PREVENTION IS BETTER THAN CURE

JOM tingkatkan kesihatan secara alamiah dan ilahiah

JOM PENA

17/11/2010 - Selamat Menyambut Aidil Ahda dan Selamat Menjalani ibadah korban atau selamat berkorban apa sahaja, demi Islam tercinta. Biar dicaci dan dicerca demi Islam janganlah takut untuk teruskan perjuangan.

Siapa mereka untuk mencaci dan mencerca kita? Mereka pun hanyalah manusia paling lemah yang mengharapkan segala-galanya dari Allah namun mereka lupa itu semua.

Dengan pangkat darjat yang disandangkan buat sementara mereka lupa yang semua itu hanya pinjaman dan lupa sebenarnya Allah ingin menguji mereka semata-mata.

Perlu diingat; dunia ini umpama pohon yang teduh, kita singgah sementara dalam perjalanan menuju alam yang kekal abadi. Jangan lupa semua akan dihitung dan diberi pembalasan. Rugilah mereka yang gagal dan lalai dalam ujian didunia ini.

Jom tentukan kapal mana yang hendak anda naiki menuju ke alam kekal abadi.

13/07/2010 – Yeah!!  dapat bonus semula…alhamdulillah!

Hm…bonus bulan ni boleh tahan, alhamdulillah rezeki Allah nak beri selepas berusaha, berdoa dan bertawakal.  Ini membuatkan saya lebih gigih berusaha. Beruntunglah orang yang duduk saja-saja boleh dapat untung…tapi lebih manis jika keuntungan itu datang dari usaha yang sungguh2… :)

Pasal kerja opis pulak… lega sikit sebab seorang boss dah kembali bertugas, seorang lagi masih di hospital. Sekurang-kurangnya sekarang aku tak perlu tahan2 kalau nak ke tandas  :) . Telefon pun kurang sikit berbunyi sebab divert sudah ditukar kembali.

Tapi kes masih banyak yang belum selesai…pening juga memikirkan macamana nak cepat uruskan semua kes supaya pelanggan tidak merungut. Aku dah bagi cadangan macam2..tapi semua tak releven dengan keadaan. Ah…biarlah saya buat apa yang termampu sahaja, buat apa nak  stress? dapat penyakit adalah…kalau sakit duk sorang-sorang kat hospital macam boss aku lagi sorangi. Cakap senang … mau tak mau itulah yang menjadi sahabat aku saban hari.

31/05/2010 – Sedihnya…tak dapat bonus HPA.

Bukan saya tidak mahu menulis lagi disini tetapi yang sedihnya apabila saya menulis di ruangan ini, tulisan saya yang paling bawah akan hilang. Itu yang sedih sebab makin lama cerita makin berharga dan menjadi kenangan/sejarah hidup.

Takpalah..hari ini saya nak berkongsi kesedihan. Sedih sangat2 bila saya menyemak bonus online HPA saya dapati dibulan April 2010 bonus adalah kosong. Saya pun sibuk menalipon sana dan mengadu sana sini (sudah tentu mengadu domba dengan rakan-rakan se HPA) mengapa bonus saya tiada bulan ini.

Macam-macam andaian. Akhirnya saya ber sms dengan mahadi webmaster MIS. Sms dari mahadi betul2 menusuk mata yang membaca dan terasa menusuk telinga juga walaupun dibaca dalam hati. Sms Mahadi berbunyi “Kamu beli 47 mata macamana nak dapat bonus”. Aduh saya terpukul dengan sms itu.

Oh…tidak mungkin saya beli tak cukup 50 NM. Seingat saya; saya akan beli lebih 100 NM setiap bulan. Lagi pun bonus saya memang agak lumayan untuk berbelanja dengan nilai mata sebanyak itu.

Macamana saya boleh careless sangat? Saya mula nak menyalahkan semua orang, sedangkan sayalah yang bersalah. Saya berjanji akan lebih berhati-hati untuk masa akan datang supaya saya tidak terlepas dari mendapat bonus bulanan dari HPA.

22/03/2010

Assalamualaikum wrt bth

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Cuba baca dan lahirkan perasaan anda selepas membaca artikel ?

Kenyataan dan Pendirian Rasmi PACE: Pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca Cola di Malaysia.

PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnyatelah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib BinTun Hj Abdul Razak pada 15 Mac 2010.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah
dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

Namun Malaysia telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB. Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama. Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966. Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab. Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar
Ha’aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.

Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.

PACE dengan ini mengambil pendirian berikut:

1. PACE memohon agar Kerajaan Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia.

2. PACE juga memohon agar TH (Tabung Haji) properties tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. PACE mengajak semua pihak supaya prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.

3. PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama supaya menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. PACE menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions – Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang diterajui oleh VPM (Viva Palestina Malaysia – sebuah koalisi NGO yang menganjurkan kempen boikot ke atas  empat produk utama yang menyokong Israel iaitu Coca-cola, McDonald, L’oreal dan Nestle). PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengutamakan produk tempatan dan hanya membeli produk luar khususnya
produk Amerika Syarikat apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan yang terakhir.

4. PACE akan terus menyokong Kerajaan Malaysia yang secara konsisten mempertahankan dasar tidak mengiktiraf Israel dan sentiasa peka dengan penderitaan rakyat Palestin dengan membangkitkan hak mereka di pelbagai forum antarabangsa terutama di Persidangan Agung PBB dan OIC.

5. PACE berdoa dan mengharapkan negara Malaysia akan terus dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan penuh keberkatan dari Allah SWT.

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
(Pusat Kecemerlangan Palestin)

Read more: http://lepaksantai.ning.com/forum/topic/show?id=3539109%3ATopic%3A42124&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz0igSUr8m8

BERGAMBAR DENGAN SELEBRITI KOT….

Apa khabar kawan-kawan…ada yang tanya kenapa aku semenjak dua menjak ni malas sangat nak tulis cerita…bukan malas tapi tak sempat. Kerja kat opis dah mula tak tercapai…. tambah pulak aku yang lambat belajar ni….masih terhegeh2 menyelesaikan masalah.  Kang kena sumpah pulak..orang suh buat lain aku buat lain.

Eh..27 Jan – 29 Jan aku bertugas mempromosikan system eP di UniKL. Ramai juga yang dah tau..sistem yang aku promote ni tapi ramai yang belum guna lagi…sebab nak guna..kena bayar RM450. Pembekal kaya memang petik jari dengan bayaran tu, tapi bagi kompani baru nak tumbuh, agak berat untuk berbuat demikian.

Ramai juga pengunjung booth kami tu, student UniKL yang tidak tahu apa-apa…ialah student bukan nak guna pun system ni. Jadi bertugas pagi ke petang …aduh penatnya…kering tekak aku menjerit nak bagitau mereka apa dia system eP. Kenapa perlu menjerit…apa taknya kalau aku tak jerit kat telinga mereka, mereka langsung tak dengar apa aku cakapkan. Ayik ha? Ha?…apa dia?…tak dengolah..

Suasana kat lobi UniKL daei 27 ke 29 Jan memang riuh dek suara Tengku Maria Tengku Sabri dan Azizah Arifin yang dijemput mengacara majlis. Aku hairan betul dengan diorang ni, bercakap tak berhenti2…tak penat ke…tapi dah carier lah katakana…ada je hal yang nak disebut oleh TMTS ni..

Akhirnya bila masing-masing dah penat…dapatlah juga aku bergambar dengan mereka yang cun melecun…malu pulak duk sebelah mereka tu….

Apa-apa pun nil ah gambar aku dengan derang..hehe..tumpang glamer jap ek…

JOM NAK CERITA SIKIT TENTANG PEJABAT BARU AKU….

Aku mula ditugaskan di pejabat baru ini pada bulan September 2009 iaitu pada bulan Ramadhan 1430H. Aku sangat teruja apabila setiap pagi ada bacaan dan terjemaahan ayat suci al-quran oleh pegawai disini yang mana dibaca secara bergilir-gilir setiap pagi… sejuk hati mendengarnya. Cuma… sayang ianya tidak diteruskan selepas Ramadhan.

Cantiknya .. doa pagi dibaca secara bergilir-gilir oleh semua warga lelaki muslim. Selepas bacaan doa ada pula sedikit tazkirah. Kalau nak harapkan aku baca tazkirah sendiri pagi-pagi…memanglah takda.. alasannya tak sempat…sebenarnya malas sebab hati telah dikuasi oleh nafsu dan musuh utama (syaitan) . Tetapi bila orang bacakan …boleh juga pasang telinga sambil bancuh kopi radix/ makan nasi lemak/ membaca emel.

Setiap hari rabu pula ada kelas tajwid. Dah lama aku berhenti belajar tajwid ni, ada juga berangan nak sambung semula…tapi dah masuk 3 tahun berhenti…masih bertangguh untuk sambung semula…mujur juga di pejabat baru ni diadakan kelas tajwid dewasa dapatlah aku joint…alhamdulillah lagi sekali. Kelas yang sekarang seminggu sekali ini; akan diusahakan menjadi dua kali seminggu…aku doakan agar perancangan ini menjadi kenyataan. Kalau tanya aku…tiap2 hari buat kelas tajwid pun takpa…

Setiap hari Jumaat ada pula flyer dakwah dan sirah dengan tajuk menarik yang memberi pengajaran dan iktibar singgah di atas meja. Walaupun ada yang mengabaikan flyer tersebut tetapi bagi aku ianya akan ku baca… tambahan sekarang aku jadi pengedar flyer tersebut. Pagi Jumaat (8 Jan 2010) berpeluh aku berjalan dari satu blok ke satu blok, naik turun tangga….nasib ada yang sudi membantu. Terima kasih banyak pada kawan-kawan yang menghulurkan bantuan untuk tolong mengedarkannya…maklum usia dah banyak…suruh berjalan lelebih…lutut terasa longgar dan urat saraf terasa kejang, nafas pula terasa pendek pendek nak kena penyakit semput pula kot…  .

Bacaan Yasin dan tahlil pula diadakan 2 minggu sekali. Yasin yang pertama bagi tahun Hijrah 1431 dan 2010 telah diadakan pada pagi Jumaat yang indah (8 Jan 2010) Lebih seronoknya dan bermakna bila… pihak pengurusan tertinggi bukan sahaja memberi lampu hijau untuk aktiviti sebegini tetapi juga turut serta bersama kami menjayakannya. Lepas baca Yasin kami makan nasi briyani bersila atas tikar .

Makanan pula di taja oleh seorang pegawai (yang sanggup ambil cuti untuk masak sendiri lagi tu..memang sedap…. terima kasih banyak.. ). Penaja bukan setakat taja nasi briyani tetapi juga Air Mineral HPA yang dibacakan Yasin…sedapnya air mineral HPA, bila minum pasti teringat pada air zam-zam… Ada yang dapat lebih sebotol pulak tu, termasuklah aku (dapat 2 botol …jangan marah!..nanti merah! )

Semuga semuanya dapat diteruskan sampai bila-bila. AMIN!

Hai…Jom tulis2 kat sini

18/12/2009
Lama betul tak tulis-tulis. Maklum aku cuti panjang kerana menjalani ibadah haji… alhamdulillah 45 hari aku disana (Madinah/Mekah dan Jeddah). Seronok tak terkata. Kepada yang belum pergi tu, pergilah cepat2. Tengah bertenaga ni kita dapat menikmati semua cabaran dengan enjoy…kalau dah berusia takut cabaran itu semua tak mampu kita lalui. Jadi tak seronoklah sebab semua benda rasa menyusahkan…

Terutama yang belum mendaftar tu, jangan ingat anda ada banyak masa lagi…pi daftar cepat2…lepas tu doa banyak-banyak agar Allah menjemput kita menjadi tetamunya…. saya pun akan rebut peluang untuk pergi lagi. Saya akan mendaftar semula very2 soon.

Pada yang dah mendaftar tetapi Tabung Haji belum panggil tu, kalau duit dah cukup apa lagi pergilah buat rayuan…insyaallah akan dipertimbangkan.

Nanti aku akan tulis sikit-sikit pengalaman aku gi haji…apa yang seronoknya???? Apa yang dikatakan cabaran dan ujian2. Insyaallah…

11/10/2009 – Iminusasi inflenza

7.30 pagi kami bergerak ke maju junction – TH Perdana untuk dapatkan suntikan influenza percuma. Lepas tu shopping. Beli beg, baju dan macam2 lagi di Mydin dan Wisma Yakin.

Malam ni ada persediaan untuk Pameran EG esok. Esok kena bertugas di Booth di PICC.

Hmm…penat berjalan di KL tadi belum habis lagi. Masak pun belu ni…camna? Dah kul 7.18..cepatnya. Kena pergi sekarang.

Hari ni juga aku bayar hutang Zana ( tambang dan duit melancung di India) RM 1000.  Banyak kali tunda akhirnya berjaya juga…alhamdulillah.

03 – 04/10 / 2009 Kursus Haji Perdana

Lama tak menulis..agak sibuk sikit. 2 hari aku berkursus haji, semua teori dilaksanakan secara praktikalnya.  Ada beberapa kesalahan aku lakukan. Alhamdulillah dapat dibetulkan sebelum ibadah sebenar dilaksanakan.

16/09/2009 – UHU…UHU…AKU KENA USIK…..SERAM!

Aku datang agak awal 7.45 pagi.  Di pejabat ni aku jadi orang pertama datang kerja, semalam pun sama. Lampu semua belum dibuka lagi. Aku yang kena buka lampu. Masa masuk aku teragak-agak nak beri salam ke tidak. Beri salam takut ada pula yang menjawab mau aku pengsan. Aku pun takda rasa apa-apa tak takut  atau pun risau sebab semalam pun aku orang pertama juga….seperti biasa aku terus duduk dimeja.

Teringat nak buka CD Quran tapi CD tu takda pada aku. Aku buka emel , yahoo, dan bercadang nak buka Quran Explorer. Aku terdengar bunyi bising di pantry yaraknya dalam 10 langkah dari meja aku . Bunyi macam orang sedang tergesa-gesa. Menyedari hanya aku seorang dipejabat, semuanya tidak aku hiraukan. Mungkin ada binatang di atas bumbung atau bunyi bising dari luar. Aku tidak menoleh ke pantry kerana tidak mau ambil pusing dengan bunyi itu.

Anehnya bunyi tu seperti meluru kepada aku, semakin kuat dan kuat (dalam hati…jangan benda ni langgar aku sudahlah). Bunyi tu jelas seperti orang sedang berlari dengan jubah yang besar. Bunyinya dari belakang , sebelah aku dan melepasi aku dan hilang.

Tiba-tiba bulu roma aku meremang. Bukan sahaja bulu roma di leher malah seluruh badan sampai ke kaki. Jantung tiba-tiba berdebar dan berdegup kencang macam baru lepas berlari dengan laju. Aku rasa macam takut dan kecut perut.

Aku bertawakal dan membaca ayat kursi banyak-banyak. Dalam hati..jangan kau tunjuk rupa kau cukuplah…aku taknak tengok.

Alhamdulillah rakan pejabat sampai. Aku lega!

15/09/2009 – Baca SPP dan Soalan Lazim

Peningnya kepala aku nak memaham apa maksud soalan dan jawapan yang aku baca. Soalan dan jawapan semuanya aku tak faham. Daya penyerapan otak aku berada pada tahap tak berapa nak ok.

Ada yang nak guna PC pulak…oklah. Guna je…aku beredar membaca Metro.

14/09/2009 – Aisyah Demam

Ada siapa-siapa nampak tudung Aisyah? Oh…semua orang tak tau. Aku sendiri dah penat mencari ..naik lenguh kaki aku kawat dalam rumah, kehulu dan ke hilir. Semua tempat dah tengok..tapi belum jumpa. Oh dah 7.00 pagi…macamana Aisyah? Pergi sekolah tak?

Aisyah cuti je hari ni, cari tudung sampai dapat kalau jumpa esok pergi sekolah kalau tak dapat pakai je tudung warna putih yang takda nama tu. Hm…Aisyah tersandar di sofa dengan baju sekolah tanda tudung kerana tudung sedang hilang… dalam proses mencari.

10 pagi SMS dari Aisyah, ’’ Kalau Cikgu telefon, bagitau Aisyah demam’’. Aisyah masih terfikir-fikir tentang sekolahnya, masih risau kalau2 Cikgunya menefon.

Tengahri, Aisyah telefon. Antara kedengaran dengan tidak, ’’ Mak, badan Aisyah panas’’. Aisyah dah betul-betul demam. ’’ Aku minta Aisyah makan panadol siram kepunyaan Aiman yang masih berbaki di dalam petiais. Kalau suruh makan herba pasti Aisyah menolak sekeras-kerasnya. Malam Aisyah tidur disebelah aku, dan aku sering terjaga untuk memantau suhu badannya.

Tak berapa panas tapi bimbang takut melarat. Sekarang masih musim H1N1. banyak kematian tidak dilaporkan mungkin takut industri pelancungan terjejas dan pelabur takut nak masuk Malaysia.

Aku juga menerima berita menyedihkan dari Kak Mah di Taiping melalui SMSnya. “ Teh masuk ward Navi, Lumut. Dia tak boleh cuci buah pinggang …dah 3 hari. Kalau cuci juga badannya akan menggeletar dan cirit birit.’’ Ya Allah sihat sejahterakan abang aku. Kembalikan kesihatannya. Dia telah banyak dan lama menderita lepas satu penyakit, satu penyakit yang lain pula. Dia juga hidup dalam tekanan. Kasihanilah dia ya ALLAH. Sembuhkan dia Ya Allah agar dia dapat beribadat dengan sempurna Ya Allah.

09/09/2009 – Briefing Tugas Baru

Aku masuk unit TK ( Pengujian dan Komunikasi) , tapi Boss kata pembangunan dah siap jadi tiada pengujian sebab semua sudah habis dilaksanakan. Kalau ada pun, hanya modul kecil dan ianya dibuat sendiri oleh person incharge modul berkenaan.

Aku kena jaga atau menten Web. Aku diberi tugasan untuk mengedit web…alamak matilah aku. Aku tak reti .php camna? Aku install XAMP dan editplus. Aku boleh edit tapi bila run dapat lain…aduhai..pening dah mula.

Selain itu tugas aku ialah menjadi urusetia, terlibat dengan pameran, video koperat dan mengemaskini info kios. Kena jadi helpdesk juga…kena log aduan dalam Netsuite dan macam-macam lagi.

Hantam sajalah labu…lama2 nanti pandai kot..kalau tak pandai camna? Boleh tu..tapi lambatlah sebab dokumentasi lansung elek porcek..aku nak refer kat mana…kenalah baca dan lukis sendiri flownya.

08/09/2009 – Doakan Aisyah dapat 5A!

Hari ini ialah hari lahir Aisyah yang ke 12 juga merupakan hari pertama peperiksaan UPSR. Pasti Aisyah tidak dapat melupakan hari bersejarah ini. Semuga Aisyah dapat menjawab semua soalan hari ini, esok dan seterusnya dengan mudah dan tepat. Kami semua mendoakan Aisyah dapat 5A dan dapat masuk Sekolah Sains Cheras. Kenapa Aisyah nak masuk sekolah Sains Cheras? Jawapan Aisyah : Sebab sekolah tu campur2 nanti senanglah bila Aisyah nak kerja tak kekok dengan orang lelaki.

Wah..Aisyah dah memikrkan soal bekerja walaupun baru menduduki UPSR. Ia ke? Saya menduga. Sekolah Seri Puteri Cyberjaya lagi best, dekat dengan rumah senang mak nak menjenguk Aisyah nanti…aku melobi sekolah yang paling hampir dengan rumah aku. Jimat sikit duit minyak bila nak melawat dia nanti. Hati pun tak terlalu bimbang bila anak2 berada dekat dengan kita. Tapi nak buat macamana kadang2 anak2 memilih untuk berada lebih jauh dari kita…terima dan doakan saja mereka.

Eh tak best sekolah tu…Asyah membantah. Sebenarnya Aisyah nak sama dengan kawan Aisyah. Oh…macam tu. Oklah pergi ambil UPSR dulu, dapat 5A dulu baru fikir soal sekolah dan asrama penuh mana yang hendak dipohon.

Good luck Aisyah!! Semuga dapat 5A. AMIN!!!!!

07/09/2009 – Ye…Cuti Nuzul Quran aku nak shopping Baju Raya di Alamanda

Janji nak shopping di Alamanda kul 10.00 pagi. Tapi 10.00 pagi si Balqis belum bangun tido lagi? Sedang menyapu tangga, aku terdengar “ Mama…Aiman kat atas ni, mama kat mana?” Suara Aiman (3 tahun) dah terbangun dari tidur. “ Mama ada kat tangga ni, bangun lah turun“..aku meminta Aiman bangun sendiri. Aku terus menyapu tangga hingga ke bawah…bersambung pula diruangan tamu dan dapur.

Sampai ke dapur aku membuka pintu belakang…wow..hatiku berbunga-bunga gembira melihat bunga ros yang ku beli dari Pesta Flora sebulan lepas…berbunga dangan banyak. Fuh…cayalah. Minggu lepas aku siram dengan kepada udang (blender). Baunya memanglah busuk (mestilah jiran aku marah…aku buat pandai je) . Tapi hasilnya sungguh memuaskan…bunganya leeebattt…cubalah!

Aku dah siap mengemas dapur dan ruang tamu…hei..bilalah aku boleh pencen dari menyapu-nyapu , membasuh pinggan mangkuk ni? Kejap je aku basuh dan kemas…balik semula macam tu…aduhai penat betul…siapalah yang jadi pewaris jari hantu aku ni…rajin masak, rajin mengemas..(aku merungut2 dalam hati dan lepas tu beristighfar…sedar kesalahan tak boleh merungut2 ..tak baik).

Aiman sudah siap dimandi malah sudah dibiarkan berendam dalam besen mandinya sampai kecut. Puas dipujuk baru dia mau keluar dari besen mandi. Siap dipakaikan baju, seluar, dibedak dan disikat rambut…hm..handsome anak mama…soleh!

Balqis turun dan menyapa…hai Aiman…handsomenya..wangi pulak tu. Akhirnya siap juga Balqis. Kami bertolak ke Alamanda jam 12.++ tengahari… 2 jam lewat dari yang dijanjikan. Penatnya shopping , balqis memborong macam-macam T-Shirt. Aku pun memborong T-Shirt untuk Aisyah. Semua 50% off, tapi harga masih RM30 ke atas sehelai…habis duit langsir aku, RM200 untuk si Aisyah sorang. Balqis beli sendiri, dia dah ada elaun sendiri. Tinggal baju Nina dan baju aku je yang belum dibeli lagi…bilalah nak selesai shopping raya ni…

Aduh..penatnya; 5.30 petang kami sampai semula ke rumah. Ayah dah sampai sebelum kami..dia bersiap2 nak ke majlis berbuka puasa di rumah boss nya. Aisyah pun bersiap-siap nak berbuka dirumah Cikgu Nik, aku dan Balqis ..tak pose…aduh leganya. Orang puasa semua ada agenda…tinggal kami berdua yang tak puasa ni je. Apa lagi ambil peluang berehat sekejap. Menonoton jejak rasul dan lain-lain program TV yang hanya ada dibulan ramadan. Kul 8.00 malam baru siap masak…untuk orang berpuasa bersahur nanti.

05/09/2009 – Berbuka Nasi Beriyani di Selera Jati, Dengkil

Sebelum menjamu selera kami ke Nilai dulu, aku nak berdegil nak tukar langsir. Kami mencari dari kedai ke kedai, dah 3 buah kedai kami masuk. Belum lagi berjumpa yang berkenan dihati. Kalau ada yang berkenan pun, harga memanglah mahal…2 kali ganda dari harga biasa. Nak buat macana sebelum raya tak nak cari? Dah nak raya baru terhegeh2 …harga memang kena belasah habis-habisanlah.

Kul 7.15 kami sampai semula di Restoran Nasi Beriyani. Nasib dah booking awal, kalau tak…tempat duduk dah habis…kami mendapat nasi masing-masing. Azan dilaungkan dan bismillah…kami berbuka.

Mana air ni…nasi dah nak habis. Hm…pasal service aku bagi restoran ni 1 bintang je..aku dah 2 kali minta air yang dipesan, tapi masih belum dapat. Nasi beriyani dia aku bagi 4 bintang…

Lepas makan hantar Nina ke KMB semula, kami singgah solat maghrib. Seterusnya berangkat balik ke Putrajaya.

04/09/2009 – Boss panggil dan bagi CD – Senarai Tugas belum lagi…tunggu!

Hari ini aku diberi CD berkenaan tugas aku nanti. Aku dimaklumkan tugasku nanti banyak kepada mengajar dan mempromosi produk kepada umum. Semakin ramai yang menggunakannya; semakin berjayalah tugas aku…agaknya. Apa2 pun aku belum dapat lagi apakah senarai tugas aku. Agaknya mereka masih berbincang tentang apakah tugas yang sesuai untuk aku.

Kalau melihatkan kepada semua slide presntation ni…macam kerja aku senang sahaja..iaitu mengajar…hmm..jadi cikgu. Jadi cikgu, sendiri mesti lebih pandai dari mereka. Slidenya semua dah lengkap. Cuma..keadaan sebenar beum aku ketahui. Taku nanti, apabila user klik tak dapat macam yang dalam slide, tetapi dapat error..huh..mati aku.

Apa-apa pun takkan terus mengajar kot..mesti ada sesi train the trainer dulu kot…kita dan lihatlah nanti.

03/09/2009 – Aku Melapor tugas (alah..report dutylah..) YO!

Hari ini adalah hari rahmat penuh berkat. Juga hari tragis hati terhiris..Saya mendapat surat penempatan setelah hampir 4 bulan menganggur di Perputakaan MOX. Setelah mendapat surat saya tidak segera melapor diri. Saya membuat satu photokopi dan menghantarnya ke Kementerian lama. Kemuadian saya ke bank Islam untuk melihat 5 keping cek yang dibank-in minggu lepas. Alhamdulillah semuanya clear.

Telefon…telefon berbunyi…ingat ada haiwan dalam bahaya (teringat lagu wonderpets) rupa-rupanya Balqis dah sampai ke rumah! Oh…aku kena melapor diri ni…camna? Takpa aku singgah umah sekejap jumpa dia..peluk2 dulu lepas rindu dulu…Banyak barang di borongnya. Seronoknya aku dapat jubah, bukan satu tapi dua helai…bukan main lawa…mengerlip bagai bintang dilangit yang cerah tanpa awan. Pandai ke aku melaram nanti tu? Bila masalah aku nak pakai jubah ni..hehe..takpa simpan dulu..masuk baris dalam almari dulu ya.

10.30 pagi barulah saya melapor diri di jabatan baru ini. Saya menerima banyak ucapan `Selamat datang ke … (jabatan baru)`. Saya rasa kedatangan saya ke jabatan baru ini bagaikan seorang bayi yang baru dilahirkan. Tidak tahu apa-apa. Dunia sekeliling serba baru pada saya.

Saya diperkenalkan kepada seorang demi seorang staff di Unit ini. Nama dan tugas mereka di huraikan satu persatu oleh Pn. Jxx tapi minta maaf puan, selepas puan xplen keluar je dari bilik diorang saya pun lupa..maklum dah masuk era veteren-veteren ni, penyakit pelupa dah mula bertandang…Mereka ni semua bertugas di 3 bangunan yang berbeza. Tiap bangunan diberi nama burung-burung popular di Malaysia dan tinggi setiap bangunan hanya 2 tingkat…takda naik lift lagi dah…naik tangga je.

Masalah parking tiada lagi dan tidak memeningkan kepala. Masalah jalan jem pun dapat di atasi sebanyak 90%. Masa yang diambil rumah ke pejabat ialah 12 ke 15 minit. Alhamdulillah. Aku dah jumpa pengarah, timbalan pengarah dan lain-lainnya. Pendek kata semuanya baik-baik belaka. Walaupun pengarah mengaku dia garang…tapi aku tak takut pun…aku hanya takut pada Yang Maha Kuasa sahaja…kuasa2 lain yang sementara tu, tak perlulah nak takut.

Aku berterima kasih pada sahabat yang banyak membantu dan melayan kerenah aku dengan sabar. Adat pertemuan ada perpisahan. Namun perpisahan yang terpaksa berlaku diantara aku dan dia terlalu cepat. Rasa baru semalam kami berkawan. Aku berdoa agar sahabat juga akan kesini suatu hari nanti..paling lewat tahun hadapan.

Dijabatan baru, aku mendapat kawan baru lagi, namun tetap tak sama dengan yang lama. Sahabat aku, juga telah diberi tempat di Bahagian itu. Dia juga telah mendapat keperluan asas seperti computer dan alatulis. Dia juga telah mendapat fail-fail berkenaan dengan tugasnya. Hmmm…seperti yang pernah aku katakan, semuanya pasti berakhir juga.

Kini segala penantian berakhir dan kami kecut perut mendapat tugasan. Maklum dah 3 bulan setengah bulan makan gaji buta…kita tertutuplah peluang kami nak melepak bersama….uuhhuuu; uhuu; uhuu habis dah!.

02/09/2009 – Baru ingat nak ponteng ..di panggil mengadap pulak…menjunjung titah tuanku!

Hari ini saya dan sabahat bercadang bekerja dirumah sahaja…kami memang dah bertambah malas nak menulis nama…ni betul2 dah banyak lemak….bukan kerja apa pun ..tulis nama je..tu pun nak ponteng lagi?  Longat betul kami berdua ni kan? Hm…aku tak pandai nak menipu dan memutar belit cerita….terpulanglah kepada anda menilai kami berdua.

Apa makna menulis nama di dalam buku itu tetapi kami tidak berbuat apa2 kerja?. Pendekan cerita kami taknak kesana. Aku dan sahabat bercadang untuk pergi esok (03/09/2009) je. Kami tulis nama untuk dua hari …he…he..ok tak. Aku mengambil masa dalam setengah jam menyapu sampah, mengemas meja makan dan singkin. Pakaian pula minta tolong bibik toshiba basuhkan.

Aku bergegas ke atas on komputer dan aku bercadang untuk online lebih lama hari ini. Bermula dengan bharian.com.my aku beralih harakahdaily.net  semuanya agak membosankan hingga aku tersengguk sengguk membacanya. Aduh..mengantuknya…baik aku tido sekejap. Tanpa switch off PC aku terus ke bilik membaringkan diri atas katil…hmm…sedapnya. Belum sempat membaca apa-apa surah aku terus terlena.

Aku terkejut apabila hp aku dimeja komputer berbunyi nyaring. Aku terus bekejar ke hp, oh..sahabat call. Salam….di hujung talian..sahabat memaklumkan kami sedang dicari. Diminta mengadap dengan segera. Ha???? Lo! Aku bergegas mencari semula tudung yang telah kucampak ke dalam raga pagi tadi…alah dah berkedut2…berkeremut sakan. Hmm..takpalah baik gosok tudung lain.

Aku bersiap bagaikan filem diputar laju….dalam masa 5 minit, aku dah siap menggosok tudung, mengenakan di kepala, mengunci pintu dan tiba-tiba aku dah berada di bus stop menunggu sahabat datang. Aku nak pergi dengan dia juga. Aku nampak kereta Kelisa hijau bagaikan terbang dan landing didepan mata ….sahabat bawak 120 km/jam diputrajaya. Aku cepat melompat masuk dan kami segera mengadap si pemanggil.

Dalam kereta tadi kami membuat berbagai andaian dan telahan. Betulah sangkaan kami; yang kami akan mendapat surat penempatan hari ini (hari pertama kami cuba ponteng). Kami diminta menunggu sehingga surat siapa disediakan. Lo..ingat nak bagi dah…rupa2nya baru nak tulis. Kami menunggu disurau dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang . Terlena2 kami menunggu surat penempatan.

Takpalah 3 bulan lebih boleh bersabar, kenapa tidak lagi sehari??? Jam 5.00 pm kami naik ke atas bertanyakan surat kami…dukacita kami dimaklumkan surat belum boleh diberikan atas sebab2 tertentu…..esok je surat akan diberikan..kami pun balik dengan harapan esok kami akan dapat surat keramat itu.

23/08/2009 – SOLAT JEMAAH TAPI SAF TERPUTUS

Selamat menjalani ibadah puasa.  Alhamdulillah dapat jemaah isyak dan teraweh pada malam kedua. Selepas solat Isyak berjemaah dan doa;  jemaah lain berebut nak buat solat sunah selepas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.