PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA…TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

DNA Babi dalam makanan di Tesco dan Secret Recipe

Posted by go4halal on 04/09/2011

Diambil dari :

peribadirasulullah | Ogos 28, 2011 at 9:27 am | Categories: Dunia Islam | URL: http://wp.me/pBfvy-4Nn

Hari ini aku rasa terpanggil untuk menulis mengenai tajuk yang aku jumpai di dalam website halal jakim mengenai penemuan DNA BABI pada produk satu syarikat yang ditarik kembali status halal oleh Jakim. Aku menulis ini, supaya pengguna – pengguna di Malaysia dapat informasi dan maklumat mengenai perkara ini, bagi menyelamatkan umat Islam dari memakan makanan yang dicampuri dengan bahan – bahan yang haram. Perkara ini sangat penting kerana ia akan menjadi darah daging kita yang akan tumbuh menjadi daging di badan. Ini sebenarnya adalah masalah yang serious yang perlu ditangani segera oleh pihak berkuasa.

Website Halal Jakim yang anda boleh dapati mengenai perkara ini sila KLIK SINI.

Syarikat yang mengeluarkan bahan – bahan yang mengandungi DNA Babi tersebut boleh dilihat dengan KLIK SINI.

Syarikat Secret Recipe mendapatkan bahan – bahan daripada syarikat ini, antara produk yang digunakan dari syarikat Puratos anda boleh lihatnya di website Halal Jakim dengan klik pada Caption gambar di bawah.

Mungkin ramai yang tidak sedar juga yang produk – produk makanan tesco juga mengambil bahan – bahan daripada syarikat Puratos ini, anda boleh melihatnya di website Halal Jakim dengan KLIK SINI.

Seperti anda dapat lihat produk dari Puratos akan meletakkan perkataan Talento di bahagian hadapan dan nama syarikat yang diambil darinya, contoh dari Tesco

TALENTO SANDWICH TESCO 20/80
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.

TALENTO DOUGHNUT TESCO 40/60
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.

TALENTO SOFT ROLL TESCO
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.

Nama secret recipe pula:

TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.

TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.

Jadi adakah Syarikat Puratos mengeluarkan nama produknya juga menggunakan nama Tesco dan Secret Recipe,pihak Tesco dan Secret Recipe perlu jelaskan dengan jelas mengenai nama produk Puratos ini,ianya mengelirukan.

Aku menulis ini bukan untuk menjatuhkan mana – mana syarikat, tetapi aku ingin sampaikan maklumat ini kepada saudara – saudara Islam di Malaysia, adakah kita sanggup DNA babi masuk ke dalam badan kita ke badan anak – anak kita dan keturunan kita, adalah tanggungjawab kita untuk memberhentikan perkara ini.

Ingatkah kita dengan ayat di dalam Al Quran mengenai ini

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”
(Al Baqarah 168)

Di dalam Hadis Nabi s.a.w ada menyebut beberapa perkara tentang tidak termakbulnya doa sekiranya makanan yang masuk ke dalam badan kita adalah haram,ada dua jenis haram di sini,iaitu makanan itu sendiri haram dan sumber mendapatkan makanan itu dari pekerjaan yang haram,tetapi di dalam topik ini kita berbincang mengenai makan yang bercampur dengan benda yang haram.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan Abu Muslim dari Abu Hurairah: “Di antara nilai hukum yang diisyaratkan ialah peri mustahaknya makanan yang halal bagi orang yang beriman dalam hubungannya dengan ibadat dan doanya kerana untuk penyempurnaannya tidak sahaja dikehendaki kepada kebaikan apa yang dikerjakannya tetapi memerlukan pula kepada halal makanan dan pakaian yang digunakan setiap hari.”

Satu lagi hadis yang menyebut mengenai perkara ini:

Rasulullah SAW bersabda kepada Saad bin Abi Waqas yang meminta Baginda bermohon kepada Allah supaya doanya diterima: “Hai Saad, baguskanlah makanan engkau. Nescaya engkau adalah orang yang diperkenankan permintaannya dan demi diri Muhammad di tangannya sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan (menyuapkan) makanan ke perutnya tiada diterima Allah daripada amalnya 40 hari dan mana-mana hamba yang tumbuh dagingnya dari benda yang haram maka api neraka lebih layak dengannya.”

Jadi, aku telah berkongsi serba sedikit maklumat mengenai perkara ini dan pentingnya menjauhkan diri dari makanan – makanan yang ada bahan – bahan yang diharamkan oleh agama Islam. Terpulanglah pada anda untuk berkongsi perkara ini dengan saudara – saudara yang lain,kepada Secret Recipe dan Tesco, mungkin syarikat – syarikat ini tidak mengetahui pada awalnya produk pembekal mereka mempunyai DNA Babi,kerana pada awalnya Puratos ada status halal yang kemudiannya ditarik kembali oleh Jakim,jadi pihak Secret Recipe dan Tesco hanya perlu menukar kepada pembekal yang lain yang benar – benar halal dan nyatakan secara terbuka di media untuk pengetahuan ramai yang anda tidak menggunakan bahan – bahan tersebut supaya ianya jelas kepada pengguna Islam di Malaysia.

Aku hanya menjalankan tanggungjawab sebagai hamba kepada Tuhan,marilah lakukan bersama.

Sumber: Abdullah KAS

Update! 3:35am 26/05/2011

Kenyataan rasmi dari Secret Recipe Malaysia

Saya, Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau kandungan artikel blog yang telah dibawa untuk perhatian kami. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya. Dengan ini, kami juga ingin memaparkan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe berikut:

Update! 4:06am 26/05/2011

Kenyataan rasmi dari JAKIM

PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :

Menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;
Mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );
Melakukan proses samak dan
Mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

Update! 4:06am 26/05/2011

Kenyataan rasmi dari Puratos Malaysia Sdn Bhd

Add a comment to this post

Advertisements

Posted in Artikel | Leave a Comment »

SENARAI KOPI MENGANDUNGI RACUN DAN KIMIA DIKESAN KKM 2011

Posted by go4halal on 16/08/2011

Adakah kopi yang anda minum masuk dalam kategory beracun? Mari semak senarai kopi di dalam kategori beracun yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disiarkan oleh Berita Harian. Terima kasih kepada Berita Harian yang perihatin kepada kesihatan pembaca.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor. Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. Kebanyakan produk haram dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing.

Penting! Cara mengesan produk minuman dicampur racun

Minuman yang sudah dicampur racun dan bahan kimia dapat dikesan dari segi harga jualannya yang tinggi, iaitu RM5 sepaket berbanding produk asli yang hanya dijual pada harga sekitar RM1 hingga RM1.50 sepaket. Selain itu, paketnya ada imej erotik seperti gambar wanita seksi seolah-olah mempromosi kekuatan seksual atau kaedah melangsingkan badan dengan cara mudah dan pantas.

Berikut adalah senarai kopi beracun. Ianya sudah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan dan dikenalpasti dicampur dengan bahan terlarang :-
1. Cafe Abang Yes,
2. Candi Gold,
3. Candy 193,
4. Extend Up Energy Drink,
5. Extremen,
6. Extrewomen,
7. Goji Guarana,
8. Goji Guarana Extra,
9. Goji More,
10. Goji Yumberry,
11. Guara Cafe,
12. HBW Ice Lemon Tea,
13. Hotton Vitality Candy,
14. Ie2 O,
15. King Cappucino,
16. Knight Cofee.
17. Kolek Cafe Power Plus,
18. Kopi Angguk,
19. Kopi Asmara,
20. Kopi Bagus AAA,
21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
22. Kopi Pahlawan,
23. Kopi Super Angguk,
24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
25. Maca Max,
26. Macagin Ginseng Candy,
27. Mentalk Candy,
28. Nexus MXP,
29. Night Cafe,
30. Red Energizer Candy For Men,
31. Royal Beverage Maqrifatun,
32. sasanergy Drink,
33. Trica Jus,
34. Tri-Max,
35. True SR,
36. vigor Candy,
37. Vitca-F,
38. Vitca-M,
39. Winnie Beauty V1,
40. XKL Sky Fruit Juice Premix.

Dengan adanya senarai ini, para penggemar kopi bolehlah menjadikannya sebagai rujukan. Ianya juga bagi mengelakkan kita dari terus menikmati air kopi mengandungi racun yang berbahaya kepada kesihatan.

Posted in Artikel | Leave a Comment »

Jom cuba makanan muslim dari Hub Halal Melaka

Posted by go4halal on 01/06/2011



Posted in Artikel | 1 Comment »

Demam Emas

Posted by go4halal on 13/05/2011

Demam emas melanda. Saya pun terkena bahangnya. Baru terfikir yang menyimpan dalam bentuk emas ni lebih menguntungkan. Harga emas meningkat dan akan terus meningkat kerana ia makin digemari sebagai simpanan

Posted in Artikel | Leave a Comment »

Pig DNA found in popular Halal meat product

Posted by go4halal on 08/05/2011

The Malaysian Islamic Development Department (JAKIM) has found traces of pig DNA in meat products supplied by Lucky Food Processing Sdn Bhd resulting in the revocation of its Halal certification with immediate effect.

Kepada yang sukakan makanan ini…jangan risau tak lama lagi ia akan menjadi ‘HALAL’ semula… macam minyak sapi QBB, Mac D dll.  Saya ambil dari   http://halalmedia.my/pig-dna-found-popular-halal-meat-product dan kongsikan disini…mungkin tidak ramai yang baca halalmedia. 

In a statement released in its websitehalal.gov.my, JAKIM stated that “the Halal Malaysia Verification Meeting Panel Bil 12/2011 held on April 22, 2011 has decided that the Malaysian Halal Certificate for Lucky Food Processing Sdn Bhd bearing the serial number 010949-010966, has been revoked with immediate effect following the discovery of pig Deoxyribonucleic Acid (DNA) in its products.”

“As such, all existing holders or new applicants for Malaysian Halal Certificate using products manufactured by Lucky Food Processing Sdn Bhd are required to:

  1. change the products to use other products with recognised Halal certificates;
  2. present the purchase receipt of the new products;
  3. undergo a samak process; and
  4. present the samak verification letter from the State Islamic Religious Authorities.”

Samak or sertu is a ritual cleansing process in which clay soil and water is mixed and used for cleaning tainted parts or equipments to purify from known Haram elements.

When contacted, the company was adamant that they have been following all of JAKIM’s required procedures and the ban came as a total surprise.

“We have nothing to comment except the fact that we have been following exactly the procedures set out by JAKIM and the state religious authorities,” said Maria Sariza, the company’s Halal Executive who has been in charged of Halal compliance matters for Lucky Food since 2005.

“We have never produced any porcine-based products in any of our production lines, so as you can imagine, the discovery of pig-based DNA in our product came as a real surprise for us here,” she said.

“All that we can do right now is to undertake the suggested amendments and hope that this does not escalate into a scenario worse than it already is,” she added.

Established in 1982, Penang-based Lucky Food’s main focus is in supplying a wide range of imported chilled and frozen products such as beef, lamb, poultry, venison, seafood, frozen vegetables, chilled and frozen dairies, condiments and confectionery ingredients.

The statement did not specifically state which product that was tainted but according to JAKIM’s Halal directory listing, Lucky Food has over 120 Halal certified products registered with the sole Malaysian Halal certifier.

– Halal Media

Posted in Artikel | Leave a Comment »

Radix Mocha

Posted by go4halal on 22/04/2011

Produk baru iaitu  (campuran koko dan kopi)  mengandungi sinergi 7 herba utama sama seperti Kopi Radix:

1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
6. Halban (IMUNITI).
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK).

Kelebihan Radix Mocha:

  • Mocha merangsang pengeluaran hormon gembira dan ceria.
  • Bermanfaat bagi mereka yang beriadah kerana dapat menjaga stamina termasuk para atlit.
  • Menggunakan koko gred A berkualiti tinggi lagi berkhasiat.

Setiap kotak mengandungi 15 sachet/paket. 1 sachet : 30 gram

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 27
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar
Semenanjung Malaysia: RM 22
Sabah & Sarawak: RM

Nilai Mata:6

Posted in Minuman | 1 Comment »

Herba Tuju Angin – Penawar Gastrik dll

Posted by go4halal on 16/04/2011

Ramai pengidap gastrik (perut kembung, terasa kenyang sebelum makan, sendawa tidak berhenti2 dan terasa tersumbat diuluhati) tercari-cari apa alternatif selepas gagal mendapat kesembuhan menggunakan cara biasa (ubat hospital/farmasi).

Kepada mereka yang tidak mendapat kesembuhan itu, apa kata cuba dengan kaedah alami ini, mengguna Herba Tuju Angin. Murah dan berkesan dengan izinNYA.

Herba apa ada dalam Tuju Angin? Ia terdiri dari  Cinnamomum Iners,  Vitex Pubescens, Micromelium Pubescens dan  Morinda Eliptica. Campuran ini kemudian dimasukkan dalam capsul untuk memudahkan pemakannya.
Selain gastrik insyallah ia juga sesuai dan mujarab untuk penyakit sembelit, ia membantu melancarkan pembuangan air besar, sehingga badan terasa ringan, mengubati migrain (gejalanya sakit kepala sebelah), tiba-tiba pusing.
Herba yang merupakan makanan kesihatan dan baik untuk tua mahupun muda, baik lelaki atau perempuan ini dapat mengatasi masalah angin seperti :

1. Angin Duduk: cepat penat, terasa mual

2. Angin Darah: emosi dan cepat marah

3. Angin Sendi: sakit-sakit badan, lemas, kesemutan dan terasa ditusuk-tusuk pada kaki dan tangan.

Manfaat lain herba ini:

1. Mengatasi perut kembung

2. Menghilangkan rheumatik

3. Mengatasi migrain

4. Mengatasi maag/gastrik

5. Menghilangkan kesemutan pada hujung jari

6. Meredakan sakit sendi

7. Hilang selera makan

8. Lemah tenaga batin

9. Rheumatik

tujuangin.jpg

Komposisi (75 Kapsul per botol) :

Dos :

Malam 2 kapsul dan 1 kapsul untuk pagi.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

Nilai Mata (NM): 8

====================================

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Herba Tuju Angin Tulisan Tuan Haji Ismail bin Ahmad, Pengarah Urusan HPA

Tablet kalsium

Pada pandangan saya pengambilan kalsium khususnya untuk masalah asteoporosis boleh menambah parah keaadaan itu. Ini kerana kalsium yang diambil sukar diserap tanpa bantuan beberapa vitamin dan mineral yang lain. Calsium mestilah diambil bersama magnesium dan vitamin D. Pengambilan kalsium yang tinggi juga menyekat penyerapan zink. Oleh sebab itu sumber kalsium yang terbaik adalah daripada tumbuh-tumbuhan terutama pada tumbuh-tumbuhan yang berakar tunjang.

Mari kita buat satu kajian siapakah yang lebih cepat terkesan antara pengguna calsium tablet dengan pengguna herba tuju angin HPA. Masalah kehausan tulang dan lendir tidak dapat diatasi dengan tablet kalsium tetapi boleh diatasi dengan Herba Tuju Angin(HTA). HTA mempunyai kalsium, magnesium dan zink dan pelbagai mineral lain yang wujud dalam bentuk mineral surih.

InsyaAllah kenapa kita tidak memberikan kepada ibu-ibu kita dengan HTA?.

Anda mungkin juga meminati:
Dew Minuman Berperisa
Kapsul Sireh Plus
Minuman Roselle (Teh Uncang)
Kurma Mariami

Posted in Artikel | 2 Comments »

Salam Tahun 2011

Posted by go4halal on 01/01/2011

Salam kepada semua pembaca budiman yang sudi berkunjung buat kali kedua dan kepada pengunjung yang tersesat ke blog saya…

Tak lama lagi masuklah kalender tahun 2011. Tukar kalender …. umur di dunia + 1, dan umur menuju ke alam kekal  pula – 1. Macamana  persedian?…belum cukup; makanan?…belum tukar 100%?…

Harap dipanjangkan umur dan terus diberi peluang untuk berubah dan berhijrah. Harap2 juga di tahun 2011 …penguatkuasaan kepada halal haram makanan dan produk2 ditingkatkan. Perisytiharan haram kepada makanan halal dapat dibuat dengan cepat supaya makanan yang haram tu tidaklah terus masuk kedalam perut orang Islam yang kesahkan halal haram ni.

Harap2 juga pengusaha yang menggunakan logo halal palsu tu didedahkan bukan disembunyi2kan identiti mereka. Harap juga supermarket yang mengelirukan pengguna Islam tu diambil tindakan tegas! Semoga lebih ramai akan berhijrah ke produk halalan toiyiban HPA/lain-lain dan semoga lebih ramai menjauhkan diri dari makanan/produk haram dan produk yahudi/kafir yang lain… good luck semua!

 

 

 

 

 

Sabun Anti Resdung :

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 10

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 8

Nilai Mata (NM): 2

Posted in Artikel | Leave a Comment »

Pelembut kain – Kenanga

Posted by go4halal on 18/12/2010

HPA keluarkan satu lagi produk cucian yang halal untuk muslimin/ muslimat yang menitikberatkan halal dalam produk kegunaan harian mereka.

Sebelum ini untuk mencuci pakaian, HPA telah mengeluarkan produk pencuci berbentuk cecair iaitu Freesia Liquid dan Mastura Liquid Detergent. Bagi mewangi dan melembutkan pakaian pula, HPA memperkenalkan produk Pelembut Fabrik Mawar dan terbaru Pelembut Fabrik Kenanga (Fabric Softener).

Fabric Softener Kenanga bertindak meninggalkan kesan lembut pada fabrik anda. Ia diformulasikan khas serta meninggalkan wangian segar dan nyaman yang berpanjangan.

Sesuai untuk kegunaan setiap cucian dan juga melindungi warna fabrik daripada pudar serta memudahkan kerja menggosok pakaian. Jika sebelum ini kita sudah terbiasa menggunakan produk pencuci pakaian jenama lain, apa kata kita mencuba produk jenama HPA pula.

Jom muslimin/muslimat kita sokong produk keluaran Muslim.

Isipadu: 2 liter

Harga Semenanjung Malaysia: RM 10.50

Sabah & Sarawak: RM 9.00

Posted in Artikel, Produk Harian | Leave a Comment »

BOLEHKAH GUNA BAHAN HARAM UNTUK UBAT?

Posted by go4halal on 03/12/2010

Saya kongsikan emel yang saya dapat dari seseorang untuk menjelaskan kekeliruan tentang berubat dengan bahan yang haram.

Dari Fatwa Para Ulama Islam.

1. Apakah hukum menggunakan ubat-ubatan yang bertujuan untuk menghilangkan atau mengurangkan rasa sakit seperti ubat bius, pelali dan sebagainya.

Read the rest of this entry »

Posted in Artikel | Tagged: | Leave a Comment »

 
WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Scoliosis Survival

Yang Mempesonakan Pada Seseorang Itu Bukanlah Kesempurnaannya Tetapi Caranya Menghadapi Ketidaksempurnaan Itu.

Blog Peribadirasulullah

SILA KUNJUNGI BLOG https://muslimcambodiablog.wordpress.com/

PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA...TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.