PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA…TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

INFO HERBA

stevia

INFO:

Stevia adalah satu daripada 240 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah, ada yang menyatakan ia berasal dari Paraguay. Selain untuk landskap, stevia digunakan secara meluas sebagai pemanis. Namun, stevia yang biasa digunakan sebagai pemanis ialah daripada spesies rebaudiana.

Ia mula digunakan kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis teh herba dan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Uniknya, stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis daripada gula biasa.

Nama Saintifik: Stevia rebaudiana
Nama Lain: Teh manis, sweet leaf of Paraguay
Asal: Paraguay
Daun Stevia digunakan dalam cola radix dan kopi diet kerana :
Ia merupakan pemanis semula jadi, sesuai diminum oleh orang berpenyakit seperti pesakit kencing manis
Menurunkan kadar gula dalam darah
Melawaskan kencingMenurunkan tekanan darah
Membunuh bakteria
Membunuh kulat
Membunuh virus
Mengurangkan keradangan
Membantu menurunkan berat badan.

roselle

 ROSELLE

Nama Saintifik:  Hibiscus Sabdariffa L

Khasiat : 

1. Kaya dengan ‘nutrien’ yang dipanggil ‘antioksidan’ (pelindung sel tubuh daripada pencemaran toksid).
2. Amat tinggi kandungan Vitamin C melebihi 20 KALI GANDA dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus).

Kelebihan Roselle:

  • Merupakan sumber vitamin yamh terba
  • Anti Penuaan (anti-aging)
  • Boleh mencegah penyakit kardiovaskular
  • Boleh mencegah cancer
  • Cepat menurunkan panas badan (terutama bagi kanak-kanak)
  • Menguatkan imuniti tubuh menghindarkan batuk, selsema, resdung dan asma
  • Mampu menghilangkan alergi dan lelah jika diamalkan secara berterusan
  • Mempercepatkan proses kesembuhan – terutama bersin pagi, mata berair, hidung tersumbat serta gatal-gatal muka. Pengambilan bersama herba anti-histamin seperti Coscinium Plus menambahkan lagi kesan penyembuhan.
    Pengambilan 4 atau 5 biji roselle capsul setiap hari sebelum tidur dapat mengatasi masalah sukar tidur, menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Bertindak sebagai ‘penenang’.
    Ia juga dapat mengurangkan masalah dengkur semasa tidur dan boleh digunakan sebagai pengubat luka, selepas pembedahan dan kecederaan
  • Boleh mengatasi masalah stress atau sukar tidur (insomnia) 

kelapa-murni1KELAPA MURNI
Nama Saintifik: Cocos Nucifera Oil
Cocos nucifera oil boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Ia juga dapt melegakan sakit-sakit sendi dan juga sakit belakang.

  

bunga-cengkihBUNGA CENGKEH
Nama Saintifik: Eugenia Aromatica
Bunga cengkih mengeluarkan aroma. Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Minyak cengkeh sering digunakan untuk menghilangkan bau nafas dan untuk menghilangkan sakit gigi. Zat yang terkandung dalam cengkeh yang bernama eugenol digunakan untuk menenangkan saraf gigi.

 petawaliPATAWALI
Nama Saintifik: Tinospora Crispa
Herba ini dapat merawat sakit perut, demam, gonorea (penyakit kelamin), merawat kecacingan, membersihkan darah dan juga pembasmi kuman.

 melaleuciaDAUN POKOK GELAM
Nama Saintifik: Melalucia Leucodendron
Kegunaan:
Merawat sakit perut, pening kepala, sengal-sengal sendi, asma, sakit gigi.
 
cekurCEKUR
Nama Saintifik : Kaempferia Galanga
Kaempferia galanga adalah pengstimulasi aroma.Ia memiliki sifat tonik dan anti bacteria.
Kegunaan:
Menghilangkan rasa hendak muntah, kembung perut, tidak lawas, sengal-sengal sendi, hidung tersumbat, kesakitan pada intestin.

lalangLALANG
Nama Saintifik : Imperata Cylindrica
Famili : Graminae
Kegunaan :
asma, demam, batu karang,
Diuretik – lawaskan kencing.
Rizom- dikeringkan direndamkan dalam air panas air teh untuk demam.
Abu bakaran lalang – ubat sengal-sengal tulang (reumatik).

pegagagaPEGAGA
Nama Saintifik : Centella Asiatica
Mendapat pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba berpotensi tinggi dan tergolong diantara 20 herba terbaik dalam dunia.
Dikenali dalam masyarakat China sebagai Ching Chow Sui, manakala orang India menamakan Valeerai atau Gotu Kola.
1 kg ekstrak pegaga di US berharga lebih daripada USD1000 (RM3800).
Pegaga kaya dengan pelbagai ramuan ubatan dan telah tercatit dalam manuskrip Ayurvedic di India lebih 4000 tahun dan Shennong Herbal di China sejak 2000 tahun.
Dr. Robert D. Willix Jr. dalam bukunya Health and Longevity Newsletter menggelar pegaga sebagai “herba ajaib” kerana dapat membantu peredaran darah serta meningkatkan kesihatan kulit.
Kajian dalam 1949, mendapati pegaga mujarab untuk mengubati kusta dan ulser kerana ciri-ciri antibakteria yang ada padanya.
Amat baik untuk menyembuhkan luka, kudis serta mengubati kerengsaan kulit.
Digunakan sebagai penawar Kencing Manis di Hospital Singapura.
 
Kelebihan:
  • Awet muda
  • Memanjangkan usia
  • Pembersih darah
  • Diuretik (lawas kencing)
  • Antireumatik (sendi)
  • Antiseptik (kulit)
  • Antipasmodik (kejang)
  • Ubat cacing
  • Ubat batuk

kangkung1KANGKUNG
Nama Saintifik : Ipomea reptans
Kangkong merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan di tanam sebagai makanan.
Nama umum
Indonesia: Kangkung darat, kangkung
Malaysia: kangkong kampung
Filipina: Kangkong
Thailand: Phak boong ban
Inggeris: garden morning glory

Tanaman dari India yang menyebar ke Malaysia, Burma, Indonesia, Cina Selatan, Australia, dan bahagian negara Afrika ini disebut juga Swamp Cabbage, Water Convovulus, dan Water Spinach. dan merupakan tumbuhan yang boleh dijumpai hampir di mana-mana kawasan berair.
Kelebihan Kangkung
Kangkung kaya vitamin A, B, C, mineral, asid amino, kalsium, fosforus, karoten, dan zat besi.

mengatasi sembelit karena kandungan seratnya yang tinggi terutama pada bahagian batang,

bersifat antiracun, diuretik (pelancar kencing), antipendarahan, antiradang, dan sedatif (penenang/ubat tidur). Sebab itu, tidak hairan bila kita mudah mengantuk setelah makan banyak dengan menu kangkung.

mengurangi haid yang terlalu banyak, mengatasi keracunan makanan, kencing berdarah, kencing tak lawas, menghilangkan ketombe, dan buwasir berdarah.

Sebagai kegunaan luar, kangkung boleh digunakan untuk mengubati bisul dan radang kulit bernanah.

mengkunyit

MENGKUNYIT
Nama Saintifik: Coscinium blumeanum
Nama Lain: Akar mengkunyit
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar 
Keterangan Herba :
• sejenis tumbuhan liar yang biasa dijumpai di hutan dan belukar.
• tumbuhan memanjat yang dapat tumbuh hingga mencapai ketinggian sepuluh kaki (dengan
memanjat pada tumbuhan lain atau sokongan).
• Daunnya lebar dan pajang berukuran 7 Kali 20 cm.
• ubat resdung yang berkesan dalam perubatan tradisonal.
• Kandungan flavanoid yang tinggi dalam tumbuhan ini menyebabkan ia bertindak sebagai anti oksida
yang dapat mengeluarkan histemin dan zat-zat alergi yang lain.

Mengapa Resdung Terjadi?
• Alahan samada kepada persekitaran seperti habuk, debu, debunga, bijirin, tumbuh-tumbuhan, bulu
binatang, asap, udara tercemar, makanan, minuman, ubat-ubatan, dan keadaan tertentu seperti
suhu sejuk.

• Hipersensitif atau kurang daya tahan badan menyebabkan spora fungus dapat membiak hingga
terjadi resdung.
• Ostium (lubang kecil dalam rongga hidung) tersumbat menyebabkan hingus berkumpul dan
mengundang kehadiran kuman hingga terjadi resdung.
• Jangkitan kuman pada rongga hidung akibat selsema, demam, alahan (allergi), dan sistem
pertahanan badan yang lemah.
• Struktur hidung yang tidak normal akibat kemalangan dan sebagainya (seperti struktur hidung
senget)
• Jangkitan kuman akibat kerosakan gusi bahagian atas yang merebak ke rongga sinus.

mempelas2MEMPELAS
Nama Saintifik : Tetracera Indica
Famili : Dilleniaceae
Kegunaannya :
Akar – direbus utk hipertensi & suhu.
Daun- ubat pupuk bagi penyakit gatal kulit.

kegunaan-cosinium1
Rajah Kegunaan Herba Cosinium Plus

APA KANDUNGAN KOPI PRA-CAMPURAN RADIX?
Ramai kata pada saya tak eluk minum kopi radix. Kopi radix boleh rosakkan buah pinggan. Betul ke? Saya jadi keliru juga ni…Jom kita tengok apa kandungan kopi radix dan anda buat pilihan samada nak minum atau tidak. Pada saya siapa yang tinggalkan kopi radix dalam menu hariannya memang rugi.

Bagi orang yang malas makan ubat macam saya ni, kopi radix adalah supplement terbaik untuk saya. Saya dah lama tak demam, batuk dan selsema walaupun orang sekeliling saya membawa virus tu. Saya yakin kopi radix meningkatkan imuniti tubuh saya.

Walaupun semua orang dah kena saya tak kena penyakit tu, alhamdulillah syukur Allah telah menemukan saya dengan kopi radix. Allah yang memberi penyakit, dialah yang menyediakan ubatnya. Tiap penyakit ada ubatnya. Allah tidak turunkan penyakit melainkan dengan ubatnya sekali. Wallahualam.

Kopi radix telah disinergikan dengan 7 herba
Keberkatan dan Kesembuhan
Apa yang perlu anda tahu tentang Kopi Radix?
Kekuatan 7 sinergi herba (langit 7 lapis, bumi 7 lapis, mata 7 lapis, manusia 7 sifat, surah Al-Fatihah 7 ayat, tawaf 7 kali)

1. Radix Tebu Gajah (Albyzia Myrophylla)-ANTIDOT
• Bersifat penawar demam
• Mengandungi antioksidan yang bertindak memerangkap radikal bebas yang
menjadi punca pelbagai penyakit
• Mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai
hipoglicemik (menurunkan paras glukosa)
• Meneutralkan kafein dalam kopi
• Mengurangkan rasa pahit Tongkat Ali
• Menawarkan keracunan pada Tongkat Ali

2. Radix Mengkudu Hutan (Morinda Elliptica)-LAXATIF
• Akar yang digunakan dalam Herba Tuju Angin, Radix, Paramaria Plus
• Morindin sebagai pelawas dan anti kanser (anti tumor)
• Menghilangkan ketumbuhan di otak (sumber: Dr Azizah, UPM)
• Membantu menjana pernafasan (asma, lelah dan resdung)
• Mengandungi selenium antioksidan yang kuat
• Merawat penyakit arthritis dan rheumatic peradangan dari ketidakseimbangan
suhu badan punca asid berlebihan
• Membetulkan perjalanan darah

3. Radix Teja Lawang (Cinnamomum Inners)-KARMINATIF
• Bersifat menolak angin
• Satu famili dengan kulit kayu manis
• Mengandungi minyak sari untuk merawat gastrik
• Mengubati masalah angin
• Mengurangi tekanan di otot jantung
• Rendam kulit kayu manis baik untuk masalah diabetes dan sakit pinggang

4. Radix Mata Pelanduk (Ardisia Crispa)-DIURETIK
• Memperbanyakkan air kencing bagi mengimbangi suhu dan asid
• Membantu mengurangkan asid urik yang berlebihan (masalah ghout)
• Bio flavanoid meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan
pergerakan ke tempat serangan. Ini menyebabkan seseorang itu kencing
dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga yang seterusnya akan menjadikan
suhu badan akan stabil

5. Akar Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia)-AFRODISIAK/ANTIDOT/ ANTIHIPERTENSIF/ANTIPIRETIK
• Memberi tenaga kesan afrodisiak untuk meningkatkan kesuburan dan tenaga
lelaki. Baik diambil bersama Omega 3. Satu kajian di lakukan di Universiti
Malaya di mana tikus putih yang diberi Radix menunjukkan peningkatan 480%
hormon jantannya dan tikus betina pula melahirkan anak jantan melebihi anak
betina dengan nisbah 3:1
• Kardiotonik
• Quassinoid iaitu bahan anti tumor. Untuk kes ketumbuhan di otak, ambil Radix,
Omega 3 dan Spirulina
• Baik untuk melegakan demam jika diambil di peringkat awal
• Sakit sendi (sinergikan bersama Radix dan Herba Tuju Angin)

6. Akar Halban Hitam (Vitex Pubescens)
• Meningkatkan sistem imuniti tubuh
• Kekar isi tubuh
• Menjaga stamina tubuh
7. Akar Larak Hutan (Polythia Hypholeuco)
• Memperbanyakkan susu ibu dan baik untuk ibu hamil dan selepas bersalin
• Menstabilkan dan menyeimbangkan sel-sel badan untuk masalah orang gemuk
yang makan sedikit tapi gemuk dan orang kurus yang makan banyak tetapi
tidak gemuk
• Menguatkan fizikal tubuh

FAKTA TENTANG AKAR TONGKAT ALI DALAM KOPI RADIX
Tongkat Ali Pilihan:
1. Usia melebihi 20 tahun
• Mempunyai akar tunjang yang panjang untuk mengambil himpunan mineral di
dasar bumi (kandungan bahan aktif yang sempurna)
2. Tumbuhan hutan hujan tropika. Kawasan Garisan Khatulistiwa
3. Bentuk
• Bentuk yang paling baik, lurus dan tajam. Akar dalam bentuk lurus dan tajam
tumbuh di kawasan tanah yang kaya organik dan mengandungi lapisan top soil
yang tinggi.
4. Warna
• Warna kuning dan bukan berwarna putih menandakan kematangan
dan tidak dimakan bubuk. Bersifat pahit dan kategori angin (panas dan
lembab). Merupakan herba detoks yang paling baik
5. Beberapa kajian tentang khasiat tongkat ali:
• Baik untuk pesakit kencing manis
• Baik untuk masalh tulang belakang
• Baik untuk melambatkan menopose
• Baik untuk mencegah kanser
• Baik untuk menguatkan jantung
• Baik untuk rawan sendi
• Baik untuk ibu hamil dan selepas bersalin (anak cepat berjalan)

BAGAIMANA UNTUK MENDAPAT KHASIAT MAKSIMUM?
• Pengambilan paling maksimum ialah 6 cawan sehari (2/2/2)
• Resepi lama (5 herba)-2 kali sehari
• 1 uncang bersamaan dengan 1 kapsul
• Untuk peringkat awal, ambil secara beransur-ansur, mulai dengan dos
yang rendah
• Minum air kosong 1 cawan dalam cawan yang sama Kopi Radix tersebut
diminum. Amalkan selepas setiap kali minum Kopi Radix

Selamat mencuba kopi radix dan lain lain herba yang ada dalam HPA. Insyallah anda akan mendapat khasiat dan manfaatnya.

9 Responses to “INFO HERBA”

  1. nora said

    Salam.

    Saya sedang mengamalkan Shark Cartilage Plus, Curcumin, IMT & Herba Tuju Angin untuk perawatan fibroid di dalam rahim. Namun begitu, 2 minggu lagi (7/7/09) doktor akan membuat pembedahan ke atas saya bagi mengeluarkan fibroid tersebut yang sebesar 6cm tanpa membuang rahim.

    Apakah yang perlu saya amalkan pula selepas pembedahan itu supaya saya cepat sembuh dari kesan pembedahan, serta amalan setreusnya supaya kekal sihat dan bebas dari pengulangan fibroid.

    Terima kasih. Wasalam.

    • go4halal said

      Puan,
      Saya cadangkan : Selepas pembedahan elok amalkan teh herba untuk cepat sembuh luka dalaman, roselle capsul atau RTD kaya dengan vitamin C pun untuk cepat sembuh. Semuga puan cepat pulih.

  2. haikal said

    apakah herba yg elok untuk pnyakit kelamin

  3. haikal said

    penyakit yang saya maksudkan ialah pnyakit gonorrea…
    ader herba yang dapt membantu..
    tq…

    • go4halal said

      Saudara Haikal,
      Setakat ini saya tidak tahu sekiranya HPA ada herba khusus bagi penyakit tersebut. Mungkin produk pegaga seperti teh herba, evergreen dan kordial pegaga boleh membantu …cubalah secara berterusan.

      Wallahualam.

  4. siti muhayyah said

    salam….

    apakah herba yg terbaru selain pegaga, roselle dan mengkudu yg HPA tlh terokai….
    terutama sekali herba yg baik utk kesihatan minda dan otak..?

  5. harly said

    wah ini opencerahan lagi..
    rupanya kangkung memiliki banyak khasiat juga..
    terimakasih banyak atas infonya..

Leave a comment

 
WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Scoliosis Survival

Yang Mempesonakan Pada Seseorang Itu Bukanlah Kesempurnaannya Tetapi Caranya Menghadapi Ketidaksempurnaan Itu.

Blog Peribadirasulullah

Membina Generasi Yang Cintakan Allah SWT Dan Rasulullah SAW

PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA...TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.