PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA…TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

FISHBALL DAN NUGGET BABI

Posted by go4halal on 07/08/2010

7 bulan lalu saya terbaca berita ini disebuah akhbar , siapa tahu berita terkini tentang kilang ini?? Saya bagaikan pasti kilang ini telah lama dibuka semula dan pengeluaran fishball dan nuggetnya dilipatgandakan lagi, kilangnya juga telah dibesarkan…sebab produk ini sangat digemari terutama oleh orang Melayu yang beragama Islam tetapi bab makan, depa hentam saja…hatta babi pun kalau ada logo halal (terutama logo halal JAKIM) , makan je lah..halal kan tanggungjawab JAKIM?

Buat mee/bihun/kueteow sup tanpa fishball ??? Tak mungkin…fishball adalah bahan wajib..tak kiralah siapa yang buat, tapi tanpa fishball sup apa namanya tu? Sama juga dengan mee/bihun kari, mee/bihun goreng malahan makanan melayu seperti lontong pun…mesti letak benda tu semua.

Pulak tu..nak cari fishball buatan Melayu??? Kat mana??? Yang kat pasar tu semua buatan mereka…murah, sedap…buatan macan HPA…mahal…nanti adalah yang kutuk aku ni…sanggup memburukkan keluaran lain semata-mata kerana nak promote fishball HPA…

Apa-apa pun terima kasih dan tahniah kepada En. Idris yang berjihad dalam usaha beliau memantau kegiatan ini, bukan senang menjalankan tugas seperti beliau…jihad beliau adalah sama seperti pejuang di Palestin…

Mungkin ramai yang telah terlupa…mari baca semula…saya faham; MELAYU MUDAH LUPA..saya pun sama!

JANGAN MAKAN LAGI FISHBAL, NUGGET KALAU ANDA TAK KENAL /TAHU SIAPA PEMBUATNYA TERUTAMA DI PASAR MALAM.

KEPALA BATAS – Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan, wajar siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelak termakan benda haram.

Ini kerana sebuah kilang di sini yang mengeluarkan makanan tersebut sejak lima tahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan.

Malah, kumpulan wartawan yang menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila melihat sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai digunakan berulang kali untuk menghasilkan produk makanan di situ.

Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti minyak pelincir kenderaan.

Ideris Mohamad menunjukkan minyak masak kitar semula
yang sudah bertukar menjadi hitam tetapi masih digunakan
di kilang membuat bebola ikan di Kepala Batas, Pulau Pinang .
Ternyata serbuan yang diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan JKNPP,

Ideris Mohamad bakal membuka mata ramai pihak terutama penggemar makanan berasaskan bebola ikan dan golongan peniaga mengenai status kebersihannya.

Pengusaha kilang ini menyimpan perut dan daging babi bersama
bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti penyejuk


“Alasan mereka daging berkenaan adalah untuk kegunaan para pekerja juga tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan mendapati memang mereka mencampurkan daging babi itu untuk membuat bebola ikan,” jelas Ideris.

Produk dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai hingga meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain.

Menurut Ideris, kilang itu pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas kesalahan terlalu kotor.

Namun, serbuan semalam membuktikan tidak banyak perubahan berlaku. Justeru, pihaknya telah merampas semua bahan makanan di kilang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM300,000 selain pengambilan sampel produk untuk ujian.

Berada di bahagian stor bahan mentah kilang dengan periuk
merebus bebola ikan berada di bawah dalam serbuan
di Kepala Batas


Jelas Ideris, jika disabit kesalahan, pengusaha kilang boleh didakwa di bawah Seksyen 13B semalam.Akta Makanan 1983 kerana memproses makanan tidak mengikut spesifikasi dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lapan tahun. Kilang itu juga diarah tutup selama 14 hari.
-alhusseyn-

Saturday, January 9, 2010

One Response to “FISHBALL DAN NUGGET BABI”

  1. Irfan said

    Pihak penguatkuasa!,
    Kalau sudah jelas mereka mengkhianati org Islam, mengapa pihak berkuasa TAKUT sangat untuk menghebahkan kepada umum Nama syarikat, jenama dan alamat kilang tersebut. Adakah pihak berkuasa masih melindungi PENGUSAHA BABI ini??.
    Relakah kita dan zuriat kita terus menerus di perbodohkan oleh keturunan BABI ini?
    Sedarlah wahai pihak Kerajaan..Kami mahu tahu siapa anak anak BABI ini!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Scoliosis Survival

Yang Mempesonakan Pada Seseorang Itu Bukanlah Kesempurnaannya Tetapi Caranya Menghadapi Ketidaksempurnaan Itu.

Blog Peribadirasulullah

Membina Generasi Yang Mencintai Allah SWT Dan Rasulullah SAW

PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA...TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

%d bloggers like this: