PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA…TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

Adakah Itu Malam Lailatulqodar?

Posted by go4halal on 20/08/2013

Assalamualaikum semua makhluk di atas mukabumi ALLAH. Terlalu lama saya tidak menghiraukan blog ini kerana perniagaan HPA pun telah jatuh, produk pun sukar untuk diperolehi. Stokist banyak yang tutup. Semoga mendapat bantuan dari ALLAH jua. Mohon maaf kepada pengguna semua. Sama-sama kita berdoa agar perniagaan HPA pulih semula. Semoga ALLAH berkati usaha Tn. Hj. Ismail.

Hari ini saya tiba-tiba teringat yang saya pernah buka blog suatu hari dahulu. Saya cuba login malangnya gagal kerana password telah lupa. Setelah diusahakan berbagai cara akhirnya…..berjaya juga saya buka blog ini.

Pembaca yang dihormati, kali ini saya ingin kongsikan emel dari anak saya yang sangat berlainan dari emel biasanya. Emel ini diterima pada 30/07/2013 bersamaan 21 Ramadhan 1434 H iaitu malam bermulanya kiraan Lailatulqadar. Kebetulan dimalam yang sama, saya bangun awal untuk beribadah malam. Biasanya saya bangun jam 4.00 pagi tetapi malam tersebut saya bangun 2.30 pagi. Tiba-tiba mata terus terbuka, tidak mengantuk, badan terasa segar dan hati rasa gembira untuk beribadah. Seperti biasa saya akan mandi tak kira jam berapa saya bangun, kemudian cuba berwuduk dengan sempurna.

Setelah bersedia saya terus beribadah dengan seronok tanpa rasa mengantuk dan penat. Bermula dengan 2 rakaat tahajjut, tiba-tiba saya rasa ingin mengkhado solat dari Subuh, Zohor, Asar, Magrib, Isyak. Setelah selesai semuanya, saya rasa masih segar dan bertenaga untuk meneruskan solat-solat sunat yang lain. Saya sambung lagi solat hingga 40 min lagi masuk waktu sahur.

Biasanya jangankan nak solat banyak2, dua rakaat sahaja saya telah mula menerawang dan memang solat saya sering tidak kusyuk. Namun untuk ramadhan tahun ini, saya buat persediaan awal. Setengah bulan sebelum ramadhan saya telah meng awalkan bangun pagi iaitu dari 4.30 – 5.00 pagi kepada 4.00 pagi (wajib bangun). Saya akan solat dan berdoa supaya saya dapat bertemu Ramadhan. Tidak lupa saya terus berdoa agar ALLAH bantu untuk kusyukan solat saya. Saya berdoa untuk saya, suami, anak2, ibu bapa, keluarga, muslimin dan muslimat.

Terlalu sayang untuk berganjak dari sejadah. Anehnya wuduk saya juga kekal begitu lama, biasanya hanya tahan untuk 1 solat. Biasanya saya terpaksa berwuduk beberapa kali kerana wuduk saya cepat batal.

Selesai sahur saya bersiap untuk ke surau dengan hati berbunga riang. Tidak tahu kenapa pagi itu saya teruja semacam. Pada hal segala solat saya entah diterima entahkan tidak oleh ALLAH (swt). Namun dengan sifat yang dimilikinya iaitu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pemurah pasti ALLAH membenarkan malaikat roqib/atib mencatat segala amal saya malam itu untuk diserahkan semula kepada saya di yaumil mahsyar nanti.

Saya rasa malam itu sungguh luar biasa. Saya tidak menjenguk keluar rumah kerana terlalu sayangkan masa. Masa malam itu terasa sangat berharga. Esoknya saya menerima emel yang berbeza dari biasa dari anak saya. Selalu emelnya begitu pendek, padat dan tepat. Tidak lebih 5 baris yang pendek2. Tetapi kali ini panjang lebar huraiannya dan penuh pengisian. Benar-benar buat saya teruja. Bagaikan menerima hadiah yang sangat istimewa dari ALLAH. Saya kongsikan dengan kawan-kawan yang ingin mencari iktibar dari kisah ini.

Penutupnya, saya bukan kata saya bertemu dengan malam Lailatulqodar, siapalah saya. Amal kurang, ilmu kosong malah segala-galanya kekurangan lagi dhoif. Cuma bagi saya malam tersebut hanyalah satu malam yang sangat istimewa buat saya apabila kebetulan saya menerima emel dari anak seperti dibawah ini. Saya terus mencari Lailatulqodar hingga ke malam terakhir, semoga saya telah bertemu dengannya walaupun saya tidak nampak dan tidak rasa.

From Kak Long With Lots Of Love

Assalamualaikum, mak, ayah, nina, aisyah, aiman

Harap semua org sihat iman, akal, jasmani, rohani.

Semalam ada mabit atau panggil sleepover, Kak Long (kl) tido rumah kawan ramai2 bercakap2 pasal syurga.

Mula2 dia bagi intro pasal syurga:

Surah Al-Hadid 57:20-21 pg 540:

Ayat 20: ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah pemainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba-lumba dalam menambah kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yg tanam-tanamanya mengkagumkan para petani, dan kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yg keras dan keampunan daripada Allah dan keredhaanNya. Kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yg palsu.

Ayat 21: berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yg luasnya seluas langit dan bumi, yg disediakan bagi orang yg beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya. Itulah kurniaan Allah yg diberikan kepada sesiapa yg dikehendakiNya. Dan Allah mempunyai kurniaan yg besar.

Surah Al-Balad 90:27-30 pg 594

Ayat 27: Wahai jiwa yg tenang
Ayat 28: Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yg redha dan diredhaiNya
Ayat 29: Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu
Ayat 30: Dan masuklah ke dalam syurgaKu

Surah al-Mukminun 23:29 pg 344

Dan berdoalah, Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yg diberkati dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat.

Lepas tu kl main satu game ni, matlamat dia nk masuk ‘syurga’, untuk masuk syurga kena osom dulu. Lepas tu ada peringkat2. Kalau menang naik satu peringkat kalau kalah turun satu peringkat.

Lepas tu ramai org start masuk ‘syurga’. Yg dah dekat syurga tu panggil2 kawan2 yg x masuk lagi, bg semangat supaya menang.

Nak dipendekkan cerita, last2 tinggal 2 org je dua2 yg x dpt masuk ‘syurga’. Kl la org yg last sekali tu. Kl sedih sgt sampai menangis. Walaupun tahu tu game je, tapi bila tgk semua kawan2 kl dpt masuk ‘syurga’ kl sorg je stuck dekat bawah sedih sgt.

Lepas tu buatlah pengisian,

Dia tanya perasaan org yg mula2 masuk ‘syurga’ tu dengan kl yg x dpt masuk. Kl menangis la masa tu, sapa nak masuk ‘neraka’ nauzubillahiminzalik. Dia ckp situasi tu lebih kurang sama dengan yg Allah dah banyak beritahu dalam Al-quran.

Lepas tu share surah Al-Araf. Surah ni banyak cerita pasal penghuni syurga dan neraka.

Lepas tu dia tanya senang ke nak masuk syurga? Walaupun main osom je tapi kadang2 menang kadang2 kalah, bila kalah kena start balik, jadi susahlah. Dia pon share, nk masuk syurga pon macam tu, kita kenalah berusaha, takkanlah kita nak ‘berharap’, ‘berangan-angan’ nak masuk tapi x de usaha.

Lepas tu share lagi, masa main game semua org nak menang, x de sapa nak bagi peluang dekat opponet satu lagi walaupun tu kawan dia sendiri, atau kawan karib, semua org sibuk dengan hal masing2. Semua org nk ‘syurga’ je.

Lepas tu share

Surah al-zukhruf 43:67 pg 494
teman-teman karib(kata akar dia khalil maksud dia org yg kita kasihi x semestinya teman karib) pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain kecuali mereka yg bertaqwa.

Surah Abasa 80:34-37 pg 585
Ayat 34: Pada hari itu manusia lari daripada saudaranya,
Ayat 35: Dan daripada ibu dan bapanya
Ayat 36; Dan daripada isteri dan anak-anaknya
Ayat 37: Setiap daripada mereka pada hari itu mempunyai urusan yang menyibukkannya.

Lepas tu masa semua org dapat masuk syurga ni dia boleh lihat je sapa yg masuk neraka, x de sapa boleh tolong.

Lepas tu share pasal kisah sorang ahli syurga ni. Dia borak2 dengan kawan syurga dia. Dia cerita dulu dia ada sorang kawan dekat dunia, kawan dia tu tanya: Engkau percaya ke pasal kiamat, akhirat? Engkau percaya ke kita akan dihidupkan setelah menjadi tulang belulang?

Ahli syurga tu pon bawa kawan syurga dia pergi tinjau kawan dia dekat dunia tu, kawan dia tu dibakar api neraka yg menyala-nyala. Ahli syurga tu pun cakap, engkau hampir saja mencelakan ku jika tidak kerana nikmat Allah pasti aku jadi golongan yg diseret(ke neraka)

Jadi, hati-hati pilih kawan.

Ayat dekat atas ni Surah al-Shaffat ayat 51 sampai 57 pg 447&448

p/s: ayat 40-50 pon ada cerita pasal suasana dekat syurga.

Lepas tu kawan kl ckp, hari ni dlm game kita tgk kawan2 kita yg x dpt masuk ‘syurga’, tp cuba bayangkan kalau org tu org yg kita sayang macam mak, ayah, adik beradik, nenek atuk pakcik makcik semua, apa perasaan kita kalau tengok orang2 yg kita sayang dekat neraka tu, mcm mn kalau org tu masuk neraka sebab kita dekat dunia x tarik dia kenal akhirat. Kl apalagi kecut perut la dengar. Risau.

Jadi, kl harap mak ayah, nina, aisyah, aiman berlumba2 nak kutip pahala, jadi pemburu akhirat.

Kl nak jumpa mak, ayah, nina, aisyah, aiman dekat syurga

Lepas tu kawan kl share satu hadis x igt dr siapa. (kl rephrase sbb x salin ayat sebenar, bunyi dia lebih kurang macam ni)

Malaikat naik ke langit bercakap dengan Allah, Ya Allah ada sekumpulan manusia dekat bumi bercakap2 tentang Engkau.
Allah dah tahu tp dia tanya: Bercakap tentang apa?
Malaikat: Mereka bercakap tentang kebesaran Mu, mereka bercakap pasal syurga dan neraka.
Allah tanya: Tapi mereka pernah jumpa Aku atau Syurga/neraka?
Malaikat ckp: X pernah
Allah ckp: Aku ampunkan dosa semua manusia itu
Malaikat: Tapi ada je manusia tu yg tersinggah je dekat majlis tu, ada yg datang tapi penat dan tertidur, x semua fokus dekat info yg diberi.
Allah ckp: X pe, Aku ampunkan semua dosa mereka.

Nilai yg kita boleh ambil: Pergilah cari majlis ilmu, dengar, faham, amalkan, duduk dikalangan org yg memburu syurga. Semoga kita juga boleh jadi ahli syurga jugak.

Kl harap kita saling mengingat antara satu sama lain masa duduk dekat dunia ni, sebelum datang masa yg betul-betul menyibukkan tu nanti.

Mak, ayah, nina, aisyah, aiman

Banyak2 kan ibadah, lipatgandakan usaha, kita sama2 bertaubat, cari redha Alah, banyakkan amalan utk masuk syurga. Mak, ayah, nina, aisyah, aiman tolonglah masuk syurga, tolonglah beramal banyak2, kaklong pon sama.

Lepas tu nak dekat habis tu ada sorang ni share, ayah dia dah meninggal dunia, lepas tu dia sedih bila teringat dekat ayah dia, dia sedih sebab x sempat nak cerita betul2 pasal Islam dekat ayah dia, dia sedih dia lambat kenal islam betul2. Dia boleh berdoa je dekat ayah dia, tapi kalau boleh dia nak buat lebih lagi dari tu tapi dah x sempat. Kl pon sedih jugak dengar cerita dia.

Jadi sementara ada peluang ni, kl nak menyeru atau merayu semua org utk tingkatkan ilmu pasal Islam, kl pon banyak lagi yg x tahu, banyak lagi yg x buat, banyak lagi karat-karat degil jahiliyah tu, tapi kl nak bagitahu sekarang jugak sebab peluang tu masih ada, kl takut kalau kl x bagi tahu sekarang, kl takut kalau nk tunggu ilmu penuh di dada tu nanti x sempat. Kalau mak, ayah, nina, aisyah, aiman nak share2 info pon boleh.

Kl harap kita semua boleh betulkan niat sekarang, dan bergerak menjadi pemburu syurga. Dah x banyak masa dah sekarang ni. Banyakkan tadabur Al-quran, baca maksud. Al-quran ini lah cara Allah nak bercakap2 dengan kita. Banyakkan bertasbih. Ingat Allah selalu. Buat semua fisabilillah, nak makan, tidur, membaca, naik kereta, pergi kerja, pergi sekolah, buat apa2 pon niat kerana Allah.

Bila ada masa lebih baca kisah sahabat, pasal perjuangan nabi, bincang pasal maslahat umat, isu syria, palestin, mesir, pasal umat Islam seluruh dunia. Manfaatkan masa dengan sebaiknya. Jgn bazir walau sesaat pon utk buat perkara yg melalaikan. Solat jemaah, tadarus. Baca buku ramai2 dekat meja makan. Kl pon insyaAllah nk start jugak lepas ni. Tgh semangat Alhamdulillah.

Kalau rasa x semangat bakar semangat org serumah. Bila buat secara jemaah ni boleh bantu naikkan semangat. Cari org yg jiwanya nk memburu syurga.

Solat rawatib, bangun qiyam, solat dhuha, baca mathurat, tadabur al-quran, jemaah solat, dengar pengisian. Sibukkan masa dengan buat investment. Biasakan suasana rumah kita dengan budaya dan cara hidup Islam. Baca tafsir tu x pelik, solat jemaah x asing, dahaga cari ilmu tu perkara biasa.
Jom kita hafal Al-Quran mana yg mampu, kl pon baru nak start. Kl nak start dengan surah pendek2. Buat ikut kemampuan. Tapi sentiasa aim higher!

Kl pon x tahu sampai bila kl boleh semangat mcm ni, tapi harap2 nya lama. Jom kita sama2 buang bad habits. Dr muhaya cakap, u cannot stop bad habits but u can replace it with good habits. Ada satu lagi quote “the month of ramadhan is a good opportunity to build good habits or break bad habits”

Surah Al-Mukminun ayat 1-10 pg 342: 7 tanda org mukmin

Akhir sekali kl nk akhiri surat ni dengan ayat dari surah Al-Rad. Amin.

Surah Al-Rad 13:23 pg252

Iaitu syurga Adn yg mereka masuk kedalamnya bersama-sama dengan org yg beramal soleh terdiri daripada ibu-bapa mereka, isteri-isteri mereka, dan anak cucu mereka, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat2 mereka dari semua pintu.

Bulan Ramadhan ni pintu syurga terbuka luas, pintu neraka pula ditutup. Tadi kawan kl bagi perumpamaan mcm MSU bagi cuti sebulan, universiti tutup lepas tu semua org dapat tiket balik Malaysia free. Amat peliklah kalau x rebut peluang tu dengan sebaik mungkin, dan ada yg x kena kalau nk duduk sorang2 dekat India ni dan pergi bangunan MSU tanpa sebab. Betul jugak tu. Banyak betul masa yg kl dah sia-siakan. Astaghfirullah.

Kl harap surat ni boleh naikkan semangat semua orang terutama kl sendiri untuk menghadapi dan mencakup peluang ramdhan yg tinggal x sampai 2 minggu ni dengan sebaiknya. Dan teruskan perjuangan lepas habis Ramadhan sampai nafas yg terakhir.

Terima kasih jugak kepada mak yg selalu bagi nasihat ke arah mencapai syurga. I know how you feel mak. Hehe. Sekarang jom semua bergerak buat amalan untuk masuk syurga. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s