PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA…TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

RADIX CEREAL – JADIKAN SARAPAN PAGI/MALAM

Posted by go4halal on 21/07/2009

radixcerealRADIX CEREAL

Saya bukanlah penggemar cereal. Saya suka nasi lemak, roti canai atau me goreng sebagai sarapan pagi. Tapi…bila iklan oat boleh menyerap kolestrol berkali kali di mainkan di TV, saya terpengaruh dan beli. Lepas 2 kali bancuh, langsung tak sentuh lagi dah….sampai lupa ada oat dalam simpanan. Selang beberapa lama saya terlihat lagi iklan oat boleh mengelakkan sakit jantung…saya beli lagi sepeket oat. Lepas bancuh 2 kali selebihnya saya simpan lagi. Tak sedaplah…

Baru-baru ni saya nak berangkat ke India meninjau Balqis yang sedang belajar di sana. Teringat dia susah nak sediakan sarapan pagi, saya pun belikan RADIX Cereal HPA. Untuk bekalan 6 bulan, saya belikan 3 peket.

Bila dapat panggilan darinya, saya pun maklumkan yang saya beli 3 peket oat untuk dia bersarapan pagi, senang tuang air panas dah jadi. Sedap pulak tu, saya memulakan iklan padanya; pada hal saya sendiri tak gemar makanan sebegitu.

Dihujung talian ..dia menjawab…oh tidak…tak payahlah oat tu, Kak Long tak makan. Kak Long tak suka makan oat lah …hm… dah beli ni makan je lah..dari tak sarapan pagi pagi kang masuk angin nak belajar pun tak senang…aku cuba mengelak dari kerugian membeli 3 peket oat.

Ala…Kak Long tak nak baik tak payah bawak…jawab Kak Long tak berjaya aku memujuknya. Hmmm…dengan nada merajuk ..tak nak sudahlah…buat rugi je ..aku melepaskan geram.

3 bulan berlalu. Datang angin aku nak mengemas kabinet dapur yang dah lintang pukang isi kandungannya. Semua main sumbat-sumbat je. Satu, satu barang aku keluarkan.

Terjumpalah dengan 3 peket Radix Cereal yang belum dibuka, dua tupperware berisi oat meal yang telah dibuka dan luaknya sangat sedikit.

Alamak…camna ni, nak bagi kat siapa? Aku sendiri pun tak suka takkan nak bagi kat orang? Mak aku pesan , kalau nak bagi kat orang biarlah benda yang kita sayang atau makanan yang kita suka…

Syok mengemas sampai lupa nak bersarapan…perut pun berbunyi…keriukkkkk, kerekkkk, kerukkkk…eh laparnya…berhentilah sekejap. Hm..nak makan apa ni…roti?…lor dah habis?, nasi …belumlah masak lagi baru kul 10 pagi…kalau nak masak kang lambatlah boleh makan..nak masak lauk lagi..tu dah jadi makan tengahari namanya.

Apa kata aku try Radix Cereal ni sebungkus….alah kalau tak sedap pun…sumbat2 je lah dalam mulut ni, pastu telan.

Aku pun dengan cuak..membancuh Radix Cereal…bawak ke meja dan mengadap… bismillahirrahmanirrohim…sesudu, sesudu lagi…sampai habis…hm..boleh tahan sedaplah Radix Cereal ni.

Sejak itu Radix Cereal menjadi sarapan pagi ku. Bila aku makan sedap, aku pun promote pada abang..abang nak tak rasa Radix Cereal…aku bancuhkan untuk dia pulak…ha rasalah…sedap tak?…Dia pun sesudu, sesudu lagi…hmm.. boleh tahanlah.

Sekarang Radix Cereal jadi sarapan pagi kami berdua…kadang-kadang bila dah makan petang, malam aku tak masak dan siap mengemas. Semua lebihan makanan aku buang dan basuh semua periuk dan pinggan mangkuk.

Bila lapar kul 10.30 malam, kami tidaklah makan me segera atau keluar ke food court tetapi makan Radix Cereal. Resepi Radix Cereal aku…satu peket Radix Cereal + 2 sudu besar oat + stengah mangkuk air..kacau rata dan bismillah…cubalah ..

JOM kita tengok apa kandungan utama Radix Cereal HPA:
1. Gula Perang
2. Oat Segera
3. Garam Bukit
4. Kacang Soya
5. Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia)
6. Tebu Gajah (Albizzia Myriophylla)
7. Halban (Vitex Pubescen)
8. Larak Hutan (Polyalthia Hypoleuca)
9. Mengkudu Hutan (Morinda Eliptica)
10. Teja Lawang (Cinnamomum Inners)
11. Mata Pelanduk (Ardisia Crispa)

JOM tengok khasiatnya sekali:
1. Mengandungi khasiat tujuh sinergi herba yang memperbaiki kesihatan.
2. Membekalkan tenaga dengan segera.
3. Pengamalan yang berterusan dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh.
4. Oat merupakan sumber utama diet fiber – dengan kadar 55% fiber larut dan 45% fiber tak larut.
5. Oat terdiri daripada peratusan kompleks karbohidrat yang tinggi.
6. Oat juga mengandungi vitamin B1 yang tinggi – diperlukan tubuh untuk metabolisma karbohidrat.
7. Bagi setiap gram, oat memberikan protein, kalsium, besi, magnesium, zink, kuprum, mangan, tiamin dan vitamin E.
8. Asid amino yang seimbang dalam oat membantu meningkatkan fungsi tubuh.
9. Oat bersifat rendah lemak secara semulajadi.
10. Lipid yang hadir dalam oat terdiri daripada asid lemak yang penting.
11. Oat juga adalah sumber bagi selenium.
12. Garam bukit secara semulajadi membekalkan mineral dalam tubuh.

Penggunaan:
1. Tuang kandungan sachet ke dalam mug dan tambahkan air panas secukupnya. Kacau dan sedia diminum.
2. Sesuai dinikmati bersama keluarga pada bila-bila masa.

Kandungan: 20 paket

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 19
Sabah & Sarawak: RM 21
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18
Nilai Mata (NM): 4

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Scoliosis Survival

Yang Mempesonakan Pada Seseorang Itu Bukanlah Kesempurnaannya Tetapi Caranya Menghadapi Ketidaksempurnaan Itu.

Blog Peribadirasulullah

Membina Generasi Yang Mencintai Allah SWT Dan Rasulullah SAW

PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA...TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

%d bloggers like this: