PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA…TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

MADU ASLI (TULEN)

Posted by go4halal on 02/02/2009

Madu Asli

Sukar untuk mendapatkan madu asli masa kini. Banyak madu didakwa madu asli di pasaran. Oleh itu berhati-hatilah apabila memilih madu supaya anda mendapat khasiat sebenar madu tulen.  Ramai yang mendapat pelbagai penyakit selepas termakan madu tiruan. Untuk mengelakkan anda tertipu apabila membeli madu, belilah madu asli hpa. Bukan sahaja asli malah didoakan. Apabila makan anda sendiri jangan lupa berdoa terlebih dahulu. Untuk mendapatkan manfaat maksimum jangan lupa sinergikan madu anda.

madu.jpgMadu Asli HPA diambil dari Timur Tengah (padang pasir) amat baik untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan kerana kualitinya yang tinggi dimana kadar kelembapan air di bawah 20%. Madu ini diambil dari lebah yang menggunakan pokok kurma, tin dan zaitun.

Di dalam Surah An-Nahl: Ayat 68-69 yang bermaksud; ” Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : “Buatlah sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda ( Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir”.

Terdapat juga beberapa Hadis Sahih yang menceritakan para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkan dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian akan membantu di dalam proses penghadaman. Oleh kerana madu ini tidak mempunyai kotoran atau racun ia memudahkan fungsi hati dan ginjal. Madu asli juga dapat menaikkan kekuatan fizikal dan mental seseorang.

Untuk orang yang telah uzur dan lanjut usia dicadangkan mengamalkannya satu sudu besar setiap hari sebelum makan. Madu boleh merawat dan menyembuhkan penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal, luka akibat terbakar, bisul serta kurap dengan cara menyapukan Madu Asli ke bahagian tersebut.

Madu Asli boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan kanak-kanak yang menghadapai masalah lambat berjalan. Ini terbukti dalam satu kajian iaitu seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mengamalkan 2 sudu kecil setiap hari selama 40 hari dan ia menunjukkan satu perubahan yang ketara pada tubuh badan dan akhirnya mampu berjalan.

Komposisi (375 gram per botol) :

Madu Asli diambil dari Timur Tengah

Dos :
Sinergikan dengan:-

1) Madu Asli + Malac/Alac = amat baik untuk memecahkan batu karang (Gallstone) dan melancarkan pengeluaran air kencing.

2) Madu Asli + Teh Herba = khasiatnya sebagai pemakanan kesihatan.

3) Madu Asli + Coscinium Plus = amat baik untuk mengatasi masalah alahan(allergy/resdung).

4) Madu Asli + Radix = dapat menambahkan tenaga dan kesuburan lelaki.

5) Madu Asli + Paramaria Plus = dapat menambahkan dan memperbaiki kesihatan wanita.

4 Responses to “MADU ASLI (TULEN)”

  1. cikgumizan said

    maklumat ynag menarik..

  2. go4halal said

    Terima kasih di atas kunjungan Cikgu Mizan, jom kongsikan apa yang kita tahu dengan orang lain, supaya ilmu jadi berkembang…kan cikgu?

  3. Zairul said

    Mcm mana nk tahu ciri2 madu asli?

    • go4halal said

      Saya pun tidak pasti bagaimana untuk mengenali antara madu asli dan madu tiruan kerana 80% madu dipasaran adalah madu tiruan. Dalam banyak banyak madu, saya hanya percaya kepada madu HPA sahaja. Cuba tuan ke web ini dan baca sendiri bagaimana mengenalpasti madu asli dan madu tiruan….. http://www.binaapiari.com/madu-asli-vs-madu-palsu

      Satu lagi cara yang disarankan kepada saya ialah letak beberapa titik madu dalam pinggan(atau bekas bertapak leper) berwarna putih (supaya mudah dilihat). Tuang sedikit air (anggaran 1/4 cawan) kedalam pinggan yang sama dan goncang perlahan2…anda akan melihat bentuk hexagon sama seperti bentuk sarang lebah. Jika ada sarang lebah tu…kira aslilah..wallahualam bissawab.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Scoliosis Survival

Yang Mempesonakan Pada Seseorang Itu Bukanlah Kesempurnaannya Tetapi Caranya Menghadapi Ketidaksempurnaan Itu.

Blog Peribadirasulullah

Membina Generasi Yang Mencintai Allah SWT Dan Rasulullah SAW

PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA...TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

%d bloggers like this: