PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA…TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

Ubat Gigi Herba dan Ubat Gigi Amal (Untuk Kanak2)

Posted by go4halal on 27/07/2009

ubatgigiamalubatgigi

Saya mempunyai gigi dan gusi yang sensitif. Mungkin sebab zaman kanak-kanak dan remaja saya suka makan asam. Sampai sekarang pun suka mangga muda cicah dengan belacan + cili padi +gula +kicap…hmmm..sedapppnya!

Saya terpaksa menggunakan ubat gigi khusus untuk gigi yang bermasalah seperti ini. Ubat gigi tu mahal dan hanya boleh dibeli di farmasi. Buka saya tak mau gunakan yang biasa-biasa tapi saya tak tahan sakit dan ngilu kalau guna ubat gigi biasa terutama yang berflorida tu.

Dulu memanglah saya pengguna ubat gigi berflorida yang bila iklan diorang gunakan kulit siput. Kulit siput yang diberus dengan florida konon lebih tahan lama berbanding kulit siput yang tidak digosok florida.

Namun, hari ini ternyata florida tu mendatang musibah bukan manfaat kepada sipemakainya. Bacalah sendiri dalam buliten PPIM (klik je kat sebelah tu…saya dah letakkan) ada kegunaan florida sebenarnya.

Tapi nak buat macamana kita dah guna bertahun tahun kerana itulah yang disogaok pada kita melalui iklan yang kita lihat sehari ntah berapa kali…

Sewaktu diperkenalkan ubat gigi herba HPA saya langsung tidak yakin dan enggan mencuba sehinggalah suatu hari ubat gigi mahal saya habis. Lupa nak beli pulak tu, apa boleh buat hanya ubat gigi HPA ada dalam bilik air. Ubat gigi ni saya beli untuk kegunaan ahli keluarga yang lain. Saya sorang je guna ubat gigi mahal tu (import tu).

Saya pun pebuh ragu-ragu mencuba…dah terpaksa tenyeh sajalah….sehari, dua hari, tiga hari…eh..kenapa gigi saya tak ngilu macam selalu saya guna ubat gigi biasa tu???? Dah sehingga sekarang alhamdulillah saya adalah pengguna setia ubat gigi herba HPA…pergi luar negara pun saya bawak. Outstation dalam Malayisa mestilah bawak…sebab hotel didini tak sediakan ubat gigi…kecuali hotel mahal yang tidak mampu saya diami.

Alhamdulillah kini saya dapat berjimat kerana harga ubar gigi HPA separuh dari harga ubat gigi (untuk gigi sensitif) yang saya biasa gunakan. Saya bernasib baik kerana tidak perlu bergantung dengan ubat gigi mahal lagi…bila melihat iklannya di TV saya hanya tersenyum…teringatkan sayalah penggunanya dahulu..namun tidak lagi sekarang.

Maklumat dibawah ni di ambil dari : http://www.muslimconsumer.org.my/fluorida/

APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai “ubat baru yang tidak diluluskan” kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.

Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai “ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan” disebabkan kadar keracunannya tinggi.

Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

KES MAHKAMAH
Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah “Dental Fluorosis” (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

PENYELIDIKAN AWAM TENTANG FLUORIDA
Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia.”

AMARAN & PANDUAN
Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:

“WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY.”
/
“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”

FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:

– Kematian
– Kanser
– Ruam Kulit
– Luka Kanser
– Kelunturan Warna Gigi
– Masalah Gastrik
– Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
– Keracunan Saraf
– Kanser Tulang
– Keretakan Tulang
– Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
– Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!
Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.

Hmmmm….macamana masih nak guna ubat berflorida ke? Kalau dah taknak menyumbang kepada yahudi dan dah flourida tu menyumbangkan penyakit dan musibah kepada tubuh badan eluklah gunakan ubat gigi HPA pula. Lebih selamat…

Ubat Gigi Herba HPA dengan khasiat daun mambu dan bunga cengkih.

Antara kelebihan :

1. Diiktiraf HALAL oleh JAKIM

2. Diperbuat daripada sumber semulajadi iaitu daun mambu dan bunga cengkih

3. Tidak mengandungi gelatin dan serbuk tulang (Dicalcium Phosphate)

4. Tidak mengandungi florida yang merbahaya kepada usus

5. Mampu menyelesaikan hampir semua masalah gigi dan gusi

Dengan mengamalkan ubat gigi herba HPA, nafas akan menjadi segar, gusi sihat, kuman serta kaviti di dalam mulut dapat dibasmi serta menjadikan gigi kuat dan bersinar.

Khasiat Daun Mambu.

Herba yang berasal dari India dan Myanmar ini terkenal sebagai antiseptik atau antibakteria bagi mencegah masalah gusi dan gigi berlubang.

Khasiat Bunga Cengkih.

Herba yang berfungsi untuk menguatkan gigi dan seterusnya mencegah kerosakan gigi serta menyegar dan mengharumkan nafas.

Komposisi (200 gram per tiub) :

1. Azadirachta indica 2. Eugenia caryphyllata

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 6
Sabah & Sarawak: RM 7

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 5
Sabah & Sarawak: RM 6

Nilai Mata (NM): 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Scoliosis Survival

Yang Mempesonakan Pada Seseorang Itu Bukanlah Kesempurnaannya Tetapi Caranya Menghadapi Ketidaksempurnaan Itu.

Blog Peribadirasulullah

Membina Generasi Yang Mencintai Allah SWT Dan Rasulullah SAW

PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA...TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

%d bloggers like this: