PREVENTION IS BETTER THAN CURE

JOM tingkatkan kesihatan secara alamiah dan ilahiah

Archive for August, 2009

MINYAK SERBAGUNA BUT BUT – PASTIKAN ADA SATU DIRUMAH

Posted by go4halal on 22/08/2009

 MINYAK BUT BUT MENDAPAT NAMA DARI BURUNG BUT BUT

Minyak But-But mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuklah jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung But-But untuk membuat sarangnya.
Cara-cara Menggunakan Minyak But But adalah seperti berikut:-
Jika Patah Tulang – > Panaskan minyak dan sapukan pada bahagian yang patah dan terus balutnya dengan kain. Amalkan bersama Radix sebanyak 6 kapsul sehari.
Jika Buasir -> Sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur/anus yang terkeluar. Amalkan bersama Ficus, Pelawas dan Coscinium Plus.
Jika Darah Tinggi dan Lumpuh atau Stroke -> Panaskan minyak sedikit dan sapukan pada bahagian leher dan bahagian yang terasa kesemutan dan lumpuh.
Jika Untuk Urut -> Minyak ini bersifat sejuk diluar dan didalam ia akan meresap ke lapisan epidermis yang mampu untuk mengubati saraf yang terganggu.
Jika disengatan Serangga ->Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.
Jika Mendapat Luka2 Kecil ->Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.
Jika Terkena Air Panas atau  Terbakar -> Sapukan minyak ke bahagian yang mengelembung.
Jika Cirit-Birit ->Minum satu sudu kecil bersama air suam.
Jika Kembung Perut – >Panaskan sedikit minyak dan urut perlahan-lahan secara berulang kali di bahagian perut secara memutar. Untuk kanak-kanak gunakan daun sirih dan sapukan minyak pada bahagian perut.
Jika Anak Anda Asma ->Kanak-Kanak kecil, minum satu sudu kecil pada waktu malam dan sapukan pada bahagian dada dan selimutkan kanak-kanak tersebut.
Jika Anak Anda Sering Kencing Malam -> Sapukan pada bahagian ari-ari sebelum tidur. Dicadangkan amalkan bersama Madu Asli.
Jika Bayi Anda Sering Menangis Pada Waktu Malam – > Sapukan pada bahagian kening atas pada setiap waktu malam.
Jika Ada Masalah Lemah Tenaga Batin -> Lakukan urutan pada bahagian zakar pada setiap hari.
Jika Wanita Telah Menopouse -> Digunakan untuk menghilangkan rasa sakit bersama suami.
Komposisi (75 ml per botol) :
1. Kaempferia Galanga
2. Melaleuca Lecodendron
3. Cocos Nucifera Oil
4. Tinospora Crispa
HARGA : RM8(AHLI) RM10(BUKAN AHLI)

Posted in Herba Penawar Penyakit | Leave a Comment »

RADIX KOKO MINUMAN UNTUK KETENANGAN

Posted by go4halal on 15/08/2009

radix_koko

Radix koko 3 in 1 – pantas dan ringkas untuk disediakan. Syukur dengan adanya produk radix koko 3 ini 1 ini, minuman jenama yahudi yang zalim tidak akan masuk ke rumah saya lagi….selamat tinggal produk yahudi..saya tidak akan menyentuh kamu lagi…syuu jauh2.

koko_1kg

Produk yang berbentuk serbuk dan mudah dibancuh juga tersedia. Jika saya tiada dirumah anak-anak bancuh sendiri radix koko 3 in 1, apabila saya ada dirumah, saya lebih suka menggunakan radix koko serbuk ini. Radix koko lebih istmewa dan sedap kerana ia mengandungi ekstrak barli.

Cara menyediakan minuman Radix Koko ini ada disediakan pada label produk. Beralihlah segera kepada Radix Koko. Jadikan ia minuman coklat utama anda dan keluarga anda.

Harga Pengguna 
Semenanjung Malaysia: RM 22
Sabah & Sarawak: RM 26

Harga Ahli HPA
Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak: RM 22

Nilai Mata (NM): 5

Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

Mengapa orang yang berhati perut perlu bertukar minuman ke koko radix ?

PATUT KE TIDAK BOIKOT?… JOM CARI SEBABNYA …LEPAS ITU BUATLAH KEPUTUSAN! 

1.  http://go4halal.wordpress.com/yahudi/ – klik dan lihat - sebahagian kecil sahaja…

2. http://go4halal.wordpress.com/boikot-dan-bertukar-produk/ - klik dan baca 

3. Atau baca info dibawah ini….

Empayar Nestle dan Kejahilan Umat Islam – 100 Tahun Yang Lalu

Izinkan saya membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu. Nestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company. Ini bermakna 97 tahun, iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia. Saya yakin anda yang sedang membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun.

Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan Malaysia itu dapat dieja.

Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.

Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.

Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.

Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ? Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Award pada 2006. Dinyatakan pada laman web itu:

Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to find a restaurant that doesn’t sell Milo beverages.

Saya (Penulis Blog Peduli) terjemahkan di sini:

Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo.

Pingat Emas untuk Nestle, fakta memalukan rakyat MalaysiaBukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo, tetapi jika anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah dihapuskan.

Pautan rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari Wikipedia itu. Saya tidak tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah saya sempat untuk mengambil screenshot semasa ianya masih ada.

Fakta yang hilang?Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yang menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas sebab-sebab yang saya sendiri pun tidak tahu.Saya tidak fikir jika ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, memandangkan ianya diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O’Carrol dalam akhbar TheStar Online baru-baru ini:

O’Carrol said Milo has been available in the country for almost 60 years and Malaysians were the world’s largest consumers of Milo.
Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia, yang beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo selama ini.Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.

Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.

Nestle Ketawa Melihat Jahilnya Umat Islam
Sumber rujukan: InMinds.co.uk

Dato Shahxxx (gambar tidak saya sertakan) menikmati darah umat Palestin Milo di hadapan Sullivan. Sumber>>Semasa kita umat Islam Malaysia masih setia menggunakan produk Nestle menjadi sebahagian darah daging kita, syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment pada tahun 2000 untuk membina sebuah fasiliti R&D di Sderot, Israel.R&D itu digunakan sebagai .pusat pembangunan bagi makanan snek (ya, makanan yang kita semua jamah setiap hari itu) dan jutaan dollar dilaburkan untuk operasi R&D tersebut.

Pusat R&D itu dibina di atas tanah haram di bawah kerajaan haram Israel. Dan jutaan dollar dilaburkan ke atas pusat R&D haram itu tiap-tiap tahun. Tanah yang dirampas dari tangisan dan darah umat Palestin itu senang-senang sahaja digunakan oleh Nestle untuk kemudahan dirinya, malah memberi manfaat pula kepada kerajaan haram Israel.

Sebangsat mana lagi kelakuan Nestle yang diperlukan sebelum kita mahu memboikotnya?

Setiap produk Nestle yang kita jamah itu mengandungi satu lagi kandungan ramuan yang terlindung, iaitu darah umat Palestin!

Pada 1998, Peter Brabeck-Letmathe (salah seorang Lembaga Pengarah Nestle, kini sebagai Pengerusi), mewakili syarikat Nestle telah menerima Jubilee Award disampaikan oleh Perdana Menteri Israel sendiri iaitu Benjamin Netanyahu.

Anugerah Jubli ini adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan haram Israel sebagai tanda penghargaan kepada individu atau organisasi yang berjasa kepada kerajaan haram tersebut, samada melalui perdagangan atau pelaburan.

Berjasa di sini bermakna individu atau organisasi itu telah membantu ekonomi Israel, meningkatkan kewangannya untuk membeli lebih banyak senjata api untuk membunuh rakyat Palestin, menghalau mereka dari tanahair sendiri dan membina binaan haram di atas tanah yang dirampas.

Membeli produk Nestle bermakna membantu dan mengiktiraf kerajaan haram Israel. Setiap sen yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan sampai kepada kerajaan haram Israel. Dan Israel akan menyampaikan setiap sen yang kita berikan dalam bentuk peluru yang dibedil ke atas umat Islam Palestin.

Apa Pendirian Kita?
Ramai di antara kita yang hanya pandai merungut.

Macam mana nak boikot kalau dah kedai makan cuma jual Milo je, mana ada produk lain?
Macam mana nak boikot kalau dah kedai runcit cuma ada produk Nestle je, mana ada produk lain? Pernahkah kita bersuara kepada tauke kedai meminta mereka menukar menu minuman dari Milo kepada jenama lain? Pernahkah kita berkata kepada mereka yang kita tidak mahu jenama Milo, Nescafe, Nesquik, Maggi dan sebagainya? Pernahkah kita mendesak mereka menyediakan jenama lain?

Kebanyakannya akan menjawab TIDAK. Bermakna kita TIDAK melakukan apa-apa tindakan tetapi hanya pandai merungut. Kita tidak bertindak, apatah lagi menyuarakannya.

Lebih malang lagi jika kita langsung tidak peduli untuk memboikot. Mungkin juga menjadi lebih bangsat apabila kita memperlekehkan pula usaha memboikot.

Berapa lama lagi perlu kita tunggu sebelum kita mahu mula memboikot produk Nestle?

Jika kita masih mahu menunggu sehingga Palestin hancur, maka ketahuilah bahawa Palestin telah lama hancur!!

Sumber di atas tadi semua Blog dari PEDULI

Kepada rakan ahli HPA yang belum mencuba Radix Koko, bertindaklah segera hari ini juga. Ia ternyata lebih sedap dari produk minuman coklat yang lain. Tinggalkan produk Milo dan yang seangkatan dengannya.

Posted in Produk HPA, Uncategorized | Leave a Comment »

RADIX (8 JENIS AKAR KAYU)- UNTUK LELAKI & WANITA

Posted by go4halal on 11/08/2009

radix

Produk ini menggunakan bahan utama Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali) yang bersaiz besar. Produk ini sesuai diamalkan oleh semua peringkat golongan dan jantina. Radix dapat merangsang proses biosintesis terhadap hormon endrogen khusus untuk lelaki dan estrogen khusus untuk perempuan. Radix yang mengandungi pelbagai herba ini amat baik untuk lelaki yang menghadapi masalah lemah tenaga batin (aphrodisiac). Dalam satu kajian menunjukkan kepekatan sperma lelaki akan bertambah khusus bagi lelaki yang menghadapi masalah sperma cair.

Flavanoid yang terdapat dalam Radix berfungsi sebagai anti oksida, anti virus, anti peradangan dan anti keracunan. Radix tergolong dalam herba diuretik yang membantu memperbanyakkan pengeluaran urine dan memperbaiki ginjal. Radix juga bertindak untuk mempengaruhi metabolisma kalogen bagi memperbaiki tendon, ligamen, rawan, dan sendi yang rosak akibat penyakit gout, arthritis dan rhuematik. Radix bersama Minyak but-But amat sesuai untuk mereka yang menghadapi permasalahan ikatan silang kalogen pada sendi. Mereka yang menghadapi patah tulang atau terseliuh dapat mengatasi dalam masa yang cepat.

Bagi mereka yang demam di tahap awal gunakan Radix dan Malac. Flavanoid dalam Radix amat baik untuk mengatasi penyakit seperti athma sekiranya disinergikan bersama pelawas. Radix juga bertindak sebagai karminatif (penolak angin) amat baik untuk mereka yang menghadapi gastrik dan ulser. Radix baik untuk keseimbangan hormon wanita agar tidak dingin bersama suami.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Ardisia Crispa

2. Cinnamomum Iners

3. Morinda Eliptica

4. Eurycoma Longifolia

5. Smilax Myositiflora

6. Alyxia Reinwardtii

7. Alyxia Indica

8. Freycinetia Malaccencis

Dos :
2 kapsul malam dan 2 kapsul pagi

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

Nilai Mata (NM): 8

Posted in Herba Penawar Penyakit | Leave a Comment »

Penawar A/H1N1 (SELSEMA BABI)

Posted by go4halal on 04/08/2009

H1N1

Herba HPA & Influenza A (H1N1)

Dipetik dari blog JawiHerbShop.blogspot.com

Demam

Kebiasaannya terapi herba untuk kes demam adalah seperti dibawah. Saya kerap juga ditanya tentang H1N1 ,apakah ubat yang herba yang perlu dicadangkan. Penyakit ini merupakan jangkitan akut yang perlu segera dirawat di hospital jika tidak, boleh menyebabkan kematian. Persediaan herba dibawah merupakan kaedah tradisi pengubatan jawi untuk jangkitan Virus namun begitu kepada penyakit H1N1 perlukan nasihat dari doktor.
1. Kapsul IMT – 3 kapsul selang 2 jam ( 3 x 6)
2. Teh roselle – (minum terus menerus) – hingga habis sekotak.
3. Spirulina – 2 kapsul selang 2 jam sehingga habis 1 botol.
4. EQ minda – minum hingga sembuh.
5. sewaktu kepanasan mendadak tinggi, jaram dengan daun bunga cina.
 
HPA – Harapan Paling Akhir.
 

Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah “pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan” . Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti:

1. IMT – 3 x 3
2. Roselle – 5 x 3 dan teh roselle – 2 x3
3. Madu Coscinium – 2 x 3
4. Kopi Radix
5. Malac – 2 x 3
6. Teh herba

Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian. InsyaAllah .

Walau apapun, mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini. Amin.

AMALKAN DOA INI SEMUGA TERHINDAR DARI MALAPETAKA DAN BAHAYA WABAK.
doa wabak

PETUA YANG BOLEH DICUBA

Petua 1

Saya dapat emel yang dipanjangkan oleh seorang kawan yang berbunyi  :

Salam….. saya baru balik dari Thailand. Saya ke Pulau Temelang dan Ban Tun.. apa yang saya hendak kongsikan ialah cara mereka mengubati penyakit selsema babi.  

Bahan2nya adalah :

1.    Air Kelapa
2.    Kurma
3.    mangkuk

Cara2nya :
1.    Masukkan kurma ke dalam mangkuk
2.    Tuang air kelapa
3.    Biarkan sejam dua
4.    Minum air kelapa bersama makan kurma

JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS…MY PERSONAL EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB…..

Petua 2 : Saya dapat emel ini juga :

My staff was crying herself sick on Tuesday morning…was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis…worse was that when he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came fm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar….

No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) …..after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish…he was put in quarantined room…

Called his mom to say…minta maaf and ampun la dosa dia, etc…she practically fainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to go to the north with the father…

First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipt…they refused of course…so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem.

Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in town to “help cure” another H1N1 child in Shah Alam….and was told this simple prescription by him…..of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguh nya…selawat 3x…
EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE
for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone….I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip….

ALHAMDULILLAH…my staff’s son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterday Wednesday….she called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat normally…all these happened within just 4 days today (thursday 6 august)…

This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well, INSYA’ALLAH!!!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAH anything can happen!!!!

Petua 3.

Doa hindari H1N1

Lagi emel yang diterima mengenai H1N1 ini dan di bawah ini ada surah2, doa serta petua2 untuk kita amalkan. Cubalah. Kita hanya berusaha hanya ALLAH yang menentukan.

 1- Kita perlu membaca 3 Qul. Penekanan yang boleh diberikan ialah pada surah al-Falaq ayat yang pertama dan kedua. Ayat itu bermaksud:Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; (al-Falaq[113:1-2]).

 2-Doa baginda Rasulullah SAW yang masyhur:

 بسم الله الذي لايضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

Bismillahillazi la yadurru ma;smihi syaiun fil arDhi, wala fissama’ wahuwal samiu’n Alim.

Dengan nama Allah yang tidaklah memudharatkan bersama NamaNya segala sesuatu yang ada di bumi dan langit , Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.(3 kali)]Kata Rasulullah saw: Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya.”HR. Abu Dawud 4/323, At-Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Shahih Ibnu Majah 2/332,- rujuk Hisnul Muslim.SEMOGA DENGAN

MENGAMALKAN 2 PERKARA DI ATAS DAPAT MENGHINDARKAN KITA DARIPADA MUSIBAH H1N1 YANG SUNGGUH MENGRIKAN INI.

Posted in Herba Penawar Penyakit, Uncategorized | 3 Comments »