. Datang angin aku nak mengemas kabinet dapur yang dah lintang pukang isi kandungannya. Semua main sumbat-sumbat je. Satu, satu barang aku keluarkan.

Terjumpalah dengan 3 peket Radix Cereal yang belum dibuka, dua tupperware berisi oat meal yang telah dibuka dan luaknya sangat sedikit.

Alamak…camna ni, nak bagi kat siapa? Aku sendiri pun tak suka takkan nak bagi kat orang? Mak aku pesan , kalau nak bagi kat orang biarlah benda yang kita sayang atau makanan yang kita suka…

Syok mengemas sampai lupa nak bersarapan…perut pun berbunyi…keriukkkkk, kerekkkk, kerukkkk…eh laparnya…berhentilah sekejap. Hm..nak makan apa ni…roti?…lor dah habis?, nasi …belumlah masak lagi baru kul 10 pagi…kalau nak masak kang lambatlah boleh makan..nak masak lauk lagi..tu dah jadi makan tengahari namanya.

Apa kata aku try Radix Cereal ni sebungkus….alah kalau tak sedap pun…sumbat2 je lah dalam mulut ni, pastu telan.

Aku pun dengan cuak..membancuh Radix Cereal…bawak ke meja dan mengadap… bismillahirrahmanirrohim…sesudu, sesudu lagi…sampai habis…hm..boleh tahan sedaplah Radix Cereal ni.

Sejak itu Radix Cereal menjadi sarapan pagi ku. Bila aku makan sedap, aku pun promote pada abang..abang nak tak rasa Radix Cereal…aku bancuhkan untuk dia pulak…ha rasalah…sedap tak?…Dia pun sesudu, sesudu lagi…hmm.. boleh tahanlah.

Sekarang Radix Cereal jadi sarapan pagi kami berdua…kadang-kadang bila dah makan petang, malam aku tak masak dan siap mengemas. Semua lebihan makanan aku buang dan basuh semua periuk dan pinggan mangkuk.

Bila lapar kul 10.30 malam, kami tidaklah makan me segera atau keluar ke food court tetapi makan Radix Cereal. Resepi Radix Cereal aku…satu peket Radix Cereal + 2 sudu besar oat + stengah mangkuk air..kacau rata dan bismillah…cubalah ..

JOM kita tengok apa kandungan utama Radix Cereal HPA:
1. Gula Perang
2. Oat Segera
3. Garam Bukit
4. Kacang Soya
5. Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia)
6. Tebu Gajah (Albizzia Myriophylla)
7. Halban (Vitex Pubescen)
8. Larak Hutan (Polyalthia Hypoleuca)
9. Mengkudu Hutan (Morinda Eliptica)
10. Teja Lawang (Cinnamomum Inners)
11. Mata Pelanduk (Ardisia Crispa)

JOM tengok khasiatnya sekali:
1. Mengandungi khasiat tujuh sinergi herba yang memperbaiki kesihatan.
2. Membekalkan tenaga dengan segera.
3. Pengamalan yang berterusan dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh.
4. Oat merupakan sumber utama diet fiber – dengan kadar 55% fiber larut dan 45% fiber tak larut.
5. Oat terdiri daripada peratusan kompleks karbohidrat yang tinggi.
6. Oat juga mengandungi vitamin B1 yang tinggi – diperlukan tubuh untuk metabolisma karbohidrat.
7. Bagi setiap gram, oat memberikan protein, kalsium, besi, magnesium, zink, kuprum, mangan, tiamin dan vitamin E.
8. Asid amino yang seimbang dalam oat membantu meningkatkan fungsi tubuh.
9. Oat bersifat rendah lemak secara semulajadi.
10. Lipid yang hadir dalam oat terdiri daripada asid lemak yang penting.
11. Oat juga adalah sumber bagi selenium.
12. Garam bukit secara semulajadi membekalkan mineral dalam tubuh.

Penggunaan:
1. Tuang kandungan sachet ke dalam mug dan tambahkan air panas secukupnya. Kacau dan sedia diminum.
2. Sesuai dinikmati bersama keluarga pada bila-bila masa.

Kandungan: 20 paket

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 19
Sabah & Sarawak: RM 21
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18
Nilai Mata (NM): 4

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Madu Paramaria

Posted by go4halal on 18/07/2009

Satu lagi produk untuk wanita, sangat bermanfaat jika diamalkan. Paramaria disernegikan dengan madu. Pasti lebih berkesan. Difahamkan produk ini sangat baik untuk merawat masalah kewanitaan seperti:

1. Melancarkan haid
2. Awet muda
3. Menghilangkan keputihan dan gatal pada kemaluan
4. Menghilangkan sakit pinggang
5. Menguatkan rahim
6. Menguatkan tulang
7. Manghaluskan kulit
8. Melambatkan menopous

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 35

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 25
Sabah & Sarawak: RM 30

Nilai Mata (NM): 5

Berita Berkaitan:

Produk Baru Dari Madu

Produk baru yang akan dikeluarkan merupakan sinergi herba dan madu dan ianya memberikan kesan yang maksima disamping pengurangan kepada kos untuk pembelian 2 produk sekaligus. Produk yang dikeluarkan ialah seperti berikut:-

1. Madu Plantisol (sudah dikeluarkan)

2. Madu Vitex

3. Madu Radix (sudah dikeluarkan)

4. Madu Paramaria (sudah dikeluarkan)

5. Madu Coscinium (sudah dikeluarkan)

6. Madu Ardisia (sudah dikeluarkan)

7. Madu Cuka

Sesuatu herba yang dicampurkan madu akan memberikan kesan yang menyeluruh kerana madu bertindak sebagai katalis bagi membangkitkan kekuatan sesuatu herba. InsyaAllah.

Posted in Herba Penawar Penyakit | 2 Comments »

BEDAK HERBA HPA

Posted by go4halal on 14/07/2009

bedak
Banyak produk untuk merawat wajah dan penyakit kulit lain dikeluarkan oleh HPA. Kenalpasti keperluan anda dan cuba produk ini. Ianya murah dan insyallah tidak mengecewakan anda.

BEDAK AWANA
Bedak awet wajah ini di dapati di dalam bentuk ‘powder’ dan ianya diadun bersama dengan bedak sejuk dan sejenis tumbuhan Kayu Sepang (Caesaipinia spp) yang dapat menanggalkan kulit-kulit yang mati pada muka.Sel-sel kulit muka akan mati dalam tempoh 1 minggu. Jika lapisan yang mati ini tidak ditanggalkan, kulit muka akan di dapati tidak berseri dan nampak tua. Proses membuang sel-sel mati inilah yang melambatkan ketuaan ini. Bedak ini perlu dicampurkan dengan air dan boleh digunakan seperti penggunaan ‘musk’ pada muka atau seperti bedak sejuk. Bedak Awana ini tidak boleh digunakan oleh mereka yang ada jerawat.

BEDAK DELIMA
Bedak ini merupakan persediaan herba untuk menghilangkan penyakit kulit seperti ruam, gatal-gatal badan, kudis, makan air dan lain-lain. Bedak ini menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica), Punica Granatum, Oryza Sativa dan Delima (Jasminum Sambac). Bedak Deliam ini perlu dicampurkan denagn air dan disapu pada tempat yang terkena jangkitan kulit. Jika tempat yang terkena jangkitan itu berair, maka penggunaan bedak ini tidak perlu dicampur air. Untuk mendapatkan kesan yang maksima sila ambil bersama Coscinium Plus, Herba Tuju Angin dan Teh Herba sebagai amalan pemakanan harian. Hampas Teh Herba boleh digunakan sebagai sampingan.

BEDAK JASMIN
Bedak ini telah diadunkan dengan tumbuhan ubatan Pokok Tengkuk Biawak (Ficus Calicarpa) dari famili Urticaceae. Bahan aktif dalam tumbuhan ini benar-benar dapat mengecutkan jerawat dan menghilangkannya. Bedak ini perlu dicampurkan bersama air dan digunakan sebagai ‘musk’ selama 1 jam. Selepas dibilas dengan air suam dan diwapkan, gunakan bedak ini seperti penggunaan bedak sejuk dan biarkan semalaman.Untuk mempercepatkan proses pemulihan amalkan bersama Coscinium Plus, Teh Herba dan Madu Asli.

BEDAK TOMPOK HITAM
Menghilangkan tompok hitam bukanlah satu perkara yang mudah. HPA yang membuat kajian terhadap penyakit ini telah menemukan sejenis tumbuhan yang mujarab iaitu Ubi Gadung. Bedak ini perlu dicampurkan dengan air dan boleh digunakan secara ‘musk’ atau seperti penggunaan bedak sejuk. Ia perlu diamalkan berterusan sehingga hilang tompok hitam tersebut. Untuk mempercepatkan kesembuhan, sila gunakan bersama Coscinium Plus, Teh Herba, Minyak Pati Sepang dan Bedak Awana.

Komposisi (50 gram per botol) :
Bedak Awana : Kayu Sepang (Caesaipinia spp)
Bedak Delima : Pegaga, Punica Granatum, Oryza Sativa, Delima
Bedak Jasmin : Pokok Tengkuk Biawak (Ficus Calicarpa)
Bedak Tompok Hitam : Ubi Gadung

Harga :
Semenanjung : RM10 per botol
Sabah/Sarawak : RM12.50 per botol

HPA sentiasa meningkatkan pengeluaran produk untuk menampung keperluan pengguna yang berbagai-bagai , terbaru ialah BEDAK SEJUK ( AWANA, JASMIN DAN TOMPOK HITAM) – maklumat lanjut akan dimasukkan kemudian

Posted in Poduk Kecantikan | Leave a Comment »

Aiskerim Herba Yang Pertama Seumpamanya!

Posted by go4halal on 06/07/2009

aiskrim-toyyibah-15l

Klik pada gambar untuk besarkan saiz

ais

Saya bangga kerana HPA dapat mengeluarkan aiskerim tanpa gelatin dengan perasa kopi radix yang mengandungi 7 herba tu, dan disediakan sedikit pahit bagi tujuan kesihatan.

Produk ini sudah lama berada dipasaran namun masih ramai yang belum merasa kerana stok yang begitu terhad. Bekalan datang, singgah sekejap dipeti ais cawangan …habis! Laris macam goreng pisang panas.

Teringat masa saya berkursus di Santubung Resort, Kuching saya berkenalan dengan seorang pegawai Mardi. Namanya Mardhiah. Hi…Mar ingat lagi tak saya.

Saya telah diberi resepi membuat aiskerim oleh Mardhiah. Masa mula mula dapat resepi… saya bukan main rajin mencubanya. Siap menurunkan ilmu pada kawan-kawan. Hari Jumaat lebih 10 orang kawan bertandang kerumah saya dan saya tunjukkan bagaimana caranya membuat aiskerim. Tapi dah lama saya tak buatlah…dah lupa!

Yang saya ingat bahan-bahannya ialah telur (dah lupa berapa biji), 1 tin susu pekat manis yang disimpan ditempat beku. 1 sudu Omelet (omelet ni berwarna oren-liat2 macam taik telinga sikit – diperbuat dari apa saya tak tahu), perisa (ikut suka, keladi/koko/vanila dll) , kalau nak letak coklah rice/badam/dll pun boleh).

Cara buat : Basuh telur ayam bersih-bersih (kalau yang jual tu, banyak ecoli sebab mereka tak cuci telur ayam bersih2 – masih ada tahi ayam yang terlekat dikulit telur). Pukul susu pekat manis yang beku tadi dengan pemutar yang paling laju (kelajuan yang saya gunakan no. 4), masuk telur, omelet, perasa dan pukul lagi akhir sekali gaul dan ratakan coklat rice/badam dengan senduk je.

Bila semua dah sebati, kita masuk dalam bekas dan sejukkan di tempat beku tu…dah jadi. Rasanya macam ais kerim kat kedai… semua kawan kata sedap dan sebiji macam jenama yang dekat kedai tu.

Posted in Makanan | Leave a Comment »