PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA…TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

AYAM ORGANIK HPA

Posted by go4halal on 27/02/2009

ayam-organik-hpa-v21

Ayam organik yang diternak sendiri oleh HPA ini dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali. Tanpa enzim tumbesaran, tanpa vaksin dan di sembelih mengikut tatacara syariah.

 Artikel Berkaitan Ayam Organik HPA DAUN MAMBU GANTI VAKSIN …. yang ditunggu sudah tiba! Umat islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis. Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya.

Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia.

Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan. Menurut En. Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka cepat besar.

“Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,”katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”, kata Abdul Ghani ketika ditemubual. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA”. “Pasaran ayam ini cukup luas.

Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba”,katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari. Sumber: http://hpa.com.my/hpanews/index.php

11 Responses to “AYAM ORGANIK HPA”

  1. zul zaki hashim b kasim said

    salam, saya penternak ayam kampung secara kecil-kecilan dan saya berminat untuk menggunakan cara pemakanan anjuran HPA, bolehkan anda emailkan kepada saya bahan-bahan makan untuk ayam organik? insayaallah saya ingin menggunakan bahan makanan sendiri. Reban saya boleh memuatkan 2000 ekor ayam dan saya insyaallah akan memperluaskan lagi kawasan ternakan ayam saya ini apabila modal mencukupi

  2. chaharudin bin md.sari said

    ass..kum. saya penternak ayam kampung kacuk. jumlah ternakan pada masa ini sebanyak 3000 ekor. sistem kurung bebas,2 reban. setiap satu berkeluasan 60×50 kaki insyaallah pada masa akan datang saya ingin mengembangkan perniagaan diizinkan allah dan bercadang membuka 4 reban yang sama keluasan diatas. permit penternakan ayam sudah diluluskan oleh jpv n.sembilan dan jumlah kelulusan ternakan ayam diantara 500-20000 ekor pada satu-satu masa. jadi saya ingin mengunakan makanan ternakan yang digunakan oleh syarikat hpa. adakah pihak hpa boleh membantu saya dari segi makanan ternakan dan juga memborong ayam kampung kacuk yang saya ternak? talian telefon 0197196699. din. alamat no. 201 felda pasoh 4, simpang pertang jelebu 72300 n.sembilan. keluasan tanah pertanian saya 10 ekar yang ditanam kelapa sawit (felda).

    • go4halal said

      Waalaikumsalam wr.

      Terlebih dahulu tuan dijemput menjadi ahli HPA. Saya boleh uruskan jika tuan berminat. Perusahaan tuan sangat menarik. Berkenaan ternakan dan kerjasama dengan HPA, saya cadangkan tuan berurusan terus dengan HPA HQ Tel: 049776805 / 049776804 fax: 049774121.

  3. chaharudin bin md.sari said

    terima kasih kerana sudi membantu sesama islam. saya akan menelefon hq untuk mendapatkan maklumat lanjut. ass.kum….

  4. chaharudin bin md.sari said

    ass… kum saudara/i .terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih. kerana menyedarkan saya tentang halal haram makanan yg kita makan seharian. saya telah join member hpa hari ini dengan bantuan saudara muhamad ahmad dari johor nusajaya. jadi minta bimbingan dan tunjuk ajar pada saya kerana saya amat berminat dengan ternakan terutama kambing, bebiri,lembu,ikan air tawar dan juga ternakan ayam kampung. saya ingin mengembangkan perniagaan saya melalui hpa. insyaallah rakan ternak ayam saya lebih pda 15 org masing 2 menunggu green light dari saya untuk join perniagaan ternakan ini. jadi mohon pihak hpa menunjukkan jalan bagaimana cara 2 menternak yang betul dan juga permakanan. jadi mohon saudara/i hebahkan perkara ini pada hq. sekian salam.

  5. suzaide mat noh said

    Assalamualaikum….

    Memang benar apa yang diusahakan oleh HPA berkaitan dengan ayam organik ini. Masalahnya, keluarkanlah makanan ayam yang bersumberkan yang halal. Bukan apa, sekurang-kurangnya ada juga pilihan makanan ayam untuk penternak-penternak islam. Kalau dah dikeluarkan, tolong hebahkan kepada umum tentang kelebihan makanan yang dihasilkan oleh pihak HPA agar menjadi pilihan utama untuk penternak-penternak islam menggunakannya. Buat masa sekarang ini, rasanya memang tiada pekilang-pekilang islam yang mengeluarkan makanan ayam seperti yang digunakan oleh pihak HPA. Wallah hu’aklam.

    • go4halal said

      Waalaikumsalam. Satu cadangan yang sangat baik. Buat masa sekarang HPA baru mengeluarkan baja organik untuk tanaman memandangkan apa yang kita lihat di TV dan baca disurat khabar, baja-baja tanaman juga banyak bercampur atau diproses dari najis yang paling banyak dan paling mudah didapati di dunia…iaitu najis babi. Suatu ketika dulu sibuk di TV3 najis babi adalah antara bahan campuran yang di jadikan baja pokok padi, baja ladang betik, cili dan baja sayur-sayuran diladang-ladang sayur seluruh Malayisa. Saya pun tidak tahu adakah baja pokok bunga saya ada dicampur najis binatang tu atau tidak…yang pasti baunya busuk.

      Minggu lepas (1 dan 2 mei 2010) saya balik kampung. Rumah orang tua ni, ialah rumah tinggal yang tiada pelihara seekor ayam pun..tapi lalat tersangatlah banyaknya dan bau tersangatlah busuk. Yang pasti bau busuk dan lalat beribu ekor datang dari ladang tembikai dan tembikai susu yang kira-kira 1 KM dari rumah. Lalat siang dan malam sama sahaja banyaknya. Kita pun dihurungnya.

      Kalau mendapat sokongan yang mantob dari umat Islam pasti HPA akan mengeluarkan makanan ayam/lembu/kambing dll yang halal lagi toiyiban. Bukan orang Islam sahaja nak makan makanan halalan tpiyiban…binatang pun ternanti2 makanan halalan toiyiban untuk mereka…🙂

  6. nik hafiz said

    salam…
    sy cuma nak tanya….sy x tau betul @ x rumours yg sy dengar nih…apakah benar HPA ada membuka peluang kepada sesiapa yg mempunyai tanah di utara, boleh memohon untuk menjadi penternak ayam organik HPA…?

  7. shabudin said

    saya penternak ayam daging mempunyai reban ayam jenis tertutup berukuran 250×36 kaki yang boleh memuatkan 16000 ekor. saya berhasrat untuk menjadi penternak ayam hpa di kedah.
    hubungi saya di talian: 013-4458842.
    alamat: 141 perumahan keda, kampung berjaya, 08700 jeniang, kedah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Scoliosis Survival

Yang Mempesonakan Pada Seseorang Itu Bukanlah Kesempurnaannya Tetapi Caranya Menghadapi Ketidaksempurnaan Itu.

Blog Peribadirasulullah

Membina Generasi Yang Mencintai Allah SWT Dan Rasulullah SAW

PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA...TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

%d bloggers like this: