PREVENTION IS BETTER THAN CURE

JOM tingkatkan kesihatan secara alamiah dan ilahiah

Archive for the ‘Herba Penawar Penyakit’ Category

Minyak Kelapa Dara (VCO) Softgel

Posted by go4halal on 24/05/2009

Ramai yang bertanya tentang produk ini, kepada yang masih bergantung kepada ubat kimia sintetik, apakata beralih kepada ubatan alami (nature), ia tiada kesan sampingan jika dijadikan amalan dan lebih sesuai dengan tubuh badan kita, tidak merosakkan organ dalaman seperti buah pinggang yang sentiasa bekerja keras ubatan kimia yang banyak terdapat dalam makanan, ubatan, udara disekitar kita.

Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO) boleh diguna untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan kulit menawan. Ini kerana kandungannya tinggi nurisi dan dihasilkan daripada pati kelapa dara organik yang bebas kolesterol. Penggunaan yang berterusan akan mengurangkan kadar kolesterol tidak baik, low-density lipoproteins (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik, high-density lipoproteins (HDL).

Antara khasiat lain Minyak Kelapa Dara (VCO) :

membantu mengurangkan risiko kanser
membantu menyingkirkan batu karang dan batu hempedu serta mengawal diabetes
meningkatkan sistem imunisasi badan
meningkatkan sistem penghadaman, penyerapan nutrien, kadar metabolisme dan pembakaran lemak
memudahkan proses bersalin
mengurangkan risiko arterioklerosis dan penyakit jantung
memperbaiki dan memulihkan struktur kulit yang rosak
menolong meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan kelemumur
membantu mencegah osteoporosi
Sumber: http://hpa.com.my/hpanews/

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 32
Sabah & Sarawak: RM 36

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 28
Sabah & Sarawak: RM 32

Nilai Mata (NM): 10

Posted in Herba Penawar Penyakit | 1 Comment »

GARLIC OIL SOFTGEL

Posted by go4halal on 28/04/2009

garlic-163x300

Anda biasa makan nasi kerabu kelantan dengan bawang putih jeruk? Mula-mula saya tak boleh makan…busuknya bau, tapi lama-lama sedap pulak tu… masa masih sekolah rendah saya selalu marah mak bila tergigit bawang putih dan halia dalam masakan beliau. Saya pelik kenapalah semua masakan kena bubuh bawang putih dan halia ; kan dua benda ni tak sedap? Sekarang saya menghadapi masalah yang sama (selalu di sarankan oleh anak – kalau masak tak payahlah bubuh halia dengan bawang putih) kerana saya dulu dan anak saya sekarang…tidak tahu khasiat dua herba tersebut – bawang putih dan halia…kini HPA bawakan produk bawang putih dalam bentuk softgel kepada anda..mudah diambil secara istiqamah ; insyallah akan memberi menafaat kepada tubuh badan.

Ia bertindak sebagai sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia:

Khasiat produk :
1. Menghambat kemerosotan otak dan sistem kekebalan
2. Membantu menghambat proses penuaan. Menghambat pertumbuhan sel kanker.
3. Dengan mengkonsumsi bawang putih, resiko terkena kanker dapat dikurangi.
4. Bawang putih yang dikonsumsi secara rutin dalam jangka waktu tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.
5. Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah.
6. Bawang putih dapat membantu meredakan stress, kecemasan, dan depresi.
7. Dengan efek yang lebih lembut. Bawang putih mengandung vitamin A.
8. Bawang putih mengandung vitamin B.
9. Bawang putih mengandung vitamin C.
10. Bawang putih mengandung kalsium.
11. Bawang putih mengandung potasium
12. Bawang putih mengandung antioksidan. Bawang putih mengandung karoten dan selenium
13. Mengonsumsi 2-3 siung bawang putih sehari, akan menghindarkan dari kemungkinan berpenyakit jantung.
14. Menyembuhkan tekanan darah tinggi
15. Meringankan tukak lambung
16. Menurunkan kolesterol dalam darah
17. Meningkatkan insulin darah bagi penderita diabetes.
18. Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh
19. Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh dari berbagai macam penyakit.
20. Membantu menambahkan nafsu makan apabila dimakan mentah
21. Menjaga stamina tubuh
22. Mengandung khasiat antimikroba, antitrombotik, hipolipidemik, antiarthritis, hipoglikemik, dan juga memiliki antivitas sebagai antitumor.

Harga Semenjung
Pengedar: RM28.00 / Penguna : RM32.00

Sabah/Sserawak
Pengedar : RM32.00 / Penguna : RM36.00

Posted in Herba Penawar Penyakit | Leave a Comment »

SPIRULINA

Posted by go4halal on 04/04/2009

Saya telah lama tidak mengambil spirulina apabila diemelkan oleh seorang kawan mengenai link ini : http://www.grad.cmu.ac.th/abstract/2000/sci/abstract/sci05012.html anda boleh baca sendiri. Dimana spirulina diternak dalam kumbahan babi untuk merawat kumbahan tersebut. Saya bimbang spirulina yang saya ambil terhasil dari ternakan tersebut…uuuweeekkkkssss.

Spirulina sangat kaya dengan nutrient boleh rujuk :

http://www.naturalways.com/spirulina-analysis.htm

Namun kini alhamdulillah kerana HPA telah menternak sendiri spirulina dan anda boleh memakannya tanpa ragu-ragu dan was-was lagi.

Namun saya tetap ingin berpesan berhati-hatilah dengan spirulina yang anda makan. Selidiklah dahulu dimana ia diternak untuk mengelakkan anda termakan spirulina yang diternak dalam kumbahan babi atau diberi makan najis babi untuk mendapatkan lebih nutrient yang tinggi pada harga yang murah.

Keterangan mengenai spirulina :
Spirulina (Arthospira) adalah sejenis ganggang biru hijau dan sejak puluhan tahun yang lalu telah dijadikan makanan kesihatan melalui penelitian para ahli dunia. Makanan yang dikonsumi oleh manusia sekarang banyak menyebabkan terkumpulnya toksid dalam badan, sehingga menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, sakit jantung, imuniti turun, fungsi organ menjadi lemah dan lain-lain. Hal ini merupakan masalah besar di negara-negara maju kerana 60% penyebab kematian disebabkan oleh faktor kekurangan zat-zat makanan.

Manfaat Spirulina adalah:
1. Meningkatkan aktiviti anti-virus
2. Menurunkan kadar kolesterol
3. Menurunkan risiko serangan kanser
4. Meningkatkan daya tubuh badan
5. Mengurangkan keracunan pada ginjal
6. Meningkatkan jumlah mikroba lactobacillus yang terdapat di dalam usus
7. Mempercepatkan penyembuhan luka
8. Mengatasi masalah kekurangan zat/mineral
9. Mengurangi penderitaan akibat radiasi.

Siapa patut mengambil Spirulina :
1. Ibu mengandung, ibu yang menyusukan anak dan ibu selepas bersalin.
2. Pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, pelajar hafiz dan pelajar IPT.
3. Wanita yang mengalami masalah haid.
4. Ahli sukan, ahli bina badan dan atlet.
5. Mereka yang mempunyai luka luaran.
6. Pesakit osteoporosis, golongan tua atau warga emas.
7. Kanak-kanak sedang membesar.
8. Wanita muda yang mementingkan kecantikan kulit.
9. Suami dan isteri.
10. Mereka yang alergi.
11. Mereka yang mempunyai luka dalaman.
12. Orang yang bekerja.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
Spirulina

Dos :
1-2 kapsul pagi, dan 1-2 kapsul malam (baik untuk anak-anak mahupun orang dewasa atau lanjut usia).

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 30
Sabah & Sarawak: RM 35

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 24
Sabah & Sarawak: RM 28

Nilai Mata (NM): 10

Posted in Herba Penawar Penyakit | Leave a Comment »

D’DET, D’KARM DAN D’DEU

Posted by go4halal on 21/12/2008

D’DET

D’Det (dulu dikenali sebagai D’Tork) membawa konsep pembersih atau ‘cleansing’ melalui penghilangan toksid khususnya yang terdapat dalam hati dan memberi kesan tidak langsung terhadap ginjal, nodus, limpa, usus, paru-paru dan darah. Kami tidak menyatakan bahawa semua penyakit boleh diubati dengan D’Det, tetapi ramai orang yang tampil dengan testimoni (kesaksian) kesembuhan dari penyakit yang mereka deritai setelah mengamalkan D’Det.

D’Det bukan ubat dan bukan makanan kesihatan sembarangan, ia berpotensi menjadi puluhan kali ubat. Ianya adalah puluhan potensi herba gabungan sinergi pilihan disediakan oleh orang-orang yang benar-benar mengerti ilmu perubatan alamiah. Setelah 7 hari mengkonsumi D’Det tenaga akan bertambah, ini menandakan sistem imuniti anda semakin aktif berfungsi mempertahankan tubuh badan anda. Inilah keadaan terbaik dalam membangkitkan daya tahan tubuh. Oleh sebab itu, D’Det juga dikenal sebagai pembangkit (empowering) daya tahan tubuh yang ampuh.

Komposisi (60 kapsul per botol) :
1. Spirulina
2. Vitex Eliptica
3. Morinda Eliptica
4. Andro graphis Paniculata
5. Tinospora Paniculata
6. Hidrocotyle Asiatica

Dos :

Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti askit gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 75
Sabah & Sarawak: RM 85

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 55
Sabah & Sarawak: RM 65

Nilai Mata (NM): 25

==========================================

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan D’Det Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

D det
Produk ini mengandungi 28 jenis herba yang memberikan perawatan menyeluruh khususnya kepada penyakit 4 serangkai iaitu Jantung,kencing manis, Darah Tinggi dan buah pinggang.Namun bagitu bagi mendapatkan keberkesanan kepada d det ia perlu diambil dengan d deu kerana kandungan vitamin c atau roselle menyebabkan d det bertindak 13 kali ganda kekuatanya.

Dos yang biasa ialah 1 x 3 namun bagitu bagi penyakit yang sudah bertahun boleh menambah dosnya kepada 2x 3 .Jika terdapat keluarnya cairan seperti hingus hendaklah mengurangi pengambilan herba ini.

D det juga baik untuk arthritis atau sakit sendi jika diambil berterusan namun bagitu pehak saya mencadangkan pengambilan set lengkap 3 D terus bagi mempercepatkan kesembuhan. InsyaAllah

D’KARM

Ketidakseimbangan angin dan suhu di dalam badan adalah faktor kedua punca utama penyebab penyakit. Keadaan ini khusus disebabkan oleh sistem pencernaan yang mengalami gangguan dan kerosakan. Pembedahan di bahagian perut dan masalah enzim serta kondisi yang tersumbat adalah penyumbang kepada mengapa berlakunya keadaan sedemikian. Cinamomum Iners atau Teja Lawang yang mengandungi minyak meruap adalah herba yang amat mujarab untuk terapi ini.

D’Karm juga diperkuatkan dengan Psyllium, sejenis herba yang mengembang seperti jeli dapat membantu dalam proses pencernaan dalam usus bertindak sebagai ‘colon cleansing’ atau mengatasi masalah kolon yang tersumbat. Hal yang sedemikian sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan gangguan kepada sistem pembuangan air besar. Satu kefahaman tertua mengatakan bahawa hampir 90% daripada penyakit bermula di usus. Ini bermaksud kita harus memastikan kondisi kolon kita dalam keadaan bersih dan tidak wujud najis-najis yang terlau lama dan tidak boleh dikeluarkan dalam keadaan normal.

D’Karm akan mengembang dan bertindak untuk menarik sisa bahan buangan yang masih terlekat pada dinding usus. Pengguna akan merasa lancar dan lawas sekiranya D’Karm dijadikan amalan dan dalam keadaan sama ia boleh menghilangkan sakit sendi dan sakit pinggang. Pengguna juga akan mendapati kadar kolesterol akan menurun kepada paras yang normal sekiranya mengamalkannya secara berterusan selama 6 bulan. Ini secara langsung akan menurunkan tekanan darah ke paras yang normal.

Kesan bintik-bintik putih pada tapak tangan serta tangan yang dingin adalah tanda-tanda seseorang itu menghadapi masalah pencernaan dan sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan suhu dan angin dalam tubuh badan mereka yang mendorong kepada lemahnya imunisasi seseorang. Pengguna D’Karm disarankan minum air sebanyak 2.5 liter (10 gelas) air setiap hari bagi memastikan kesan dapat dilihat dalam masa 7 hari.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :

1. Vitex Pebuscens
2. Morinda Eliptica
3. Eurycoma Longifolia
4. Cinanomum Iners
5. Coscinumm Blemeanum
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa

Dos :

Bergantung kepada berat badan. 40 kg (1-2 kapsul) 40 kg ke atas (2 – 4 kapsul) Pengambilan sebelum makan kecuali mereka yang menghadapi ulser dan gastrik, perlu ambil sesudah makan.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 75
Sabah & Sarawak: RM 85

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 55
Sabah & Sarawak: RM 65

Nilai Mata (NM): 25

D’DEU

D’Deu (dulu dikenali sebagai D’Heat). Tubuh mempunyai kemampuan tersendiri dalam mengawal suhu badan. Namun apabila mekanisma tubuh rosak, maka tubuh akan mengalami suhu di paras yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Ini akan mengakibatkan berlakunya gangguan kepada sistem saraf dan hormon yang tidak stabil. Tanda-tandanya ialah muka dan lidah seseorang itu menjadi pucat akibat meningkatnya suhu. Ini akan berlaku gangguan emosi seseorang.

Roselle Hibiscus Sabdariffa mempunyai lebih 20 kali ganda Vitamin C yang terdapat dalam limau. Ia disinergikan dengan herba pilihan yang mempunyai kesan diuretik (memperbanyakkan pengeluaran air kencing) dan antipiretik (membuang kepanasan). Apabila mengamalkan D’Deu dalam tempoh waktu 10 minit, akan berlaku dimana seseorang itu akan terasa hendak membuang air kecil. Vitamin C adalah sejenis anti oksidan yang larut dalam air. Vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui urin.

Kekurangan Vitamin C seseorang adalah disebabkan oleh apa yang dikatakan ‘mal absorbtion’ di mana proses serapan tidak dapat dilakukan . Ini adalah disebabkan Vitamin C tidak boleh diserap tanpa adanya mineral. D’Deu diperkuatkan dengan mineral organik yang telah dicernakan dalam sistem pencerrnaan tumbuhan. Ini bererti Vitamin C akan diserap keseluruhannya apabila mengamalkan D’Deu akan dapat dirasakan dalam tempoh waktu 7 hari. Pengguna akan merasakan tubuhnya kembali bertenaga.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :

1. Tetra Indica
2. Bamboo
3. Imperata Cylindrica
4. Ficus Callircarpa
5. Ipomea Reptans
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa

Dos :
Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 75
Sabah & Sarawak: RM 85

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 55
Sabah & Sarawak: RM 65

Nilai Mata (NM): 25

==========================================

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan D’Det, D’Karm, D’Deu Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

Rheumatoid arthritis
Sejenis penyakit autoimun yang menyebabkan pembengkakan terutama pada jari-jari tangan dan kaki . Berlakunya keadan ini kerana tidak seimbang antara 4 unsur (tanah,air,api,angin) menyebabkan salah tafsir dalam sistem “kod” tubuh badan.

Cuka (cuka apel asli) adalah herba yang seimbang(tidak panas dan tidak sejuk) di minum 2 sudu besar pada tiap pagi dan dicampur dengan air kosong segelas (boleh di tambah madu). Selepas itu pengambilan 3 D dari produk HPA setiap hari 3 kali.

D det – 1 x 3
D deu – 3 x 3
D karm – 3 x 3

Detox air dilakukan 1 minggu sekali .

Berbekam pada tiap-tiap bulan terutama pada 17 hb (elakan dari hari rabu) disamping itu banyakan mengambil sayuran hijau dan jangan mengambil daun kucai dan jenis kekacang. InsyaAllah.

Posted in Herba Penawar Penyakit | Leave a Comment »

HERBA PENAWAR SENGGUGUT

Posted by go4halal on 06/12/2008

Herba Senggugut

Keadaan haid yang tidak menentu serta terasa sakit sering dihidapi oleh para wanita. Herba Senggugut amat sesuai untuk wanita yang menghadapi masalah ini dan juga bagi wanita yang gagal untuk mengandung. Herba Senggugut dapat bertindak menyuburkan hormon astrogen yang diperlukan oleh para wanita. Produk ini boleh diamalkan oleh semua wanita yang sudah baligh.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :

1. Hibiscus Rosasinensis
2. Vitex Pubscens

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

Nilai Mata (NM): 8

==========================================

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Senggugut Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

Senggugut
Kesakitan apabila kedatangan darah haid (senggugut) merupakan satu keluhan yang sering ditanya dalam KPJ. Dalam pemerhatian saya ada pasangan yang tidak mendapat cahaya mata mungkin ada hubunganya secara langsung atau tidak dengan masalah senggugut.Ini dapat dilihat apabila senggugutnya hilang ,si isteri didapati mengandung.

Kalau hanya untuk menghilangkan kesakitan senggugut, anda boleh menggunakan sedikit(hujung jari) kapur makan yang dimasukan dalam air teh biasa dan minum,InsyaAllah akan beransur-ansur sembuh dengan izin Allah.Namun bagitu bagi pasangan yang tidak mendapat cahaya mata hendaklah mengambil ubat periuk senggugut dahulu dan kemudian mengambil set kesuburan lelaki dan set kesuburan perempuan.

Set kesuburan lelaki ialah Radix kapsul,Omega 3,EQ minda,roselle dan tuju angin dan set kesuburan wanita pula ialah Paramaria plus,omega 3,roselle dan spirulina . Jika “infertiliti” itu disebabkan oleh logam berat (rambut gugur,gatal-gatal kulit dan kuku rosak)sebaiknya menggunakan “deep cleansing” sebagai tambahan.

Posted in Herba Penawar Penyakit | Leave a Comment »

HERBA PENAWAR SPIRULINA + MADU

Posted by go4halal on 04/12/2008

Spirumadu

Antara khasiat SPIRULINA

• Mengandungi mucopolisakarida yang membantu sistem penghadaman.
• Protein yang tinggi (60%-70% / 44-74 gms)
• Anti-oksidan dari beta karoten yang bertindak menghalang dan mencegah tumor dan kanser.

Read the rest of this entry »

Posted in Herba Penawar Penyakit | Leave a Comment »

HERBA PENAWAR ASMA DAN LELAH

Posted by go4halal on 23/11/2008

Morin-A @ Morinda (Herba Asma & Lelah)

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Vitex Pubenscens

2. Cinnamomum Iners

3. Eurycoma Longifolia

4. Coscinum Blumeanum

Read the rest of this entry »

Posted in Herba Penawar Penyakit | 10 Comments »

Herba Penawar Kencing Manis

Posted by go4halal on 21/11/2008

Plantisol (Herba Kencing Manis)

Semakin ramai pesakit kencing manis dipotong kaki walaupun pelbagai herba tradisional dan ubatan hospital mereka makan. Jangan biarkan orang yang anda sayang/kenal menerima nasib yang sama. Perkenalkan kepada mereka herba ini. Telah terbukti keberkesanannya. Sila cuba dahulu. 

plantisol3.jpgBahan aktif plantisol di dalam ramuan ini berfungsi untuk menurunkan paras glukosa dalam darah (hipoglicemia) serta bertindak untuk merangsang pengeluaran insulin oleh pankreas. Penggunaan Plantisol untuk penderita kencing manis adalah seperti berikut:-

1. Kencing manis di tahap awal (gula dalam darah). Amalkan plantisol 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam sebelum makan. Minum sekurang-kurangnya 2 gelas teh herba setiap hari.

2. Bagi penderita yang sering lemah amalkan bersama spirulina.

3. Bagi penderita yang mengalami gengren disarankan menggunakan teh herba dalam 8 uncang sehari. Hampas teh disapukan ke bahagian yang terluka.

Read the rest of this entry »

Posted in Herba Penawar Penyakit | Tagged: | 1 Comment »

Herba Penawar – Minyak Dan Krim But-but

Posted by go4halal on 20/11/2008

Minyak But-but

Minyak But-But mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuklah jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung But-But untuk membuat sarangnya.

Produk baru  Krim But-But (pengolahan dari minyak but-but dalam bentuk krim, rasa panas dan wangi).

Kelebihan Minyak But-But adalah seperti berikut:-

Read the rest of this entry »

Posted in Herba Penawar Penyakit | 2 Comments »

HERBA PENAWAR – KHAS UNTUK WANITA

Posted by go4halal on 17/11/2008

Paramaria Plus

Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.

Sinergi terbaik :
1. Keputihan: Paramaria Plus + Keputihan + H.B
2. Kanser Rahim : Paramaria Plus + Shark Cartilage Plus
3. Bersalin: Paramaria Plus + Herba Tuju Angin
4. Senggugut: Paramaria Plus + Senggugut

Read the rest of this entry »

Posted in Herba Penawar Penyakit | 4 Comments »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.