PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA…TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

Rindu pada Baitullah, Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi

Posted by go4halal on 04/01/2010

Dah sebulan balik dari Haji, umrah dan ziarah tetapi belum ada kesempatan nak berkongsi cerita dengan anda semua pengalaman 45 hari di sana. Pendek cerita memanglah seronok disana tu…. tempat yang paling tenang dan aman. Walaupun tiada bunga seperti di Kashmir, Beijing, Jepun dan Cape town tapi seronok di Mekah jauh berbeza.

Di tempat lain, seronoknya bersifat sementara – contohnya Kashmir seronoknya pada masa itu sahaja, terasa udara nyaman dan segar, harum bunga bungaannya yang kembang mekar terutama bunga ros, air jernih mengalir turun dari banjaran Himalaya dibelakang menghala ke tasik yang terbentang luas….Dal Lake…di Beijing dan Jepun pula hmmm…subhanallah cantiknya bunga sakura yang memenuhi pepohonnya tapi sekadar cantik dan tiada bau……semua berwarna pink….apabila ditiup angin, bagaikan muatiara berwarna merah jampu terbang jatuh memenuhi bawah pokok…, pemandangan indah hati tenang dan lapang. Di Capetown pula orkid di kaki bukit, tepi jalan, dikedai di kaki lima semuanya pelik dan aneh luar biasa dan tak pernah dilihat…cantiknya…seronoknya… tapi seketika sahaja…apabila balik ke Malaysia..tiada perasaan untuk kesana semula…cukuplah sekali…

Seronok di Mekah – walaupun tiada bunga, tiada air terjun, tiada sakura, tiada okid ….melainkan bangunan dan batu batan, debu kering, penyakit batuk-batuk, kahak di sana sini … tapi peliknya tetap seronok berada disana dan seronoknya sampai sekarang, terus terusan rindu pada Majidil Haram, Baitullah dan Majidil Nabawi. Ketiga-tiga tempat agung ini menggamit-gamit hati untuk ke sana lagi…lagi…dan..lagi.

Kepuasan yang luar biasa apabila bersolat disana. Puas hati kerana selama ini kita menghadap Qiblat dari jauh…ntah tepat ntahkan tersasar sebab Baitullah tu kecil sahaja dan kita pula mensasar ke sana dari beribu-ribu batu.

Apabila bersolat didepan Baitullah terasa sasaran kita sangat tepat jadi khusuk pun luar biasa. Rasa selepas solat nak solat lagi dan lagi. Kaki, tangan tak penat dan tak lenguh untuk terus bersolat…subhanallah…seronoknya dan rindunya nak ke sana lagi.

Saya akan memasukkan pengalaman mengerjakan haji pada tahun 1430H /2009. Doakan saya ada masa untuk menulis dan berkongsi cerita dengan anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Scoliosis Survival

Yang Mempesonakan Pada Seseorang Itu Bukanlah Kesempurnaannya Tetapi Caranya Menghadapi Ketidaksempurnaan Itu.

Blog Peribadirasulullah

Membina Generasi Yang Mencintai Allah SWT Dan Rasulullah SAW

PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA...TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

%d bloggers like this: