PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA…TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

HAJI PERTAMA

Posted by go4halal on 08/10/2009

Kepada bakal Haji dan Hajah mari kita hayati sejarah haji dan bagaimana Rasulullah (s.a.w) mengerjakan Haji yang pertama.  Mungkin ramai yang telah pun membacanya dalam Buku Ibadat Haji Umrah dan Ziarah (diberi percuma oleh Tabung Haji kepada bakal haji).

AMALAN HAJI RASULULLAH (S.A.W)

Pada tahun ke 10 Hijrah,  Rasullullah (s.a.w) mengisytiharkan untuk menunaikan fardhu haji dan memerintahkan kaum muslimin membuat persiapan untuk menunaikannya.

 

Setelah tersebarnya berita tersebut maka berpusu-pusulah umat Islam dari seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab datang berhimpun di Madinah untuk turutsama mengerjakan ibadat haji bersama  Rasullullah (s.a.w).

 

Mereka terlalu ghairah menanti saat untuk sama-sama melihat dan mencontohi cara Rasullullah (s.a.w) menunaikan haji kerana baginda adalah sebaik-baik contoh. Khemah-khemah dipasang di sekitar Kota Madinah untuk seratus ribu orang yang bertandang sambil menunggu saat keberangkatan ke Kota Makkah.

 

Pada 25 Zulkaedah Tahun 10 Hijrah saat yang dinanti-nantikan pun tiba. Rasullullah (s.a.w) dengan isteri-isterin Baginda, memulakan perjalanan yang amat bersejarah itu yang diikuti oleh 90,000 hingga 120,000 orang para sahabat. Mereka berangkat dengan penuh semangat, keimanan dan keikhlasan menuju ke Baitullah di bawah pimpinan manusia teragung Muhamad Rasullullah (s.a.w).

 

Setibanya di Zulhulaifah (Bir Ali), rombomgan tersebut berhenti dan bermalam di sana. Keesokannya mereka memakai pakaian ihram dan memulakan perjalanan menuju ke Baitullah di Mekah dengan laungan talbiah yang penuh semangat. Laungan talbiah daripada ratusan ribu umat Islam bergema membelah lembah dan bukit bukau disepanjang jalan menuju ke Mekah.

 

Apabila mereka berhenti disetiap persinggahan untuk solat atau berehat mereka mengumandangkan talbiah sebagai tanda ketaatan dan kesyukuran kepada Allah (s.w.t).

 

Pada hari ke 4 Zulhijjah, rombongan tersebut tiba di Makkah. Rasullullah (s.a.w) mengetuai umat Islam menuju ke Kaabah. Rasullullah (s.a.w) istilam (menyentuh dengan tangan atau perantara lain seperti tongkat) Hajarul Aswad dan mengucupnya, lalu mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan, 3 pusingan yang pertama dengan berlari-lari anak.

 

Setelah melakukan solat sunat tawaf 2 rakaat dibelakang Maqam Ibrahim  (a.s), Baginda menuju ke Kaabah dan mengucup Hajarul Aswad sekali lagi. Seterusnya Baginda menuju ke Bukit Safa untuk melakukan sa’ie di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah.

 

Pada hari Tarwiyah iaitu 8 Zulhijjah,  Rasullullah (s.a.w) mengetuai rombongan haji menuju ke Mina, Rasullullah (s.a.w) berada selama sehari di Mina dan menunaikan solat Zohor, Asar, Magrib dan Isyak dan Subuh di sana.

 

Selesai sahaja solat Subuh pada hari ke 9 Zulhijjah, ketika matahari sedang memancarkan cahayanya pada waktu dhuha, Baginda dan rombongan memulakan perjalanan menuju Arafah dengan menunggang untanya al-Qaswa’. Ratusan ribu umat Islam mengikut Baginda sehinggalah sampai ke Arafah. Di Namirah sebelah timur Arafah, khemah telah siap didirikan untuk Baginda.

 

Apabila mulai gelincir matahari (masuk waktu Zohor), Rasullullah (s.a.w) dan kaum muslimin berhimpun di Wadi Uranah (berhampiran Arafah) seterusnya menyampaikan khutbah, yang dikenali dengan Khutbah Perpisahan. Setelah selesai menyampaikan khutbah,   Rasullullah (s.a.w)  menyuruh Bilal bin Rabah (r.a) melaungkan azan dan iqamah.

 

Rasullullah (s.a.w) menunaikan solat zohor dan Asar secara jamak dan qasar dalam waktu zohor . Selesai sahaja solat Baginda pun segera menunggang untanya menuju ke kaki bukit Jabal Rahmah untuk berwukuf. Pada waktu malam itulah Rasullullah (s.a.w) membacakan firman Allah yang maksudnya : “Pada hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu Agamamu, dan telah aku cukupkan kepadamu nikmatku dan telah aku redhoi Islam itu sebagai agama bagimu“ …….. al-maidah : ayat 3.

 

Mendengar ayat yang dibaca, Saidina Abu bakar (r.a) terus menangis, kerana merasa bahawa risalah islam yang dibawa oleh nabi Muhammad (s.a.w) telah selesai dan hampir tiba saat perpisahan dengan Baginda yang akan mengadap Allah (s.w.t).

 

Setelah selesai menyampaikan ayat tersebut, Rasulullah (s.a.w) duduk berwukuf mengadap qiblat sehingga waktu Maghrib. Kemudian Rasullullah (s.a.w) meneruskan perjalanan menuju ke Muzdalifah. Tiba di Muzdalifah,  Rasullullah (s.a.w) menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara Jama’ dan qasar dalam waktu Isyak.

 

Selesai sahaja solat, Baginda berbaring hingga terbit fajar lalu menunaikan solat subuh. Setelah itu Baginda meneruskan perjalanan ke Masya’ir Haram dan Baginda berhenti mengadap ke arah kiblat , berdoa menagungkan Allah serta mentauhidkan-Nya.

 

Baginda Rasullullah (s.a.w) berangkat menuju ke Jamrah Qubra di Mina lalu melontar tujuh biji anak batu. Setelah itu Rasullullah (s.a.w) kembali ke khemah, dan di sana Baginda telah menyembelih 63 ekor unta, setiap seekor untuk satu tahun umurnya dan baki daripada jumlah 100 ekor unta yang dibawa dari Madinah dan Yaman disembelih oleh Saidina Ali (r.a). 

 

Rasullullah (s.a.w) menyuruh Saidina Ali (r.a) untuk mengambil sepotong daging dari setiap unta tersebut lalu dimasak, maka baginda dan Saidina Ali (r.a) memakan dan menghirup kuahnya. Kemudian Rasullullah (s.a.w) bercukur.

 

Selepas itu, Rasullullah (s.a.w) berangkat ke Makkah menuju Baitullah untuk mengerjakan Tawaf Rukun dan solat Zohor di sana. Selesai sahaja solat,  Rasullullah (s.a.w) pun meminum air Zamzam.

Kemudian Rasullullah (s.a.w) kembai semula ke Mina untuk melontar Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra pada hari-hari Tasyriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah serta mabit di sana sehinggalah selesai kerja melontar dilakukan.

 

Sebelum Rasullullah (s.a.w) dan ratusan umat Islam meninggalkan Makkah mereka mengerjakan Tawaf Wida’ sebagai tanda perpisahan dan penghormatan kepada Baitullah.

 

Dengan Tawaf Wida’ tadi, meka selesailah peristiwa bersejarah yang dilalui oleh ratusan ribu umat Islam. Selepas itu mereka mula berangkat pulang ke kampung masing-masing.  Rasullullah (s.a.w) dan para sahabat berangkat menuju ke Madinah. Tidak lama selepas peristiwa itu, Rasullullah (s.a.w) pun wafat menemui Allah (s.w.t)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Scoliosis Survival

Yang Mempesonakan Pada Seseorang Itu Bukanlah Kesempurnaannya Tetapi Caranya Menghadapi Ketidaksempurnaan Itu.

Blog Peribadirasulullah

Membina Generasi Yang Mencintai Allah SWT Dan Rasulullah SAW

PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA...TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

%d bloggers like this: