DIAGNOS/PERAWATAN

Ada 4 cara mendiagnos penyakit.
Tapak tangan
Nadi
Anak mata (iridologi) dan
Lidah.
Kenalpasti kesihatan anda dengan menganalisis tangan (depan dan belakan) anda sendiri. Lihat tangan anda dan bandingkan dengan gambarajah dibawah:


Kesembuhan bergantung kepada beberapa faktor utama :
SPIRITUAL : 50%
MENTAL : 20%
EMOSIONAL : 20%
FIZIKAL : 10%
Surah Al-Insyirah ayat 5-8 : Sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan. Sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan. Apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan maka bersusah payahlah mengerjakan yang lain. Dan kepada tuhanmu berharaplah.
> Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit dan bumi. (Abu Ya’la dan Al-Hakim)
> Dan sesungguhnya doa itu memberi manfaat kepada yang telah diturunkan dan kepada yang belum diturunkan. Dan tidak ada yang dapat menangkis ketetapan Allah kecuali doa, sebab itu berdoalah kamu (Riwayat : Al-Tarmizi)
Firman Allah s.w.t : Surah Fushilat : 53
” KAMI AKAN MEMPERLIHATKAN KEPADA MEREKA TANDA KEBESARAN KAMI DISEGENAP PENJURU DAN PADA DIRI MEREKA SENDIRI, SEHINGGA JELASLAH BAGI MEREKA BHW AL QURAN ITU ADALAH BENAR. TIDAK CUKUPKAH BAGIMU TUHANMU MENJADI SAKSI ATAS SESUATU.”
Dari mana datangnya penyakit? Hadis Rasullah mengatakan punca penyakit adalah disebabkan oleh ketidak seimbangan racun, suhu dan angin yang akhirnya akan menyebabkan kepada kelemahan organ.
Soalan : Bagaimana ingin mengetahui kelemahan organ?
Jawaban : Diagnos dan tanya soalan.
Soalan Untuk 5 organ utama :
1. Perut
2. Usus
3. Buah pinggang
4. Jantung
5. Paru-paru
JOM periksa tapak tangan masing masing dan kesan penyakit pada diri anda sendiri. Maha kuasa Allah yang menjadikan sesuatu tidak sia sia.

Soalan Untuk Cek Perut
- Adakah anda terlalu banyak sendawa selepas makan?
- Adakah anda berasa pedih dibahagian perut apabila lambat makan?
- Adakah anda berasa pedih di ulu hati?
- Adakah perut terasa kembung dan banyak angin?
Jika semua jawapan ya …. hmmm mungkinkah anda terkena gastrik?
Mari kita diagnos melalui tapak tangan pula…
Apakah tanda-tanda Gastrik yang boleh dilihat ditapak tangan anda?
Tanda-tanda Gastrik
Tanda – Urat Biru / Hijau Di Tepi Perut Ibu Jari
Simtom – Cepat Letih, Mudah Lapar, Sakit di Ulu Hati
Punca – Makan Tidak Menentu, Makanan Pedas
Diantara Herba yang boleh anda cuba : D’Karm, Spirumadu, Teh herba, Tuju Angin, Madu Asli, Kopi Radix (Herba Diambil Selepas Makan) bersama-sama atau berasingan, ambil mana-mana 2,3 atau ambil semuanya…

Tanda-tanda ada kelemahan pada Paru-Paru, Resdung, Alergi, Asthma
Tanda – Urat Biru / Hijau
Simtom – Rambut Gugur, Buasir, Kulit Kepala Kering, Mata – Hidung Berair, Kerap Bersin, Gigi Berdarah, Mudah Letih, Keputihan, Cepat Penat, Hidung Kurang Deria Ciuman, Sering Bermukosa
Punca – Paru-Paru Bermasalah, Sistem Pencernaan, Masalah Darah
Herba – Coscinium, D’Deu, D’Det, Roselle, Morin-A, Spirulina, Madu Asli, Teh Herba

Diabete Militus (DM) / Gula Dalam Darah
Tanda – Di Pangkal Kuku Berwarna Gelap
Simtom – Mudah Letih, Sering Dahaga & Lapar, Penglihatan Kabur, Banyak Makan tetapi Berat Badan Menurun, Mudah Berbisul tapi Lambat Sembuh, Kerap Kencing dan Dihurungi Semut
Punca – Gula Berlebihan, Sembelit
Herba – Kopi Radix, Plantisol, Herba Rebusan Kencing Manis, Teh Herba

Hormon Tidak Seimbang
Tanda – Bulan Sabit Terbalik pada Kuku Jari selain daripada Ibu Jari
Simtom – Mudah Marah, Mudah Sedih, Kemurungan Yang Mendalam, Perasaan Rendah Diri
Punca – Faktor Keturunan, Pendedahan Berlebihan Kepada Medan Elektromagnet, Faktor Suhu Tubuh Yang Tidak Seimbang, Tidur Yang Tidak Berkualiti, Tekanan Berterusan
Herba – Paramaria, Radix, Senggugut, Sprirulina, Teh Herba, D’Karm, D’Deu, Lady Cheer, Keputihan

Jari Kelingking Mewakili Rahim Wanita
Tanda – Jari Kelingking Meruncing, Membengkok
Simtom – Haid Tak Teratur, Senggugut, Keputihan,Peranakan Jatuh
Punca – Sembelit Yang Teruk, Tulang Belakang, Stress, Keputihan, Senggugut
Herba – Paramaria, Senggugut, Teh Herba, Roselle, Keputihan, Omega 3, D’Deu, Herba Tuju Angin

Tanda – Tapak Tangan Berlopak
Simtom – Sakit Belikat, Sakit Tulang Belakang, Kebas Dan Lenguh, Mudah ke Saraf Lumpuh, Lemah Tenaga (Lelaki), Rahim (Wanita)
Punca – Stress, Berkait Dengan Imuniti, Kemalangan
Herba – Madu Asli, Teh Herba, Minyak But But, Roselle, Mengkudu
title=”ghout” width=”295″ height=”270″ class=”alignleft size-full wp-image-700″ />
Ghout
Tanda – Hujung Jari Bengkok
Simtom – Sakit Pada Tapak Kaki Apabila Bangun Pagi
Punca – Asid Urik Yang Tinggi
Herba – Teh Herba, Malac, Ardisia
PERHATIKAN JUGA:
Adakah tapak tangan anda berwarna merah, itu menunjukkan kolestrol anda tinggi, awas dengan penyakit darah tinggi (awasi paras kolestrol anda) , dibimbangi juga salur darah anda akan/sedang/boleh jadi tersumbat.
Atau tapak tangan anda pucat itu menunjukkan anda Kurang Darah / Darah Rendah.
Atau tapak tangan anda hitam dan gelap walaupun anda berkulit cerah itu menunjukkan badan anda banyak toksid / banyak racun / banyak bahan tidak berguna yang patut disingkirkan.
Harap anda semua sihat dan orang yang sihat mempunyai tapak tangan kemerah merahan (bukan merah kuat) + putih.
Selalulah periksa tapak tangan anda sendiri dan perhatikan perubahannya dalam tempoh 2 minggu sekali. Terutama jika nada mengambil herba herba tertentu atau mengikuti mana mana rawatan.
Jika anda mempunyai simptom penyakit-penyakit tertentu sila rujuk
http://go4halal.wordpress.com/senergi-produk/ untuk mengetahui apakah sinergy produk yang sesuai anda ambil. Jika sinergy tiada dalam senarai anda boleh sms untuk dapatkan sinergy yang tepat dari Tn. Hj. Ismail sendiri.
Taip: RADIX (jarak) INFO (jarak) SH (kod penyakit) dan hantar ke 33886
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI MISTERI…-:)
Peringatan: Diagnos yang tepat mesti diperolehi dari herbalis yang mahir atau anda hadir ke kelas. Yang saya paparkan hanyalah untuk panduan semata-mata apabila anda hadir kelas anda akan lebih memahaminya.
Ini ialah gambarajah mata. Ia boleh dibaca dan penyakit boleh dikenalpasti melalui bacaan-bacaan seperti didalam carta. Namun untuk mendalami ilmu ini, anda perlulah menghadiri kelas formal dengan herbalis yang bertauliah.

