PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA…TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

Berhati – hati dengan Modus Operandi ” Scam @ Pishing “

Posted by go4halal on 01/11/2010

Tuan/puan/cik/abang/kakak/adik,

Saya dapat emel ini dari seorang kawan. ‘Saya’ dalam emel ini tidak saya kenali. Kesahihan cerita juga tidaklah saya ketahui, bukan tujuan untuk menabur fitnah tapi anda semua fikirlah sendiri ya….

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Saya berharap apa yang berlaku pada my hubby tak berlaku pada
kawan2 yang lain. Harap sebarkan kisah ini untuk ingatan kawan2. Pada hari
Sabtu ( 9/10/10) lebih kurang pukul 1.30 pm, ada seorang lelaki call
kononnya beliau dari MBF bahagian kredit card menanyakan my hubby ada tak
call pihak MBF pagi tadi mintak increase credit limit . My hubby cakap
mana ada. Orang tu tanya nama, IC, PHONE NUMBER semua sama kecuali alamat
saja yang berbeza. Alamatnya dekat Kota Kinabalu, Sabah. Dia cakap ” Encik
NI BERMAKSUD ADA ORANG LAIN PAKAI NAMA ENCIK. Orang TU DAH GUNA KAD KREDIT
SEBANYAK RM 7800. Katanya orang tu buat permohonan kad kredit pada bulan
Mei. ” Orang MBF’ bagitau my hubby la ni orang ni dah bijak menipu. Suami
saya terkejut bila dapat tahu orang dah pakai nama dia.

Kemudian dia bagi nombor telefon Bank Negara untuk menyiasat tentang
hal ini. My hubby pun mengikut jer. Dia pun call ler nombor telefon yang
kononnya Bank Negara. Orang yang menjawabnya bagi tahu my hubby dari rekod
yang dia ada my hubby dah buat satu kesalahan besar..Pihak polis Singapura
dah keluarkan waran tangkap menyatakan my hubby telah buat jenayah
PENGGUBALAN WANG HARAM DI SINGAPURA. Orang dari “Bank Negara” tu cakap
‘Encik TAHU TAK YANG ENCIK DAH BUAT SATU KESALAHAN BESAR’. Hubby cakap
MANA SAYA TAHU. Dia cakap kat my hubby TAK APA ENCIK JANGAN BIMBANG KITA
AKAN SIASAT PERKARA NI DALAM MASA 3 HARI. JANGAN SEBARKAN PERKARA PADA
ORANG LAIN NANTI MENGANGGU PROSES PENYIASATAN. Pastu dia minta semua
nombor kad kredit dan kad atm yang dia ada . Yang peliknya my hubby
mengikut jer apa yang dia suruh. (Bila saya bagitau perkara ni pada kawan
saya mungkin my hubby dah kena pukau melalui suara).

“Orang Bank Negara” mengarahkan my hubby pergi ke ATM Maybank dan dia
suruh tukar nombor kod mengikut nombor yang dia bagi. ” Orang yang
kononnya dari Bank Negara ” tu cakap setelah enter semua nombor kod yang
dia bagi penyata ATM tu kena destroy sebab tak nak orang lain tahu. Hairan
bin ajaib kenapa my hubby ikut jer kata2 orang tu. Sebelum ni kalau ada
orang call kononnya dari mana2 bank dan minta I/C ATAU AKAUN NO, dia just
ignore jer. My Hubby bagitau hal ni kat saya dan suruh rahsiakan perkara
ni sampai hari Rabu . Tak boleh ada transaksi duit sehingga hari Rabu.

Pada pagi Isnin (11/10/2010), my hubby realized ada yang tak kena
berkenaan dengan MBF Credit Card dan Bank Negara. Bila dia called phone
no. yang orang tu bagi pada hari Sabtu ari tu semua nombor dah tak wujud.
My hubby called pihak Bank Negara (no. dapat dari Telekom) memang sah dia
dah kena tipu. Duit dari akaun Maybank sebanyak RM 1300 habis, dah kena
kebas kat mamat2 tu.Nasib ler dalam Maybank tu tak banyak duit. Satu
kerja pulak kena called semua bank untuk blocked akaun bank dan kad
kredit.

Pihak Bank Negara mengarahkan my hubby buat laporan polis. Mengikut kata
pihak polis bahagian Jenayah Komersil, tiap2 hari mereka terima aduan dari
orang ramai berkenaan dengan penipuan licik dan terancang ini. Modus
operandinya semua sama. Alamat dekat KOTA KINABALU, SABAH. Pastu nanti
orang tu bagi nombor Bank Negara Malaysia.

Sekian, Terima Kasih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Scoliosis Survival

Yang Mempesonakan Pada Seseorang Itu Bukanlah Kesempurnaannya Tetapi Caranya Menghadapi Ketidaksempurnaan Itu.

Blog Peribadirasulullah

Membina Generasi Yang Mencintai Allah SWT Dan Rasulullah SAW

PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA...TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

%d bloggers like this: