PREVENTION IS BETTER THAN CURE

JOM tingkatkan kesihatan secara alamiah dan ilahiah

Archive for October, 2009

COKLAT RADIX….TAK SABAR NAK RASA

Posted by go4halal on 13/10/2009

COKLAT
Radix Chocolate  ada 3 pilihan Radix Chocolate Almond, Radix Chocolate Hazel, Radix Chocolate Milk. Berikut adalah harga bagi setiap produk. Bolehlah ucapkan selamat tinggal kepada coklat yang biasa2 tu..jom bertukar ke Coklat buatan muslim 100% pasti halal dan toyib.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 9
Sabah & Sarawak: RM 11

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 7
Sabah & Sarawak: RM 9

Nilai Mata (NM): 2

Coklat Radix – kini berada di pasaran (homemade)

Satu lagi produk kita muncul di pasaran iaitu coklat koko. Kelazatan koko asli dapat dirasai tanpa pewarna atau aroma sintatik. Koko juga banyak kelebihannya kerana mengikut kajian, mereka yang sering minum koko kurang diserang serangan jantung. Koko juga mempunyai pengaruh emosi dan di Barat mereka menjadikan koko sebagai bahan afrodisiac.

Buat masa kini HPA telah berjaya menghasilkan 2 produk utama daripada koko iaitu Radix koko dan coklat koko. Semoga peminat koko selamat daripada penggunaan bahan lemak dalam coklat yang diharamkan. Kita menyediakan altenatif perubatan dan yang halal di HPA. InsyaAllah.Amin

Sumber: JawiHerbShop.blogspot.com

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

HAJI PERTAMA

Posted by go4halal on 08/10/2009

Kepada bakal Haji dan Hajah mari kita hayati sejarah haji dan bagaimana Rasulullah (s.a.w) mengerjakan Haji yang pertama.  Mungkin ramai yang telah pun membacanya dalam Buku Ibadat Haji Umrah dan Ziarah (diberi percuma oleh Tabung Haji kepada bakal haji).

AMALAN HAJI RASULULLAH (S.A.W)

Pada tahun ke 10 Hijrah,  Rasullullah (s.a.w) mengisytiharkan untuk menunaikan fardhu haji dan memerintahkan kaum muslimin membuat persiapan untuk menunaikannya.

 

Setelah tersebarnya berita tersebut maka berpusu-pusulah umat Islam dari seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab datang berhimpun di Madinah untuk turutsama mengerjakan ibadat haji bersama  Rasullullah (s.a.w).

 

Mereka terlalu ghairah menanti saat untuk sama-sama melihat dan mencontohi cara Rasullullah (s.a.w) menunaikan haji kerana baginda adalah sebaik-baik contoh. Khemah-khemah dipasang di sekitar Kota Madinah untuk seratus ribu orang yang bertandang sambil menunggu saat keberangkatan ke Kota Makkah.

 

Pada 25 Zulkaedah Tahun 10 Hijrah saat yang dinanti-nantikan pun tiba. Rasullullah (s.a.w) dengan isteri-isterin Baginda, memulakan perjalanan yang amat bersejarah itu yang diikuti oleh 90,000 hingga 120,000 orang para sahabat. Mereka berangkat dengan penuh semangat, keimanan dan keikhlasan menuju ke Baitullah di bawah pimpinan manusia teragung Muhamad Rasullullah (s.a.w).

 

Setibanya di Zulhulaifah (Bir Ali), rombomgan tersebut berhenti dan bermalam di sana. Keesokannya mereka memakai pakaian ihram dan memulakan perjalanan menuju ke Baitullah di Mekah dengan laungan talbiah yang penuh semangat. Laungan talbiah daripada ratusan ribu umat Islam bergema membelah lembah dan bukit bukau disepanjang jalan menuju ke Mekah.

 

Apabila mereka berhenti disetiap persinggahan untuk solat atau berehat mereka mengumandangkan talbiah sebagai tanda ketaatan dan kesyukuran kepada Allah (s.w.t).

 

Pada hari ke 4 Zulhijjah, rombongan tersebut tiba di Makkah. Rasullullah (s.a.w) mengetuai umat Islam menuju ke Kaabah. Rasullullah (s.a.w) istilam (menyentuh dengan tangan atau perantara lain seperti tongkat) Hajarul Aswad dan mengucupnya, lalu mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan, 3 pusingan yang pertama dengan berlari-lari anak.

 

Setelah melakukan solat sunat tawaf 2 rakaat dibelakang Maqam Ibrahim  (a.s), Baginda menuju ke Kaabah dan mengucup Hajarul Aswad sekali lagi. Seterusnya Baginda menuju ke Bukit Safa untuk melakukan sa’ie di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah.

 

Pada hari Tarwiyah iaitu 8 Zulhijjah,  Rasullullah (s.a.w) mengetuai rombongan haji menuju ke Mina, Rasullullah (s.a.w) berada selama sehari di Mina dan menunaikan solat Zohor, Asar, Magrib dan Isyak dan Subuh di sana.

 

Selesai sahaja solat Subuh pada hari ke 9 Zulhijjah, ketika matahari sedang memancarkan cahayanya pada waktu dhuha, Baginda dan rombongan memulakan perjalanan menuju Arafah dengan menunggang untanya al-Qaswa’. Ratusan ribu umat Islam mengikut Baginda sehinggalah sampai ke Arafah. Di Namirah sebelah timur Arafah, khemah telah siap didirikan untuk Baginda.

 

Apabila mulai gelincir matahari (masuk waktu Zohor), Rasullullah (s.a.w) dan kaum muslimin berhimpun di Wadi Uranah (berhampiran Arafah) seterusnya menyampaikan khutbah, yang dikenali dengan Khutbah Perpisahan. Setelah selesai menyampaikan khutbah,   Rasullullah (s.a.w)  menyuruh Bilal bin Rabah (r.a) melaungkan azan dan iqamah.

 

Rasullullah (s.a.w) menunaikan solat zohor dan Asar secara jamak dan qasar dalam waktu zohor . Selesai sahaja solat Baginda pun segera menunggang untanya menuju ke kaki bukit Jabal Rahmah untuk berwukuf. Pada waktu malam itulah Rasullullah (s.a.w) membacakan firman Allah yang maksudnya : “Pada hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu Agamamu, dan telah aku cukupkan kepadamu nikmatku dan telah aku redhoi Islam itu sebagai agama bagimu“ …….. al-maidah : ayat 3.

 

Mendengar ayat yang dibaca, Saidina Abu bakar (r.a) terus menangis, kerana merasa bahawa risalah islam yang dibawa oleh nabi Muhammad (s.a.w) telah selesai dan hampir tiba saat perpisahan dengan Baginda yang akan mengadap Allah (s.w.t).

 

Setelah selesai menyampaikan ayat tersebut, Rasulullah (s.a.w) duduk berwukuf mengadap qiblat sehingga waktu Maghrib. Kemudian Rasullullah (s.a.w) meneruskan perjalanan menuju ke Muzdalifah. Tiba di Muzdalifah,  Rasullullah (s.a.w) menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara Jama’ dan qasar dalam waktu Isyak.

 

Selesai sahaja solat, Baginda berbaring hingga terbit fajar lalu menunaikan solat subuh. Setelah itu Baginda meneruskan perjalanan ke Masya’ir Haram dan Baginda berhenti mengadap ke arah kiblat , berdoa menagungkan Allah serta mentauhidkan-Nya.

 

Baginda Rasullullah (s.a.w) berangkat menuju ke Jamrah Qubra di Mina lalu melontar tujuh biji anak batu. Setelah itu Rasullullah (s.a.w) kembali ke khemah, dan di sana Baginda telah menyembelih 63 ekor unta, setiap seekor untuk satu tahun umurnya dan baki daripada jumlah 100 ekor unta yang dibawa dari Madinah dan Yaman disembelih oleh Saidina Ali (r.a). 

 

Rasullullah (s.a.w) menyuruh Saidina Ali (r.a) untuk mengambil sepotong daging dari setiap unta tersebut lalu dimasak, maka baginda dan Saidina Ali (r.a) memakan dan menghirup kuahnya. Kemudian Rasullullah (s.a.w) bercukur.

 

Selepas itu, Rasullullah (s.a.w) berangkat ke Makkah menuju Baitullah untuk mengerjakan Tawaf Rukun dan solat Zohor di sana. Selesai sahaja solat,  Rasullullah (s.a.w) pun meminum air Zamzam.

Kemudian Rasullullah (s.a.w) kembai semula ke Mina untuk melontar Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra pada hari-hari Tasyriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah serta mabit di sana sehinggalah selesai kerja melontar dilakukan.

 

Sebelum Rasullullah (s.a.w) dan ratusan umat Islam meninggalkan Makkah mereka mengerjakan Tawaf Wida’ sebagai tanda perpisahan dan penghormatan kepada Baitullah.

 

Dengan Tawaf Wida’ tadi, meka selesailah peristiwa bersejarah yang dilalui oleh ratusan ribu umat Islam. Selepas itu mereka mula berangkat pulang ke kampung masing-masing.  Rasullullah (s.a.w) dan para sahabat berangkat menuju ke Madinah. Tidak lama selepas peristiwa itu, Rasullullah (s.a.w) pun wafat menemui Allah (s.w.t)

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

HAJI DAN UMRAH

Posted by go4halal on 07/10/2009

Assalamualaikum semua yang saya muliakan dan pengguna produk muslim 100% semuga anda semua sihat. Saya akan berangkat menunaikan Haji dan Umrah pada 20 Okt 2009. Mohon doakan saya mendapat haji akbar yang mabrur. Saya akan kembali ke tanah air pada 4 Disember 2009. Saya akan berada selama 45 hari di Mekah dan Madinah. Semuga semuanya berjalan dengan mudah dan lancar. AMIN, AMIN YARABULALAMIN.  

Jika anda tercari-cari apakah produk yang hendak dibawa semasa menunai haji dan umrah, HPA ada menyediakan produk halal lagi toiyib seperti lipbalm, sabun , dibawah:

Untuk penjagaan yang ringkas, bersih dan lembut dari hujung rambut ke seluruh tubuh badan. Sesuai untuk rambut dan kulit normal-kering. Digunakan setiap hari sebagai syampu dan mandian badan. Semua produk Omra Haj tidak mengandungi pewangi dan boleh digunakan dalam Ihram serta pada bila-bila masa sahaja.

omrahaj-v2

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 25
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak: RM 20

sabunomrahaj

Sabun Omrahaj

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 10
Sabah & Sarawak: RM 13
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 7
Sabah & Sarawak: RM 10

Omrahaj Cleansing Gel

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 23
Sabah & Sarawak: RM 28
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak:RM 23

 balmbibir

Lip Balm

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak:

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak:

 
 

 


 haji
( Ulang Rangkap * )

 

 

 

** :
Pergi haji ertinya menuju
Allah yang Esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapnya

*** :
Setiap hamba pergi haji
dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang
Bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji ilmu tentangnya
Mmestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat
Sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tatatertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta
Tawaduk
Sabar dan tolak ansur
Mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

( Ulang Rangkap * dan *** )

Tanah haram jagalah pantang
LarangNya
Pergi haji bukannya masa
Untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rosakkan haji
Jauhkan maksiat dan yang
Sia-sia
Takutkan Allah yang Esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita sentiasa memiliki
Jiwa hamba

( Ulang Rangkap ** dan * )

( Lagu : Nazrey Johani / Azhari Ahmad – Lirik : Abu Nasrullah / Farihin Abdul Fattah )

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »