PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA…TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

JOM MELANCONG

Saya suka melancong. Sanggup perabih duit sebab nak tengok tempat orang. Bila dah pergi tempat tu, satu lagi habit aku ialah shopping sampai balik poket kering kontang. KOnsep aku duit yang dibawak atau ditukar tu mesti dihabiskan.

Buat masa ni aku baru pergi ke beberapa tempat macam Thailand, Indonesia, Singapura, China, Jepun, India dan Afrika Selatan (Cape Town). Kalau nak kongsi cerita dengan saya bolehlah.

Belanja tambang dan lain-lain semua sendiri bayar guna duit gaji..takda yang free atau kerajaan Malaysia bayar…atau menang cabutan bertuah. Saya tidaklah membuat peruntukan khusus atau perancangan khas untuk pergi ke mana-mana. Bila simpanan ada RM10,000 bolehlah tengok tengok tempat yang menarik ke, tempat bersejarah ke.

Saya teringin nak ke Iraq sebab kecik kecik dulu saya baca hikayat 1001 malam. Banyak tinggalan tamadun Islam di sana tapi sayang banyak yang telah dimusnahkan oleh negara paling kejam di dunia..AMERIKA jahanam tu.

Saya juga teringin nak ke Iran, Mesir, Jordan dll sebab selalu tengok program Jejak Rasul, banyak makam-makam nabi di sana. Kena simpanlah duit gaji yang ciput ni, insyallah bila dah cukup bolehlah pergi. Pergi dengan duit gaji sendiri lebih berbaloi dan seronok kot…tapi yang dapat kerajaan Malayisa bayar tu, lagilah seronok..melancong percuma, balik claim lagi..oh itu orang yang bernasib baiklah ..bukan aku.

INDIA PUN MENARIK DAN MURAH UNTUK DIKUNJUNGI.
Meh aku kongsikan pengalaman melancung ke India dari hari mula pergi sampai hari sampai semula ke Malaysia tanah air ku yang tercinta. Tapi kena baca dari bawah.

24/05/2009 – AKHIRNYA BALIK JUGA..
Masuk malam kedua kami sangkut di Delhi..akhirnya jam 1.30 pagi sedang nyenyak tidur telefon berbunyi dan minta kami check-out untuk ke airport. Akhirnya 5 pagi kapal terbang MAS yang terdampar di Delhi berjaya menerbangkan kami balik ke Malaysia. Jam 12.00 tegahari kami selamat mendarat di KLIA. Wau..alhamdulillah seronoknya melancong, balik pun seronok juga berjumpa semula dengan orang tersayang yang sedia menunggu.

DSCN1690

23/05/2009 – KAPAL TAKLEH TERBANG!
12.30 malam kapal belum terbang lagi…penumpang mula kecoh.. kenapa MAS tak berangkat lagi. Dalam tersengguk-sengguk Juruterbang membuat pengumuman ada kerosakan pada engine kapal dan masalah sedang diatasi.

Penumpang sebelah aku nak naik kapal ke Sydney (nasib baik dia ambik tiket MAS juga) dah agak risau takut ditinggal kapal di KLIA nanti. Tapi dia relax sebab yakin MAS akan beri tiket baru pada dia. Suasana dalam kapal bertambah kecoh.

Semua yang ada sambung penerbangan ke tempat lain, mula kecoh. Kesian aku tengok juruterbang dan pramugari MAS kena marah. Nak je aku masuk campur…mulut aku ni ringan je nak tanya …” you want to fly or want to die?” Hei…engine rosak ni tak paham ke derang ni?

Akhirnya kami diminta keluar pada jam 3.30 pagi. Semua dihantar ke Hotel. Kami check in di RAMADA PLAZA, ada yang ke NEW DELHI HOTEL dll. 4.30 pagi kami dapat bilik masing-masing dan bum..tido. Sebelum keluar kapal tadi kami dimaklumkan penerbangan esok dijangka jam 3.30 petang. Pukul 1 tengahari kami diminta check out dan menaiki bas yang sama untuk ke airport semula kerana kami dijangka terbang jam 3.00 petang (local time).

Sambil lepak-lepak dibilik menunggu makan tegahari, aku membelek pamplet hotel. RAMADA PLAZA ni…hotel mewah 5 bintang semalam 10125.00 INR = RM1000 semalam…patutlah cantik…biar betul, ni tak masuk breakfast.

Yang makan 3 x sehari ni? 2 malam pulak tu…berapalah MAS kena bayar untuk seorang, kalau sekapal??? Kesian MAS!. Belum dikira ganti rugi yang dituntut oleh penumpang. Agaknya…kami je yang tak tuntut apa-apa. Hm…siangnya tadi penat berjalan meredah Delhi mencari T-shirt/blaus/jeans yang boleh dipakai menggantikan baju yang dah masuk 2 hari melekat dibadan ni.

Tidur pun dengan baju yang sama. Penat mencari emporium dan supermarket, 3 kali kami dibawa oleh auto (tut tut) yang berlainan pergi ke emporium yang sama. Di Delhi emporium tu tempat menjual sari, baju macam blaus dan cenderahati yang lain. Harga memanglah mahal tak padan dengan kualiti barang. Puas kami bagitau driver auto kami nak apa…ternyata buat penat je. Kami cuba berjalan-jalan dilorong-lorong ditengah panas 45 C mencari berus dan ubat gigi…akhirnya jumpa farmasi..kami pun membeli barang keperluan yang penting kemudian balik ke Hotel semula…ah..panas..penat…T-Shirt tak dapat.

22/05/2009 – AKU NAK KE PASAR TANI JUGAK..
Lepas sarapan kul 10 pagi, Kami berangkat dari Housebot ke pasar tani. Banyak nye barang….makanan, buah-buahan , pakaian, produk kampung dll…aku beli mangga, strawberry dan cherry lagi…takut tak cukup. Jam 11 kami ke airport. Sedihnya nak balik dah…belum puas da belum habis melawat Kashmir.

Aduh..banyak nye sekatan…semua kereta yang nak masuk ke airport kena turunkan semua barang, scan (cek point askar), angkut balik semua beg masuk dalam kereta dan terus ke departure. Masa check-in kena cek lagi…habis semua barang dalam beg disuruh keluarkan dan dibelek satu-satu…lama plak tu.

Petugas immigration menghulurkan borang berlepas..alah.. banyaknya info dia tanya..orang dah balik pun banyak soal lagi…isi je lah dengan sabar. Sambil menuggu borang kami sempat juga dia menyapa kami dengan mesra…dari mana, datang berapa hari, gi lawat mana…saya pun nak tanya juga…kenapa banyak sangat sekatan dan pemeriksaan dan mengapa ramai sangat tentera dibandar ni????

Perjalanan Srinagar Delhi mengambil masa 3 jam 40 minit. Sampai di Delhi masih awal jam 4.30 petang nak tunggu 11.00 malam ..lambatnya lagi…tapi nak sambung tour Delhi tak sempat pulak ..sebab semua tempat bersejarah di India tutup jam 5 petang. Kami terus lepak di airport menunggu Kapal terbang MAS.

11.00 malam kami dipanggil masuk. Dijangka 11.40 kami akan terbang. Pramugari berdiri dan menunjukkan cara-cara menggunakan alat keselamatan dalam kapal..kami dah tak mau tengok..nak tido..

 

21/05/2009 – MAIN SALJI KAT GULMARG

P5210673DSCN1560
Jam 10 pagi selepas sarapan kami berangkat ke Gulmarg dengan 4WD. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Jalan berbeli-belit dan curam. Sangat gayat dan takut terhumban dalam gaung.

Pemandangan memang cantik, lereng gunung dipenuhi hutan pokok pain yang tinggi dan tirus dihujung..aku mengetip gambar dari tingkap 4WD tetapi yang menghala ke gunung sahaja yang menghala ke gaung aku tak berani…Gulmarg bersalji sepanjang tahun. Aku tak tau…aku tak bawak baju sejuk pun…Zana pun tak cakap.Aku ingat kalau Delhi tu 46 deg C, kat Kashmir pulak musim panas…mana ada Salji. Kesibukan di pejabat masa tu, buat aku langsung tak membelek tengtang Kashmir di internet. Balqis pun tak tau dia pakai baju nipis…apalagi menggigillah kami berdua.

Dari gunung-ganang disinilah air/glacier  akan mencair dan mengalir ke Dal Lake tempat kami bermalam. Aku copy and paste sikit : In the summer the melting snow of the mountains fill the brooks and rivers with gushing water. Only a touch of white peaks on the top most crags tells the tale of winter past. Characteristic of summer are the floating gardens on the Dal lake, trout fishing, trekking in the Himalayas, golf, water sports and bird watching etc.

Kami sibuk mengetip kamera dikiri dan kanan jalan melalui tingkap 4WD. Dalam hati tak putus putus berdoa..selamatkan kami pergi dan balik. Aku nak naik dan turun gunung ni dengan selamat. Aku belum gi haji lagi…ni.

DSCN1527DSCN1610

Kami sampai ke kaki gunung. Ada 3 pilihan nak ke station gondola samada berjalan kaki, berkuda atau naik 4WD.  Yang paling murah berjalan kaki…tapi agak jauh dan takut penat (sebenarnya malas nak jalan kaki)….jadi kami memilih menunggang kuda. Kami melalui sebuah padang golf yang indah. Dimusim panas ianya menghijau dimusim salji ianya jadi tempat main ski kerana diliputi Salji tebal.

Tiket gondola 500 rupies di stage 1, dan 200 rupees di stage 2. Kami ambil stage 1 dulu, nanti di atas beli lagi satu stage. Gondola sama macam kereta cable. Satu buah muat 4 orang. Tapi gondola kami dinaiki 5 orang sebab kami bertiga duduk sebelah dan sebelah lagi tak tau umat nabi mana.

DSCN1576DSCN1585

Pemandangan sangatlah cantik..di atas kami sejuk menggigil…jom kita panaskan badan…mai secawan (kopi radix) takda, terpaksalah order nescafe…sedang menikmati kopi panas hujan batu turun…cantiknya… Kami main salji diparas ini..sejuk dan seronok.  Tempat ni mat saleh yang buat…biasalah derang tempat orang buat macam tempat sendiri. Mat Salleh kan suka rehat2 dan main golf..jadi pada tahun 1927 diorang buka tempat ni , diorang buat resort dan padang golf. Musim sejuk diorang main ski kat Gulmarg ni. One of the major attractions for adventure loving tourists is skiing in the Himalayas. Gulmarg, the best ski resort in the Himalayas, was first established by the British in 1927, when two British Army Officers, Maj. Metcarp and Maj. Hadow had setup the Ski Club of India at Gulmarg.

Skiing at Gulmarg

Skiing had become very popular during the pre-independence years and Gulmarg used to host two main events, one each during Christmas and Easter. In 1938-39 about 500 skiers are reported to have participated in the Christmas and Easter ski races. Gulmarg’s atmosphere can generally be identified with 1940’s and 50’s European skiing—‘the Alps of good old days’. It has good sunshine as well as good snow.

Gulmarg holds a position as one of the highest lift-served ski resorts in the world. This is due to setting-up of a Gandola Cable Car Lift from Gulmarg to Apharwat top. Presently, only the first section of the Gandola, from Gulmarg to Kongdori is operational, giving a downhill ski run of about 3 kms. In addition, three ski lifts and one chair lift also service the resort, which are suitable for beginners and intermediate-level skiing, respectively.

The skiing season in Gulmarg usually commences before Christmas (around middle of December) and continues till middle of April. In January-February, 1998 the first National Winter Games of India were held at Gulmarg, for which the facilities were enormously improved and upgraded. The resort acquired two Kasse Bohrer snow beating machines used for preparing skiing slopes, and five snowmobiles, which can be made available for going up the mountain. Good quality equipment, including skis, boots, sticks, gloves and goggles are available on hire on the spot from the Government-run ski shop. There are also trained instructors available for guiding the tourists. Gulmarg is ideally suited for learning skiing, as it is probably the cheapest ski resort in the world.

Some time back, the famous French skier Sylvain Saudan, had started Heli-skiing in the Himalayas for European skiers. He would take the skiers by helicopter on top of Gulmarg mountain and other peaks in the area from where they would ski down the immense Himalayan slopes. This programme has been suspended for the time being.

The most enjoyable aspect of a winter sojourn in Gulmarg is the friendly atmosphere. It is like being in a family where everybody knows every one else.

20/05/2009 – KASHMIR…PARADISE ON THE EARTH
Pagi-pagi kami berangkat ke airport untuk menaiki Jet Airways ke Jammu – Srinagar dalam wilayah Kashmir. Masa MATTA FAIR di PWTC kami minta POTO Travel bagitau apa tempat menarik di Delhi tetapi mereka kata agent mereka tidak bawa ke Kashmir sebab tempat tu sangat bahaya. Kami mencari sendiri di internet…Kashmir digambarkan syurga dunia tempat paling indah dibuka bumi. Rugi kalau tak pergi…

Atas daya usaha Zana kami sampai di Kashmir pada hari ini. Wow…dari atas kapal terbang pemandangan kelihatan begitu mengkagumkan bagi pencinta seperti aku. Gunung-ganang yang masih diliputi salji, petak-petak pertanian…subhanallah indahnya bumi ciptaan Allah ini.

Kapal ni macam air asia tidak menghidangkan makanan ; siapa yang nak makanan atau minuman panas, boleh order. Yang bagusnya harga tidak semahal air asia, secawan kopi panas baru 15 rupess atau RM1.20.

Landing di Srinagar, ambil beg dan isi macam-macam borang sebelum dibenarkan keluar. Terkejut tengok ramainya tentera India di sini kenapa ramai sangat, bahaya ke tempat ni…tapi be positif, tempat yang dikawal sebegini ramai tentera mesti lebih selamat.

DSCN1649DSCN1332

Malam ni kami akan tidur di house bot. Kami keluar dan mencari pemandu pelancung yang sedang memegang nama Zana. Kami dibawa menaiki 4WR ke housebot. Belum jumpa tempat yang dikatakan cantik sangat tu…semua macam biasa je. Jalanrayanya berdebu, askar berdiri tiap seorang selang 10 meter. Macam menunggu penyerang je ni…alamak positif lagi…mesti takda siapa berani buat apa-apa sebab askarnya punyalah ramai.

Kami sampai di Station Sikara (perahu kayu yang dihias dengan kain baldu yang warna warni yang juga dipanggil gondola)…kami diminta turun…wah….cantiknyer…tasik besar dikaki gunung.

 

Kami dibawa ke housebot yang bernama NEW ZEALAND. Semasa menaiki shikara ke housebot…subhanallah cantiknya..rasa macam mimpi je aku kat situ. Tak tergambar dengan kata-kata kecantikan tempat itu…kami pandang ke kiri…wah cantiknya; kami pandang ke kanan…wah..cantiknya; pandang depan, belakang semuanya cantik..subhanallah. Kami berada ditasik yang tenang dan jernih dalam shikara yang cantik, sedang menuju ke tempat bermalam kami malam ini..housebot.

Tak sampai 15 minit kami pun sampai..kami memanjat tangga ke rumah kami…wah..cantiknya rumah ni…penuh ukiran. Dinding, pembahagi, kerusi, meja, siling, katil tingkap semuanya berukir dengan halus. Wah seninya mereka.

Kami mauk ke bilik..wah besarnya bilik…ada 1 katil single, 1 katil double untuk kami bertiga. Ada satu set kerusi , ada 2 biji cleopatra … semuanya cantik. Sulaman cadar dan langsir adalah buatan tangan orang Kashmir…hmm..aku kena beli satu cadar dan sepsang lansir ni sebab dah berkenan sangat dengan sulamannya.

Lepas letak barang kami kembali ke Shikara untuk ke tempat menarik di Kashmir yang tidak jauh dari Dal Lake tempat penginapan kami.

Banyak tempat menarik disini…biar aku copy and paste je sebab nak jimat masa.

The Mughal Gardens

DSCN1407DSCN1351

Aduh penatlah duk kejap ek…hmm…wangi bunga ros ni…geramnya aku!  With terraced lawns, cascading fountains, paint-box-bright flowerbeds with the panorama of the Dal in front of them – the three Mughal Gardens of Chesma Shahi, Nishat and Shalimar are the Mughal Emperors’ concept of paradise and are today very popular places for picnics and excursions.

Shalimar Bagh

Mula-mula kami ke Shalimar garden..banyak nya bunga ros. macam-macam warna, kecik besar semua ada. Hmm..segarnya udara …belakang kaki gunung (Himalaya) depan Dal Lake, tengah-tengah Taman bunga..hmmm … panjang pulak tu..sejauh mata memandang. Rasa macam setiap inci hendak diabadikan dalam gambar. Pandang kiri cantik, kanan cantik, belkang cantik..depan pun cantik..sampai langit dan rumputnya juga cantik dan bersatu padu. Taman ni terbahagi dua kiri dan kanan dibina sama, bunga dan pokok2 pun sama…tengah2 ialah aliran sungai air pancutan…bukan guna air recyle tau..guna air ori yang mengalir dari gunung…sejak dan jernih bak kaca.

P5200550P5200511

Ceritanya Taman ni: Built by Emperor Jehangir for his wife Nur Jehan, Shalimar, 15 kms from the TRC, is a beautiful garden with sweeping vistas over gardens and lakes, and shallow terraces. The garden is 539 m by 182 m and has four terraces, rising one above the other. A canal lined with polished stones and supplied with water from Harwan runs through the middle of the garden. The fourth terrace, by far the best, was once reserved for royal ladies.

Memang sangat cantik rasa nak guling guling macam heroin hindustan tu…bunga ros semua warna ada besar-besar ada, kecik kecik ada…giler aku tengok..sangat-sangat seronok. Taman ni saujana mata mata memandang. Luas dan panjang. Macam-macam spesis bunga yang dibawa dari Parsi sejak zaman Jahangir terus dipelihara sampai sekarang. Mati, tanam yang baru, mati tanam lagi yang baru…

Nishat Bagh

Bunga ros di Shalimar GardenP5200440

Dari Shalimar kami ke Nishat pula..sama je cantiknya…design lebih kurang..ingat malas nak berjalan dah…tapi bunga-bungaan segar menggamit kami untuk melihat dengan lebih dekat. Taman ni pun dibina dizaman Jahan2 dulu…tabiklah dekat India ni, semua dipelihara dengan baik walaupun dah beratus-ratus tahun.

Situated on the banks of the Dal Lake, with the Zabarwan Mountains as its backdrop ,(11 km. from TRC), this ‘garden of bliss’ commands a magnificent view of the lake and the snow capped Pir Panjal mountain range which stands far away to the west of the valley. Nishat was designed in 1633 AD by Asaf Khan, brother of Nur Jehan.

Banyak lagi tempat menarik tapi kami tak sempat nak pergi…uhu..uhu.. antaranya

Chashma Shahi

At Chashmashahi, is a tastefully laid garden in terraces, which commands a magnificent view of the Dal Lake below and surrounding mountain ranges. The cool water of the spring is highly refreshing and digestive. The original garden was laid out by Shah Jehan in 1632 AD. TRC Srinagar free of cost to visit the permits can be had from the infromation Counter Chashma Shahi Garden. Permits can be had from the infromation counter.

Pari Mahal

Once the royal observatory, Pari Mahal has a charmingly laid out garden and is a five-minute drive from Cheshmashahi. A Buddhist monastery at one time, it was converted into a school of astrology by Dara Shikoh, Mughal Emperor Shah Jehan’s eldest son. Situated on the spur of a mountain overlooking the Dal, the ancient monument, with a well-laid spacious garden in front, is connected to Cheshmashahi by road. It is illuminated at night.

Harwan

On the hillside, south of the village of Harwan (19 kms from the TRC)), remarkable remains of ancient ornamented tile pavements of the Buddhist period have come to light. The tiles depict the dresses of the people, such as loose trousers, Turkoman caps or close fitting turbans and large ear-rings which reveal Central Asian influence.

Kami sampai lewat ke Dal Lake hari nak nak gelap…kami berhenti sekejap di bilik untuk solat zohor&asar. Petang ni kami ada Shikara Ride..mengelilingi tasik. Wau…ingtakan dalam tasik ni ada housebot untuk disewa je…rupa-rupanya macam-macam ada…Kedai jual pakaian, kain sulam, sari, kraf tangan, kedai daging, kedai runcit dan macam-macam kedai lengkap seperti sebuah pekan kecil, bestnya semua dalam air. Macam orang bakar satay kat bot sebelah tu, pendayung tanya kami nak rasa ke?…

Rumah mereka cantik-cantik rupanya samada 2 atau3 tingkat. Azan magrib dilaungkan ..jelas sekali kedengaran. Surau/masjid pun ada dalam tasik ni. Mereka menanam berbagai tanaman dan sayur-sayuran disekeliling rumah. Hampir setiap rumah menanam bunga ros merah sebagai hiasan laman mereka.

Shikara terus dikayuh dalam gelap dan bergantung pada cahaya dari rumah dan kedai-kedai. Jauh di atas gunung ada temple dan Akhbar Fort indah dihiasi lampu.

Kami sampai semula di housebot pada jam 9.00 malam. Kami makan malam (sedapnya)lepas tu mandi, solat magrib/isyak dan tidur jam 12.00 malam selepas menonton TV. Hmm..puashati berjalan hari ni…semua tempat cantik-cantik belaka. Esok gi gunung pulak..

Kalau nak puas datanglah 4 hari, bukan 2 hari macam kami.

Keindahan yang amat berbeza dan luar biasa dari mana-mana tempat.

19/05/2009 – CANTIKNYA TAJ MAHAL…

masjid untuk semua agama

Awal pagi selepas sarapan direstorant kami berangkat ke Agra, 270km dari Delhi. Pemandu kami bawak kereta macam orang gila..laaajjjuuu dan sentiasa membunyikan hon. Kami dikelirukan oleh sebuah Masjid yang menyerupai Taj Mahal. Namanya masjid semua agama. Kononnya Islam ni macam-macam Mazhab dan imam maka seorang kaya telah membuat sebuah Masjid menyerupai Taj Mahal untuk semua fahaman disini. Masjid ini juga dibuat dari Mar-mar tetapi kualitinya jauh berbeza dari Taj Mahal dan langsung tidak ada ukiran didinding apatah lagi di silingnya.
Akhbar TombDSCN1125

Kami singgah di Akhbar Fort. Siapa yang belajar sejarah tahun 70an taulah Akhbar ni siapa budak zaman sekarang tak tahu kot. Dulu aku menghafal dari Kublai Khan sampai lah ke Aurangzeb – Khan yang terakhir sebelum jatuh ke tangan British.   Tamannya juga sangat cantik dan terpelihara.  Banyak bunga kuning, purple dan pokok-pokok rendang yang meredupkan kawasan yang panas 46 C itu. Air mineral dah sikit kerana haus asyik meneguk air. Tak sangka kesah yang dibaca bagaikan kesah dongeng dari buku tu, kini kesahehannya dapat dilihat dengan mata sendiri. Akhbar ia seorang pemerintah agung Islam yang memerintah India, Islam hanya 10%. Hindu 90 % tetapi Islam boleh memerintah dengan adil dan aman. Di dalam pintu gerbang ini, Akhbar disemadikan.

Tengoklah pintu gerbangnya je dah cantik. Kami tak sempat masuk sebab jauh sangat ke dalam. Panas dan kami mengejar masa nak ke Taj Mahal. Masa berlalu pantas menjelang tengahari kami masih belum sampai Taj Mahal.

Taj dari pintu gerbangTaj Mahal yang indah

Akhirnya kami sampai ke pintu gerbang Taj Mahal. Subhanallah cantiknya…sungguh menakjubkan. Pemandu pelancung berceloteh panjang didepan pintu gerbang Taj Mahal. Selepas membeli tiket kami pun masuk ke dalam. Aduh…jauhnya lagi bangunan tu dari pintu gerbang. Panas jangan cerita. Angin yang bertiup bagaikan keluar dari oven. Kami menjadi merah dan masak. Walau bagaimana pun kami kira beruntung sebab jumlah pelawat tidak begitu ramai dek musim panasnya yang membahang. Kami berjalan perlahan2 sambil pemandu pelancung mengingatkan semula aku kepada kesah Kublai, Jahangir, Akhbar, Shah Jehan, Aurangzeb anak beranak tu.

 

depan makam Shah Jehan dan MumtazDinding makam Shah jehan

Dibelakang kami ni ialah ukiran yang diperbuat dari batu marmar yang berkualiti tinggi. Didalam kandang itulah terletaknya kubur Shah Jehan dan Isterinya Mumtaz. Ukirannya masyaallah..cantik dan sangat halus. Tidak dapat digambarkan. Betul kata pemamdu elancung kami…gambar sangat tidak adil kepada Taj Mahal kerana keadaan, binaan dan ukiran yang sebenarnya 1000 kali lebih cantik dari gambar yang diambil dengan camera mana sekali pun.

Berehat sebentar dalam TajDSCN1239

Kami berehat sebentar di ruangan tempat  al-quran dibacakan kepada simati. Aktiviti membaca al-quran 24 jam disini dihentikan pada zaman British hingga sekarang. Sebelah kami tu ialah siling Taj Mahal yang juga diperbuat dari marmar. Hebat sungguh. Aku tak jumpa paku, besi dan object lain selain dari marmar. 100% marmar. Sebab itulah walaupun diluar panas membahang 46 deg C tetapi didalam Taj selesa dan sejuk.kami membuka kasut dan sengaja memijak lantai marmarnya yang sejuk.

P5190293Dari anjung inilah Shah Jahan melihat Taj Mahal apabila dia dipenjarakan

bersebelahan Taj Mahal didirikan Masjid yang sehingga sekarang masih terpelihara dan solat jumaat masih didirikan disini. Tiang-tiang tinggi tu ialah anjung Istana Shah di Red Fort. Dari situlah beliau menghabiskan usianya. Dia ditemui meninggal dunia dalam keadaan matanya celik dan sedang memandang ke Taj. Shahdunya cinta Shah Jehan kepada isterinya Mumtaz. uhu..uhu…

Red Fort Istana Shah JehanRed Fort

Megah sungguh kota ni, diperbuat dari tanah liat merah berkualiti tinggi. Pernah dibakar oleh British tapi masih utuh dan teguh walaupun ada kerosakan.  Istana Shah jehan dalam Red Fort ni pun terbakar begitu juga sebahgian kecil Taj Mahal. Sangat unik dan menakjubkan…diluar cantik…masuk ke dalam lagi cantik. Tinggalan ratusan tahun masih dipelihara…bagusnya…betapa hebatnya Islam dimasa lampau.

18/05/2009 – JOM TENGOK APA ADA KAT DELHI
Kami berangkat ke Delhi. Di Indira Gandi Airport kami dijemput oleh India Travel & Tuors. Kami terus dibawa ke Regency Continental untuk berehat sekejap. Bilik agak luas walaupun telah dimasukkan lagi satu katil, masih ada ruang untuk kami bergerak bebas dalam bilik. Ikut jadual tour Delhi tiada dalam pekej, jadi kenalah kami pandai-pandai sendiri. Setelah berehat seketika dan bersolat zohor asar Jama’ dan qasar kami keluar semula dari bilik, kami mencari peta untuk berjalan sendiri di Delhi.

Hmmm…Metro station (station LRT) tidak jauh dari hotel. Kami berjalan kaki ke Metro Station. Balqis mengeluarkan camera mengambil 2,3 keping gambar. Dengan pantas seorang (pakaian guard) melarang dan menyruh gambar itu dipadamkan…ek eleh..apahal tah..ambik gambar kat Metro station pun bagi…, tinggi juga rail dia kami melihat bandar Delhi dari atas metro…Delhi lama(old Delhi) dibina oleh ikut senibina Mughal, terabor dan banyak setinggan; Deli baru (New Delhi) dibina mengikut rekabentuk English yang menjajah India. Lebih teratur dan ada banyak taman yang cantik-cantik.

Banyak tempat menarik dan bersejarah di Delhi. Antaranya : Qutub Minar – tingginya 238 kaki 1 inci dirujuk sebagai “one of the wonders of world”. Tower ini dibina selepas kejatuhan Kerajaan Hindu yang terakhir di Delhi. Banyak lagi ceritanya…panjang berjela.

Inda Gate

India Gate (All India War Memorial) : 42 meter tinggi, free standing arch, direkabentuk oleh Lutyens dan ditemui pada 10/02/ 1921 oleh pemerintah Connaught, mengandungi 70,000 askar India yang mati ketika Perang Dunia I. Jantar Mantar ; Old Fort (Purana Qila)Historical Places ; Birla House ; Parliament House ; Jantar Mantar ; Humayun’s Tomb (dibina pada 1565) ;

Jama Masjid – masjid terbesar di India dibina oleh Maharaja Monggol yang terkenal Shah Jahan mula dibina pada 1644 dan siap pada 1658 dengan belanja 10 juta rupees, ada 3 gerbang merupakan tempat wajib lawat bagi orang Islam mengingati kemasyhuran pemerintah Islam di India. Banyak lagi tempat yang tak sempat nak pergi.

Malam, baru kami sampai semula ke hotel . Kami tak jumpa kedai makanan yang sesuai. Ada tu macam mahal je tak berani nak masuk pun. Kedai makan macam kat Malayisa tak banyak. Akhirnya kami balik dengan lapar.

Selepas menilik menu di bilik, kami order by call di restaurant hotel. Yang pasti nasi (berasnya panjang, sebiji-sebiji dan lembut…sedap), makanan vegeterian…apalagi sayur campur-campur..Zana memang ada bekal Sambal ikan bilis…hmm..sedapnya. Lapar punya pasal.

Rasa macam tak puas berjalan di Delhi sebab banyak sangat tempat bersejarah dan menarik untuk dilawati. Kami tak sempat ke Mughal garden; Rashtrapati Bhawan; Lodhi Tomb (Lodhi Gardens) dan banyak lagi. Kalau nak habiskan semua 3 hari baru boleh…kot.

Ok gilir-gilir gi mandi, solat magrib, isyak pastu tidur, esok kena bangun awal sebab nak ke Agra tengok Taj Mahal…adakah ia seindah ceritanya atau indah khabar dari rupa??? Yang aku pernah dengar Taj Mahal ni busuk bau air kencing…biar aku cerita esok camna…

17/05/2009 – MYSORE PALACE DAN TIPU SULTAN PALACE – WOW LAWANYA ISTANA LAMA NI!!!!
Seawal 7.00 pagi kami bergerak Mysore .  Pemandu Pelancung bawa masuk ke satu kawasan perkampungan. Rupa2nya dia nak tunjuk pemerintah India Islam India Selatan yang sangat terkenal (tapi aku tak kenal pun sebab aku buta sejarah…) Tipu Sultan.   Tugu ini dibina betul2 ditempat Tippu Sultan ditemui meninggal dunia kerana ditembah oleh oleh Btitish dalam perang Dunia pertama.

Menara Masjid Tipu Sultanbudak mengaji di Masjid Tipu Sultan

 

Tippu Sultan seorang yang sangat Islamik. Masjid yang beliau bina lebih 300 tahun yang lalu masih utuh dan aktif digunakan. Masa kami datang, kanak-kanak sedang mengaji.  Nampak macam dijadikan pondok, ada tempat tidur dan ada tempat masak dan makan bagi kanak-kanak.

Taman depan Istana Tippu SultanTugu ini dibina ditempat Tipu Sultan mati ditembak British

sebuah bandar berhampiran, hasrat hati nak tengok Mysore Palace (istana lama). Perjalanan ambil masa 3 jam, sampai saja Istana kami pun masuk…sebelum tu kena bayar dulu…local bayar murah je…kami kena berganda2 mahalnya…tapi sebaik melepasi pintu gerbang…nanmpaklah Istana yang cantik tu…kami beratur mengambil alat yang menceritakan kisah istana dari mula sampai habis…oh…panjang ceritanya..istana pun cantik sangat2. Tak pernah aku tengok lukisan dan ukiran secantik dan sehalus itu…dari lantai, pergi ke dinding naik ke siling..setiap inci tidak di tinggalkan kosong tanpa ukiran..caannnntikkk sangat-sangat. Bayaran yang aku rasa mahal tadi…kini terasa sangat berbaloi…

P5170125P5170134

Kami juga ke Taman Botani Lal Bagh yang sangat terkenal , yang mula buat taman ni ialah Haider Ali (Bapa kepada Tipu Sultan – Pemerintah MYSORE pada tahun 1700 . Pokok ni umurnya lebih 300 tahun. Banyak lagi pokok yang cantik2 dan tua2 di taman ni. Ada yang tingginya lebih 300 meter.

Brindavan Garden Tempat Shooting Film Hindustan zaman 60anDancing Fountain

16/05/2009 – SHOPPING SARIS

Bangalore City HallPokok umur lebih 300 tahun
Tour Bangalore..hmm..Bangalore ialah Garden City..banyak taman-taman yang besar-besar. Mula  singgah di Vidhana Soudha, lepas bergambar kami ke Lalbagh Garden, usia taman dan pokok2 disini beratus-ratus tahun …banyak pokok tua-tua yang cantik dipelihara, banyak bunga dan rumput menghijau tak macam sedang dilanda musim panas, air tasik tenang dengan itik-itik liar berenang-renang menyejukkan pemandangan. Kagum juga dengan India ni, dengar cerita kawan-kawan yang dah pergi India , negara ni ramai pengemis, busuk dan kotor…hakikatnya bila kita jalan-jalan di sini, ianya sebuah negara yang sarat dengan bangunan cantik dan besar. Bila tengok Mahkamah dia..terasa Palace Of Justice kat Putrajaya tu..kecik je. Hm..jangan mudah terpengaruh cakap orang..datang sendiri dan lihat..baru tau.

DSCN1066DSCN1068

Paling penting Shoppppinggg ler…bayak habih duit aku…tak cukup duit pinjam duit Zana dgn duit Balqis, diorang ni kaya sebab kedekut. Simpan duit satu sari pun taknak beli..pelik aku. Kami dipelawa masuk ke kedai Sari…diberi kerusi, dilayan …diberi minum cola. Menimbun sari dibuka untuk kami pilih…derang ingat kami banyak duit kot…tak tau kami ni pelancung budget dan kedekut. .dalam taknak-taknak tu beli juga. Makin mahal sari makinlah cantik. Makinlah halus suteranya, batu batan kelip mengerlip pun banyak semakinlah banyak.  Cakap je nak harga berpa. Dari yang RM30 sampai ke RM3000 ada disini…yang RM3000 tu, ophs..tak payah bukalah…kami taknak beli…yang bawah RM100 tu bolehlah tahan.

45 Responses to “JOM MELANCONG”

  1. Shikin said

    erm dapat gak g ke negara luar………ujan emas di negeri orang ujan batu di negeri sendiri……….

  2. bommai_ann said

    wah…sy semakin bersemangat mau ke india lepas baca ur blog..erm..buleh sy tau..u pg sana ikut agensi pelancongan ke??? hehe…tak sesat ke???

    • go4halal said

      Sekarang masuk musim sejuk… bagus pergi waktu musim sejuk macam ni, terutama kalau ke Agra (Tajmahal) . Saya cari kat Internet ..agensi pelancongan India…tak sesat pun… 🙂

  3. seri said

    boleh share nama agensi travel tu??

    mcm nak g india 🙂

    thanks

  4. go4halal said

    Travel Agency yang kami gunakan : India Travel & Tuors. Ada banyak sebenarnya..google je.

  5. jay said

    salam…bulan berapa yg best lawat kahsmir…
    dan kalu bulan January panas ke kalau Agra..

  6. jay said

    bulan berapa u all semua pegi india ne..

    • go4halal said

      Salam, kami pergi bulan Mei, musim panas…Agra dan Delhi panas, tapi semakin ke utara tu, Jammu dan Kashmir tu semakin kurang panas. Kalau di Dal Lake, pagi 10 – 15 C, tengahari suhu dalam 20 – 25 C , Puncak Gulmarg sentiasa diliputi Salji. Kalau pergi musim sejuk, Dal Lake beku, semua diliputi salji dan sangat sejuk. Eluk tengok cuaca India dan cuaca tempat nak pergi sebelum pergi. Sekarang musim monsoon sejuk dan hujan tak selesa pulak nak jalan-jalan. Silap2 terperangkap dalam banjir.

  7. jay said

    tima kasih 4your info…
    u allz cadangkan kami g bulan bila??
    kami nak g klu boleh adew musin bunga, adew salji n x panas sgt,,,
    kat kashmir,,
    tasik yg u tinggal 2 kat kashmir,,,,
    klu musim sejuk beku kew..
    macam mane kalau we all g bulan januari…
    ok ker???

    • go4halal said

      Minta maaf saya tak dapat nak nasihat lebih2 baik google dan cari info sebelum pergi. Jan tu musim apa dll. Kalau nak bunga pergi musim bunga atau panas baru ada bunga. Kalau musim sejuk dan salji turun, pemandangan putih sebab penuh salji dan tak dapat naik gulmarg sebab jalan pun penuh salji, licin dan bahaya…kot. Wallahualam.

  8. jay said

    terima kasih untuk maklumat yang diberikan…wsalam.

  9. zaleha said

    salam..agak2 brape kos pergi india tu…? atau boleh join sama tak kalau nak ke Iran??

    • go4halal said

      Salam Zaleha, kos tak tentu sbb bergantung kepada harga tiket, hotel, makanan, trip disana dan travel agency yg kita pilih. Saya ke Bangalore dulu, pastu ke Delhi, Agra dan baru Kashmir, dari Kashmir balik ke Delhi dan terus ke KL. Kos saya tak kira sangat…agak2 dalam 3/4 K jugaklah…termasuk shopping saris. Iran plak saya lom pergi lagi..ingat nak pergi juga satu hari nanti…Iran pun best jugak..tp nak pergi musim luruh plak…tak sejuk/panas sangat.

  10. jue said

    salam..
    i nk tanye u amik pakej yg mana.i dh tgk website india travel & tours tu.tapi byk pakej so x tau nk pilih yg mana

  11. jay said

    salam…nak tnye sekali lagi..masa pergi ke delhi dan kashmir adakah pakage yang u gunakan dari satu travel agent saja iaitu..india travel @ tuors

  12. sulaiman said

    salam. nak taya saya akan keindia bulan disember, ke Delhi, acra dan jaipur…saya belum ada pakej cuma dapat beberapa pakej dari tour dari india please advise how to plan my trip kesana…ok

  13. en_me said

    sonoknyerr gi taj mahal tewww.. ehehe

  14. iza said

    thanks for all the info.. im going there by next year.. but scared since u told me the weather is too hot. thanks again.

  15. malekhanif said

    Cadang ke Delhi, Agra dan Srinagar pada Jun 2011. Tq beri info.

  16. hana said

    agak2 kat bangalore sekarang musim apa.

  17. mama said

    Saya akan pergi ke Delhi pada 29/5/2011.dalam minggu ni..saya bw sekali dgn anak2 say yg berumur 5,7 dan 10thn…perlu ke anak2 sy ambil injection malaria sebelum pergi..jauh ke dr delhi ke kashmir? brp kos penerbangan dr delhi?

  18. Ezwan said

    nak tanya, kalau pergi ke India ni, bagus pergi sendiri ke atau pakai tour guide? sbb kadang2 pelancong kena tipu kalau pergi negara2 cmni? ada tips, boleh share dgn saya.thanks 🙂

    • go4halal said

      Ezwan, terpulang pada diri masing2, budget dan nasib juga…kat negara kita pun sana sini kena tipu..redho je kalau kena tipu… 🙂 terutama kalau bab duit… halal kan je; cari duit lain… jual/beli emas pun boleh tambah pendapatan, lumayan dan senang je.. 🙂 kalau berminat emel saya.

  19. Man kidal said

    X yah g india, kt sini pn bnyk org india bh .. Abis saja duit baik ku suping he2 ngil kh basa2 x laukny ah bulih .. Bulih x ah ..

  20. Hasnah said

    saya dah pergi ke India-Kashmir-Agra Jun 2011. Tapi kalau ada sesiapa yg nak join saya & group gi ke New Delhi – Agra-Jaipur pada 21/4/2012 hingga 26/4/2011 bolehlah contact saya. Harga Ground termasuk Visa + Insuran = RM2200.00 (Hotel+Makan+transport) tak termasuk tiket. Tiket berpandu pada harga yg tertakluk pada tarikh ……

  21. kajol said

    cik hasnah~saya mmg ade plan nak ke kashmir, tp masih dlm perancangan coz x dpt agensi yg btol2 percaye lagi.. klu bole sy nk pakej yg x pegi agra coz sy da penah pegi taj mahal.. cume sy teringin nak pegi kashmir n sekitarnye.. agak2nye brape bajet utk sume kos tu ye?

  22. Bestnya melancong… selamat melancong ….

  23. kajol said

    x sabarnye nak pegi kashmir!!!!! kashmir, wait 4 me…. we’ll see 1 march 2012!!!!!

  24. Ummu fadli said

    as salam, bila nak pergi iran? jom saing..plan nak pergi this year

    br, ummu fadli

  25. Yahuza said

    dari sekolah rendah lg nak gi kashmir, tapi bila baca blog ni semakin membuak buak…. kalau berkereta ok tak ?. Dari koci atau bangalore ke delhi atau terus ke srinagar, 10 hari cukup tak macam tu….. 10K cukup tak bawak isteri dan anak 4 orang umur 5 bln hgga 9 thn… TQ

  26. wanie said

    sy ada nmpak pkej ground shaja ke kashmir RM750 Include mkanan+hotel+fees nak masuk mne2 tmpat..tiket x termasuk…5 hari 4 malam..tp,bila sy nk online bli tiket ke new delhi,xde plak flihgt nye….cmne ye???

  27. hj own said

    salam…sy bercadang nak bercuti bersama keluarga…pd bulan sebelas ni ke kashmir..adakah waktu itu masa yang sesuai di sana utk kita lawati..

  28. ahmas saidi daud said

    hujung tahun lepas saya telah pergi ke india – delhi kashmir agra dan jaipur. 8 hari 7 malam . satu percutian yang yang kurang seronok sebab saya punya tour guide kurang mesra alam .kalau bolih pergi dengan you punya group best kot.

  29. kajoljb said

    kenangan my honeymoon di kashmir is very awesome…. tourist guide kami sgt hebat!!! kene pulak time tu winter time, fuh…. xkan dapat lupekan seumur idup,..

  30. Micaela said

    Fantastic goods from you, man. I’ve understand your stuff previous to and you’re just extremely
    fantastic. I really like what you have acquired here, certainly like what you’re saying and the way in which you say it. You make it entertaining and you still care for to keep it wise. I can not wait to read much more from you. This is really a wonderful web site.

  31. Imahman said

    Salam, akak nak tanya klu pi 2 org perempuan selamat tak. Akak cadang nak book flight to Banglore dan seterus nya ke Agra, Kashmir. Harap dapat jawapan nya. Sesiapa nak ikut Akak boleh la joint sekali. sila mail ke norshimahothman@yahoo.com. Terima kasih byk2 kerna tlg akak. (Teringin sangat nak pergi tapi takut berdua sahaja)

    Salam

  32. aida said

    Salam sis.. nak tahu pasal india. percutian kat sana,tmpat makan..email sy nuraida8420@gmail.com..nnti blh chat psal india.. Tq

  33. kajoljb said

    hai kawan2.. this is my tourist guide email, He is very very good man. kepada siape2 yg nak ke kashmir, sile berurusan dgn die, anda pasti sgt puas ati ngan service die.. jk.takeatrip@gmail.com ( mr.naveed chesti.)

  34. Noraizah said

    Salam dek boleh tk bagi tahu akak bagaimana nk ke kashmir dn tj mahal ni puas dh akak cal agen tours tp bnyk yg tk gi sana akak nk gi dlm bulan april 2014 ni pls sms akak boleh di 016 7790582 kak aiza tq.

Leave a reply to go4halal Cancel reply

 
WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Scoliosis Survival

Yang Mempesonakan Pada Seseorang Itu Bukanlah Kesempurnaannya Tetapi Caranya Menghadapi Ketidaksempurnaan Itu.

Blog Peribadirasulullah

Membina Generasi Yang Cintakan Allah SWT Dan Rasulullah SAW

PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA...TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.