Urutan refleksi adalah merupakan kaedah rawatan yang diajar dalam HPA. Perlu hadiri kelas untuk memahirkan diri dalam ilmu ini. Point point tertentu boleh membantu memberi kelegaan kepada pesakit.
Carta tangan:

Carta kaki :








Puan Noor said
Salam,
Saya ada pelbagai masalah iaitu haid tidak teratur sejak awal, darah tinggi, migrain, gastrik dan sejuk kaki dan tangan. Saya berusia 34 tahun dan mempunyai 1 orang anak serta mengalami keguguran sebanyak 4 kali. Apakah herba penawar yang sesuai untuk saya. Saya juga ahli HPA.
Terima kasih.
go4halal said
W’salam. Saya cadangkan Puan berjumpa herbalis HPA untuk mendapatkan rawatan dan pandangan yang lebih tepat. Atau puan lihat di Tajuk Sinergy/SMS. Terima kasih.
sue said
salaam.saya tgk saya ada 2 kombinasi masalah : 1) rahim wanita 2)hormon tdk seimbang.
jadi, adakah saya perlu mengambil semua product utk 2 penyakit tersebut. untuk pengetahuan Tuan/Puan, saya memang mengalami sedikit kemurungan, sembelit dan masalah sistem percernaan (simptom seperti disebutkan diatas)
hrp2 sngat dpt membantu. sy sukar berjumpa dgn herbalis HPA sbb kekangan kerja.
go4halal said
Puan, kemurungan akan melarat jika tidak dirawat. Luangkan masa untuk diri sendiri, puan boleh cuba mana-mana herba yang bersesuaian secara berterusan dan lihat hasilnya. Dapatkan kombinasi yang tepat melalui sms. Saya bukan herbalis, jadi tidak sesuai untuk menasihatkan puan. Apa yang saya paparkan adalah untuk membantu rakan-rakan menganalisis sendiri masalah mereka dan selebihnya dapatkan rawatan dari yang lebih arif.
azi said
salam..
saya ada masalah haid tidak teratur iaitu setahun hanya sekali dan mempunyai berat badan 41 kg dengan tinggi 153.sudah mendirikan rumah tangga.adakah saya berpeluang mendapat cahaya mata. haid terakhir bulan feb 2008. berkahwin pada 31 dis 2008. pernah mkn ubat turun darah atas nasihat doktor pada 11 mac 2009 dan keluar haid pada 19 mac 2009.harap boleh membantu saya.
go4halal said
Waalikumsalam, maaf saya lambat reply. Puan, sila ke page synergy produk/sms untuk dapatkan set herba yang sesuai untuk puan. Kalau ada masa dapatkan khidmat nasihat herbalis yang berhampiran tempat tinggal puan. Paun jangan ragu-ragu mencuba ubatan HPA. Insyallah ianya mujarab kerana bahan didalam herba tersebut dan kerana produk HPA disediakan oleh orang yang solat dan sepanjang menyediakan produk mereka sentiasa berzikir. Oleh itu puan mestilah yakin dengan khasiat dan keberkatan ubatan kita.
Harus di ingat bahawa salah satu rukun penyembuhan itu ialah yakin.
Wassalam. Cubalah puan…nanti bagi testimoni pada kami semua. tq.
shaz said
salam..
ibu saya mempunyai penyakit berkaitan dengan jantung, dimana injap jantungnya berlubang. sy ingin bertnya apakah herba penawar yg terbaik untuk ibu sy amalkan?
go4halal said
Salam Shaz,
Jantung berlubang sangat serius, Shaz duduk dimana. Saya cadangkan pergi ke Herbalis terdekat untuk di diagnos tahap keseriusan penyakit. Herbalis lebih arif dan berpengalaman dan mereka banyak berjumpa dengan kes-kes yang sama. Lebih baik jika dapat berjumpa Tn. Hj. Ismail sendiri atau datang ke Sg. Petani. Herbalis Sg. Petani sangat berpengalaman luas.
Saya minta maaf kerana tidak berani memberi saranan takut nanti apabila tidak sesuai atau kurang berkesan, produk HPA pula dipersalahkan.
Kalau sakit ringan yang lain boleh juga kita cuba-cuba hingga jumpa yang serasi…walaupun teh herba baik untuk luka dalaman, untuk jantung berlubang saya rasa ada herba yang lebih mujarab atau berkesan.
sham said
Salam,
Sya baru berumur awal 30an, masalah ialah berat badan berlebihan dan tekanan darah tinggi…..penawar apakah yang sesuai dengan sy. Bolehkah sy ambil Minyak Zaitun HPA dan Carlic Oil Softgel tidakkah pengambilan ke2-2 produk memberi kesan positif kerana ke2-2nya bersifat mencair darah….atau bolehkah sy ambil D-HIPO sekali?
Terima Kasih
go4halal said
Waalaikumsalam,
Terima kasih kepada En. Syam yang telah berkunjung ke blog ini. En. Syam boleh rujuk
http://go4halal.wordpress.com/senergi-produk/
untuk dapatkan synergy yang tepat. Minyak Zaitun, VCO, Garlic Oil, Vitec semua sesuai untuk sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Jangan lupa minum banyak air 2.5L(mineral HPA – ph 7.9) untuk hasil yang lebih memuaskan.
sham said
salam,
nak tanya sikit apa beza antara Teh Herba dan Teh Asiatica?
yang mana satu untuk rawat darah tinggi?
go4halal said
Waalaikumsalam wr. Semuga bertambah sihat hendaknya.
Untuk makluman semua pembaca budiman, kalau darah tinggi elok amik teh asiatica. Bezanya antara keduanya ialah teh herba ada herba pegaga sahaja manakala teh asiatica ada 2 jenis pegaga (herba), asiatica (pegaga) dan Hydrocotyle Sibthorpiodes (pegaga embun).
Selamat mencuba. Doa dulu sebelum minum/makan ubat. Di ikuti minum air secekupnya. Setelah cuba jangan lupa maklumkan kesannya.
sham said
Salam,
Tuan terima kasih diatas semua jawapan yang tuan berikan.. sy ada lagi satu soalan untuk tuan, bolehkah org yang hidap darah tinggi meminum kopi RADIX, sebab kalau tak silap sy kopi mengadungi kafean yang boleh meningkatkan tekanan darah dan melajukan denyutan jantung? Sbb jika pesakit darah minum kopi dia akan pening kepala.
TQ
go4halal said
Salam,
Kopi radix sesuai diminum pesakit kencing manis, ghout, jantung malah oleh sesiapa jua -> menjadi ubat pada yang sakit; dan menjadi penghindar penyakit pada yang sihat. Kopi radix juga baik diminum oleh ibu mengandung dan ibu dalam sedang menyusu. Mengapa?
Sebab :
Kopi radix mempunyai 7 herba. Tongkat Ali, Mata Pelanduk, Teja Lawang, Mengkudu Hutan, Halban Hitam, Larak Hutan (bersifat kardiotonik -> menguatkan jantung, ubat lepas bersalin, megelakkan meroyan, memperbanyakkan air susu, mengentalkan otot2 badan) dan Tebu Gajah(bersifat antidot ->penawar racun/penyah kafein, penawar kencing manis dan demam).
Semak maklumat lain mengenai herba dalam
http://go4halal.wordpress.com/info-herba/
Harap dapat membantu tuan, Terima kasih.
sham said
salam,
Saya ada lagi satu pertanyaan bolehkah Malac diambil sekali dengan Vitec? sedangkan ke-2 membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
go4halal said
Dua dua boleh ambil sekali…lebih baik.
din said
salam,
sy berumur 30, baru disahkan oleh doktor hidap Darah Tinggi dan diberi ubat Darah Tinggi jenis Nifedipine 10mg 1bijix3kali sehari pukul 3pagi, pukul 11pagi dan pukul 7mlm (8jam sekali), Darah Tinggi saya berpunca dari kolestrol tinggi…..sy bercadang ingin ambil set Darah Tinggi HPA bahagian mana aturan pengambilan dan adakah diberi kesan samping kerana dicampur dgn ubat hospital?
go4halal said
Cadangan
vitex 2×2 (2 biji , 2 kali sehari, malam dan pagi) ; malac 2×2 ; omega 3 sofgel 2×2 ; teh asiatica 2x sehari
jarakkan masa selama 3 jam antara pengambilan herba dgn ubat klinik…bykkan minum air ksg setiap hari.
semua herba hpa tiada side efek..dah diuji oleh KKM. tiada kesangsian lagi.
Dah jadi ahli ke belom. Kalau nak guna produk JOM jadi ahli dapat jimat 20-25% harga.
Jadi ahli : http://www.duniaherba.net/aisyah
nora said
Salam.
Saya sedang mengamalkan Shark Cartilage Plus, Curcumin, IMT & Herba Tuju Angin untuk perawatan fibroid di dalam rahim. Namun begitu, 2 minggu lagi (7/7/09) doktor akan membuat pembedahan ke atas saya bagi mengeluarkan fibroid tersebut yang sebesar 6cm tanpa membuang rahim.
Apakah yang perlu saya amalkan pula selepas pembedahan itu supaya saya cepat sembuh dari kesan pembedahan, serta amalan seterusnya supaya kekal sihat dan bebas dari pengulangan fibroid.
Apakah saya perlu berpantang seperti bersalin cesarean?
Terima kasih. Wasalam.
sharipah b hashim said
nak tanya;saya rasa kebas2 jari kelingking dan sakit tulang belakang.hpa apa yang perlu saya ambik ?
go4halal said
Puan telah merujuk kepada yang lebih arif masalah puan dan disarankan puan mengambil herba berikut : omega sofgel, radix kapsul, kopi radix, paramaria plus, minyak but2 (sapu atau urut tangan hingga kehujung jari)
mohd shahreel said
saye ada msaalah pernafasan sjak kebelakangan ini…
dan susah untuk bernafas…
apakah msaalah sy sbnarnya…
dah byk doktor dan klinik sy pegi…
masih jjugak keadaan sma berlaku…
saya mahu bernafas macam biasa seperti dulu…
apa kah perlu sy lakukan…????
go4halal said
Assalamualaikum. Bukanlah mudah untuk memutuskan sesuatu tanpa membuat pemereksaan rapi dan ujian ujian tertentu.
Walaubagaimanapun bolehlah mencuba minum minyak herba 1 sudu 2x sehari. CUba juga ambil sedikit dan sapu juga di dada tiap2 mlm.
Selain dari itu, minumlah kopi radix dan makan juga morin-a. Ini semua adalah perantara alternatif untuk dicuba selain jangan lupa membaca doa syifa’ sebelum makan dan sapu ubat pada badan kita. Harus di ingat segala ubat merupakan penyebab, kuasa Allah jua yang akan menyembuhkan.
Saya berani minta herba di atas diambil dan diamalkan kerana ianya tidak mempunyai kesan sampingan. Ia menyembuhkan secara alami (semula jadi) mungkin ia akan mengambil masa cepat atau lambat bergantung kepada keserasian.
Sekian, selamat mencuba…saya doakan tuan cepat sembuh..AMIN!
Nora said
Salam. Saya telah selamat menjalani pembedahan membuang fibroid sebulan yang lalu. Alhamdulillah.
Saya ingin bertanya, herba2 yang saya masih ada, seperti Shark Cartilage Plus, Paramaria Plus & IMT, bolehkah disambung memakannya? (kerana saya masih ada sebotol setiap satu yang masih belum dibuka).
Saya juga ada membeli barut herba, untuk memulihkan rahim seperti sediakala. Bagaimanakah penngunaan barut herba kerana tiada info pada kotak tentang penggunaannya. Bolehkah ia dibasuh? Berapa lama boleh dipakai bagi satu barut sebelum ditukar? Selain daripada minyak barut dan but2, bolehkah saya guna minyak herba sebagai sapuan di perut?
Terima kasih. Wasalam.
go4halal said
Assalamualaikum Puan Nora,
Alhamdulillah dan semuga puan cepat pulih dari pembedahan. Puan boleh sambung makan semula herba puan seperti biasa. Mohon maaf puan, soalan puan mengenai barut herba saya tidak dapat jawab, namun saya ada pengalaman menggunakannya dan saya pun masih menyimpan barut herba saya (walaupun telah 3 tahun) kerana saya baru gunakan 2,3 kali sahaja.
Pada pendapat saya puan boleh gunakan barut ini selagi ianya terasa panas apabila digunakan. Puan tidak perlu menyapu apa-apa minyak sebelum menggunakan barut herba walau bagaimana pun tiada masalah sekiranya puan hendak menyapu perut dengan minyak-minyak tersebut sebelum menggunakannya…cuma barut puan akan jadi comot dan lembab kerana terkena minyak.
Saya rasa kalau barut ini dibasuh, semua herba dan rempah2 didalamnya akan basah dan puan akan ada masalah untuk menggunakannya. Jika puan berasa tidak selesa lagi menggunakannya , eluklah puan beli yang baru.
Terima kasih.