PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA…TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

Peningkatan Jualan …aku tumpang sekaki > gembira

Posted by go4halal on 20/02/2010

Dah beberapa hari aku tak melawat blog ni.  Sibuk sikit je malas yang banyak. Emel yahoo dan google pun dah beberapa hari aku tak baca. Berlambak emel pasal biz internet masuk ke mail box aku…tapi minta mahaplah aku tak minat … aku adalah pejuang tulen HPA.

Kalau kerana duit..rasanya duit gaji dah cukuplah tu (bukan nak riak) tapi oleh kerana aku bersyukur dengan apa yang ada; maka cukuplah tu. Tapi macamana dengan saham aku kat sana nanti… di tempat yang kekal abadi kalau takda saham… camna nak enjoy disana tu? bukan sekejap malahan selama2nya… itu yang membuat aku memilih HPA sebagai wadah perjuangan.

Uhu…uhu… kawan2 HPA kena fitnah tau…  ada orang kata HPA yang buat fitnah pasal SARDIN dan MILO punya cerita ni…  masa aku kursus HPA berkali2 dipesan oleh penceramah “Ceritakan tentang kebaikan halalan toiyiban jangan sekali-kali cerita keburukan produk lain atau pengeluar lain..jangan sekali-kali cuba menjatuhkan sesiapa…perjuangan kita mestilah tulen dan bersih lagi ikhlas”.

Kita tak kejar sangat bonus dunia tapi kita sama-sama kejar bonus akhirat… “Kita kejar bonus akhirat bonus dunia akan mengejar kita” … masih terngiang2 suara Prof Madya tu, top2 ada oarng kata HPA fitnahkan orang lain…tu dah jauh menyimpang tu. .. tapi aku yakin sangatlah orang HPA tak buat macamtu. Orang HPA ada ilmu. HPA sememangnya unggul untuk apa menjatuhkan dan memburukkan imej sendiri dengan kerja2 ‘tak berapa nak cerdik’ tu?

Apa2..aku luluskan je komen orang tu, biarlah korang yang rajin tolong jawab…aku dah malas nak layan cerita2 macam ni… .🙂 .

Esok aku buat kursus Urut Reflexiologi. Harap ianya mendatangkan faedah kepada semua peserta.

Sebelum aku gi tido malam ni JOM nak kongsi berita gembira yang baru aku terima ni, aku tumpang berbangga dan semuga rezeki semua ahli bertambah murah.

Peningkatan jualan.Tahniah buat semua.

Posted: 18 Feb 2010 07:28 AM PST dari blog inilah jalan kami.

Kita kian mara membawa obor yang menyalakan jalan peniagaan dengan sesuatu yang halal. Aduhai…bagaimana hendak aku katakan ,entah dari mana,anda semua berada,dikampungkah atau di kota tetapi yang pasti jualan terus meningkat. Tahniah pada semua upline yang menggerakkan pasar kita menjadi ramai dan meriah.
Dari wang masuk setiap hari,sudah boleh kita jangkakan peningkatan jualan akan melebihi sejuta dari bulan lepas dan ini bermakna kemungkinan jualan mencecah 17 juta lebih. Kita memerlukan 3 bulan untuk menghantar jualan keparas target 20 juta. Insentif taawun menanti sebanyak 4 juta untuk dimiliki bersama.
Apakah jualan akan terus naik kerana masa kemuncak ialah pada bulan jun hingga bulan 12. Apakah penapis air dew dan produk moments akan “killer product”pada masa kini ? Mungkin….apapun pasaran herba ubatan yang lain tetap gagah dengan kaedah sinergi yang berkesan. Semuanya ini nikmat Allah pada kita untuk menguji sejauhmana kita mensykurinya.

Terima Kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Scoliosis Survival

Yang Mempesonakan Pada Seseorang Itu Bukanlah Kesempurnaannya Tetapi Caranya Menghadapi Ketidaksempurnaan Itu.

Blog Peribadirasulullah

Membina Generasi Yang Mencintai Allah SWT Dan Rasulullah SAW

PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA...TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

%d bloggers like this: