PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA…TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

DNA BABI DIKESAN DALAM COKLAT KEGEMARAN RAKYAT MALAYSIA

Posted by go4halal on 27/05/2014

Posted in Artikel | 1 Comment »

Penemuan racun berbahaya dalam produk Kosmetik bagi Tahun 2013 dan 2014 oleh Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia

Posted by go4halal on 27/05/2014

Penemuan racun berbahaya dalam produk Kosmetik bagi Tahun 2013 dan 2014 oleh Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia 1. AS Beauty Night CreamNOT101103172KMerkuriZMN Mahaka Enterprise Penawar Industries Sdn. Bhd.

2.AS Beauty Day CreamNOT101103272KMerkuriZMN Mahaka Enterprise Penawar Industries Sdn. Bhd.
3.Golden Horse Herbal Milk Lotion – GH507NOT120905457KMerkuri Chee Sing (Labuan) Sdn. Bhd.Chin San Chemical Works, Taiwan
4.Golden Horse Bio Complex Cream – GH903-2NOT120905465KMerkuri Chee Sing (Labuan) Sdn. Bhd.Chin San Chemical Works, Taiwan Tahun 2013
1.Sensual Meiji Skin Renewar CreamNOT120204451KAsid Azelaik De Cosmetics Malaysia Sdn BhdHong Chuang International Beauty Co. Ltd, Taiwan
2.Acrena Pure Herbal Papaya SoapNOT100802337KTretinoin Haresh Enterprises Sdn Bhd Re-X Products Co., Ltd., Thailand
3.White ComplexNOT100801451KTretinoinNB Natural Beauty Facial & Slimming (Uda) Sdn. BhdCylin Cosmetic Sdn Bhd
4.SS Pearl CreamNOT110602263KMercury Shin Viky Beauty Global Kingou (International) Cosmetics Co., Ltd., Taiwan
5. SS Vita C Night RepairNOT110602264KMercuryShin Viky Beauty Global Kingou (International) Cosmetics Co., Ltd., Taiwan
6.Cellnex Anti-Sensitive Essence TreatmentNOT120905219K Betamethasone Europe Cosmeceutical Industries Sdn Bhd Centre De Recherches Biocosmetiques S.A., Switzerland
7.Natural 99 Night CreamNOT120300526KMercury Auraqu Enterprise CV Raja Kosmetik, Indonesia
8.Natural 99 Day CreamNOT120300524KMercury Auraqu Enterprise CV Raja Kosmetik, Indonesia
9.SF Beauty Night Cream (Facial)NOT120602462KMercury SF Infinity Resources Yamni Industries Sdn Bhd (Cosmetic Premise)
10.SF Beauty Day Cream (Facial)NOT120602461KMercury SF Infinity Resources Yamni Industries Sdn Bhd (Cosmetic Premise)
11. Aveana Night Revival Cream NOT110404581K Tretinoin Owi Lab (M) Sdn. Bhd. Owi Lab (M) Sdn/ Bhd.
12.Blemished Skin Ampoules NOT110204305KAsid AzelaikNoble Aspect Sdn. Bhd.
13.Golden Horse B&W Cream – GH902-1NOT120905460KMerkuri Chee Sing (Labuan) Sdn. Bhd.Chin San Chemical Works, Taiwan

http://btmmari.blogspot.com/2014/05/penemuan-racun-berbahaya-dalam-produk.html%5B/embed%5D

Posted in Artikel | Leave a Comment »

Desaria Homestay di Nilai 3 (Maklumat Lanjut : http://www.desariahomestay.webs.com)

Posted by go4halal on 15/04/2014

PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

Assalamualaikum,

Kawan-kawan yang dihormati sekalian. Saya ada rumah di Taman Desaria Nilai 3. Dulurumah ni saya sewa kepada sebuah kilang. Kilang tersebut menjadikan rumah kami sebuah asrama pekerja. Selepas 7 tahun, kami mengambil semula rumah ini, dan keadaan sewaktu diterima semula sangatlah teruk. Semua rosak. Tandas sangat kotor dan busuk. Puas menyetalnya, barulah Nampak marmar didinding. Sebelum ini, kekotoran didinding yang dipasang dengan tile setinggi 4 kaki tu, di cat, untuk melindungi kekototannya. Pintu pecah-pecah dan perlu diganti semua sekali. Sliding door pun jammed. Tingkap dapur habis pecah dan mereka paku pula kayu untuk menutup terus tingkap tersebut. Dinding pula mereka tampal dengan surat khabar. Cermin tingkap bilik dan sliding mereka tampal dengan surat khabar. Aduh… letih melihat rumah. Semua tandas dan singki tersumbat. Jiran selalu Nampak mereka mandi diluar rumah. Bukan setakat singki, tandas, tingkap, dinding dan lantai, siling pun tidak terkecuali. Tidak tahu apa yang mereka buat, siling…

View original post 249 more words

Posted in Artikel | Leave a Comment »

Desaria Homestay di Nilai 3 (Maklumat Lanjut : http://www.desariahomestay.webs.com)

Posted by go4halal on 15/04/2014

Assalamualaikum,

Kawan-kawan yang dihormati sekalian. Saya ada rumah di Taman Desaria Nilai 3. Dulurumah ni saya sewa kepada sebuah kilang. Kilang tersebut menjadikan rumah kami sebuah asrama pekerja. Selepas 7 tahun, kami mengambil semula rumah ini, dan keadaan sewaktu diterima semula sangatlah teruk. Semua rosak. Tandas sangat kotor dan busuk. Puas menyetalnya, barulah Nampak marmar didinding. Sebelum ini, kekotoran didinding yang dipasang dengan tile setinggi 4 kaki tu, di cat, untuk melindungi kekototannya. Pintu pecah-pecah dan perlu diganti semua sekali. Sliding door pun jammed. Tingkap dapur habis pecah dan mereka paku pula kayu untuk menutup terus tingkap tersebut. Dinding pula mereka tampal dengan surat khabar. Cermin tingkap bilik dan sliding mereka tampal dengan surat khabar. Aduh… letih melihat rumah. Semua tandas dan singki tersumbat. Jiran selalu Nampak mereka mandi diluar rumah. Bukan setakat singki, tandas, tingkap, dinding dan lantai, siling pun tidak terkecuali. Tidak tahu apa yang mereka buat, siling pun pecah disana sini. Getah dipasang terus dari tangki menyebabkan kebocoran didalam bilik dan ruang tamu. Habis beribu riban memperbaikinya. Hmm…Alhamdulillah, sekarang dah bolehlah duduk.

Serik nak sewakan rumah lagi… kali ini saya nak buat rumah tumpangan budget atau homestay. Kami panggil Desaria Homestay. Kawan-kawan yang nak membeli belah di Pasar Borong Nilai 3, boleh menginap di rumah tumpangan kami. 4-5 minit sahaja ke Pasar Borong Nilai 3. Saya tengok kedai Carpet, Kedai LAngsir, Kedai Kain, Kedai Pakaian, Kedai Baju, Kedai Home Deco dll segala mak nenek ada jual disini. Syurga membeli belah lah katakana. Jauh lebih meriah dari disempadan seperti di Kayu Hitam, Padang Besar dll.

Oh ya leka bercerita … inilah gambar2 homestay saya… datanglah ya.  Desaria Homestay ialah rumah Teres 1 Tingkat, 3 bilik + 2 bilik air. Alamat : 200, Jalan Desaria 7, Nilai 3. Kira-kira 4-5 minit dari Pasar Borong NILAI 3. Pelan ke lokasi boleh lihat di http://desariahomestay.webs.com

 

Bilik ini attached dengan Bilik Air

Bilik ini attached dengan Bilik Air

Ini bilik sama tapi ada selimut dan 2 tuala, dalam bilik ni ada almari baju dan almari solek & meja sisi

Ini bilik sama tapi ada selimut dan 2 tuala, dalam bilik ni ada almari baju dan almari solek & meja sisi

Sesuai untuk anak2

Dilengkapi dua katil single, almari baju dan cermin

Anak-anak boleh bergurau senda disini. Jangan marah anak bermain, itukan kerja mereka?

Anak-anak boleh bergurau senda disini. Jangan marah anak bermain, itukan kerja mereka?

Santai bersama keluarga sambil kopi dan berbual mesra dengan keluarga.

Santai bersama keluarga sambil minum petang the/kopi dan berbual mesra dengan keluarga.

Buka sahaja pintu pakar dah taman mainan kanak-kanak. Anda boleh pantau mereka bermain dari rumah sahaja.

Buka sahaja pintu pakar dah taman mainan kanak-kanak. Anda boleh pantau mereka bermain dari rumah sahaja.

Kami sediakan pinggang magkuk, kuali dan periuk juga jika anda suka memasak. Pasar pun dekat sahaja untuk dapatkan bahan mentah.

Kami sediakan pinggang magkuk, kuali dan periuk juga jika anda suka memasak. Pasar pun dekat sahaja untuk dapatkan bahan mentah.

Posted in Artikel | 2 Comments »

Mari bantu mereka.

Posted by go4halal on 23/01/2014

Saya terbaca cerita ini dan sangat berasa sedih dan kecewa. Saya mahu anda juga baca….

Dua hari lepas, dalam perjalanan dari Puncak Alam ke Shah Alam, singgah sebentar di Masjid Negeri Shah Alam memandang azan baru sahaja berkumandang. Usai sahaja solat, hujan renyai-renyai sehingga lebat. Waktu itu kebetulan lapar, nampak seorang pakcik jual ais-krim di tepi pagar Masjid Negeri, singgah sebentar belikan aiskrim.

Sedang-sedang menunggu ais-krim disiapkan, hujan makin lebat, dentuman guruh semakin kuat. Nampak seorang lelaki india dan wanita india di tepi pagar, berdiri berdua di situ. Berseluar jeans, ber t-shirt bersahaja. Ana tanya..

“ buat apa sini bro? “

“ saya sedang tunggu teksi , mahu balik Padang Jawa “

Selepas perbualan kami dipanjangkan, dapat tahu saudara India tadi adalah seorang revert, wanita tadi adalah isterinya. Alhamdulillah bertambah saudara seIslam lagi.
Pada awal perbualan, saudara tadi memperkenalkan diri dengan nama Islamnya, Ariffin. Seorang lelaki berusia 25 tahun , berasal dari KL. Isterinya bernama Nadiah.

Terus ana mengajak mereka berdua menaiki kereta , ana tumpangkan terus dari Masjid tadi ke Padang Jawa. Dalam hujan makin lebat, kereta makin perlahan, ana bertanya padanya kenapa berada di masjid tadi

“ awak buat apa di situ tadi ? “

“ saya mahu jumpa itu Jais, saya sudah jumpa rumah, sekarang itu Jais kata mahu bayarkan sewa rumah kalau sudah jumpa “ sambil menunjukkan surat dari Jais

“ sekarang rumah saya di Padang Jawa sana sudah duduk 5 bulan, akhir bulan ini saya kena keluar, itu owner India tidak mahu saya duduk situ “

“ eh kenapa? “

“ itu Jais kata mahu bayar sewa, tapi sampai hari ini sudah 5 bulan saya sendiri yang bayar sewa, rumah saya apa pun tiada. Kosong tiada apa-apa “

“ tadi awak ke Jais mereka kata apa “

“ saya ke Jais itu Tingkat satu tempat muallaf, mahu hantar itu form lagi, untuk minta bantuan, mereka kata dulu mahu bantu , sampai hari ini masih tiada jawapan , saya isteri semua nak makan susah “

“ saya masuk Islam sukarela , tiada siapa ajak mahu paksa, saya rela masuk. Ibu bapa saya tidak bagi saya tinggal dengan mereka, mereka kata saya sudah Islam tidak boleh campur “
“ sekarang rumah saya tinggal itu rumah orang India lama punya, itu Ustaz Jais kata jangan guna pinggan mangkuk sudu semua, mereka kata akan beri bantuan kecemasan pinggan mangkuk lain. Tapi sampai hari ini, satu bantuan pun belum dapat.

Saya rumah satu apa pun tiada, tilam apa semua tiada. Itu ustaz kata mahu datang pun langsung tidak datang “

Hati ana yang dengar ni makin panas membara. Dalam hati seperti seribu carutan sudah diucapkan.

Sambung ana

“ then awak makan hari-hari makan apa? “

“ saya dengan isteri makan roti sapu itu plantar kuning setiap hari. Itu ustaz kata suruh minta saya belajar agama. Saya suka belajar, tapi bila waktu itu ustaz suruh datang hari itu, hari ini, hari orang kerja, saya juga kena kerja, mahu belajar macam mana? Saya kenderaan pun tiada “

“ itu tuan rumah kata Jais mahu bayar, itu cek sewa bulanan sampai hari ini pun tidak dapat lagi, kami sendiri juga yang bayar “

“Itu ustaz tiada datang tolong ke? “

“ itu ustaz saya jumpa call semua selalu kata, “ ariffin, you usaha lagi, cari rumah lagi, usaha lagi kerja semua, nanti kami tolong “ “

“ saya ada jiran beri saya motor , motor lama masuk ladang, baru dua hari guna sudah enjin rosak, sekarang mahu duit lagi rm 250 nak repair semua “

“ saya makan pun tiada, nak bayar sewa rumah semua “

Sedar tidak sedar sedang berbual sambil isteri di sebelah, dan mereka berdua di seat belakang, kami telah tiba di rumah mereka ,apartment tingkat 11. Tiba di sana, Ariffin kata

“ saya punya isteri tidak boleh pakai tudung masuk rumah, ada kawan abang dia tinggal sini, nampak dia nampak ,.susah “

Terus isterinya buka tudung, kami terkejut, keIslaman mereka masih dirahsiakan walaupun 8 bulan sudah memeluk Islam! Allah AllahT_T”

En. Arifin tadi mengajak ke rumahnya, bila tiba di rumahnya, ia…KOSONG! KOSONG ! KOSONG! Dari ruang tamu pintu masuk hingga ke dapur hanya dalam 6-7 langkah saja, ruang tamu kosong, bilik tidur kosong, tiada tv, tiada katil mahupun tilam bahkan peti sejuk dan dapur memasak pun tiada. Yang boleh nampak hanyalah tikar sejadah dihamparkan di dalam bilik mengarah ke kiblat.

Oh sayu nya!
Mereka tidur setiap hari bertilamkan lantai, mengalas perut dengan roti. Hey mana kamu semua yang bekerja di Pejabat Agama! Duduk dalam aircond semata? , ini SAUDARA ISLAM kamu yang minta pertolongan kamu buat apa? Pergi lah carik orang untuk dibantu, kami bayar zakat setiap tahun , zakat harta, fitrah , emas etc, kemana pergi semua wang zakat itu?

Ada 7 asnaf semuanya, bila ke Majlis Zakat, kamu sekalian dengan bangga ucapkan keuntungan zakat sehingga berjuta-juta, buat majlis program di hotel sekalian sekalian makan 4 kali sehari, ini saudara kamu 8 bulan peluk Islam bantuan sekali sahaja diberi?
Sungguh macam pelarian hidup mereka, berkat sungguh hidup kamu wahai pegawai-pegawai Majlis Agama?

Kebetulan hari ini 10 Januari, baru keluarkan duit untuk bayar duit kereta dan duit rumah. Terus ana capai duit itu, berikan semua pada mereka. Mereka orang Islam, mereka orang Malaysia kita, iya inilah tanggungjawab kita sebagai saudara seagama dan se-negara.

Dulu dengar cerita orang pusat zakat layan peminta zakat macam si*l. Hari ini nampak benar cerita itu didepan mata. Bila masuk ke parking mana-mana pusat zakat, kereta Perdana, BMW, Mercedes tersergam indah. Kaya benar kau dengan gaji bulanan? Rasa-rasa kerja itu berkat ke? Orang 8 bulan hidup tunggang langgang nak cari tempat tinggal, nak makan, ditinggalkan keluarga, pertolongan yang diberi hanyalah

“ bersabar dan usaha lagi “ ?

Rasa tidak berbaloi benar nak bayar zakat begini, tiada langsung kemajuan. Kami bayar zakat bukan untuk bayar gaji kalian, kami nak Islam agama kami ini mekar , menjadi tempat bantuan, tempat bergantung harap. Membantu ketika sukar.

10 hari dari sekarang, apakah yang akan terjadi pada en. Ariffin itu dan isterinya? Ditendang keluar oleh tuan rumah? Masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang?

Jangan lupa, setiap sen gaji yang dibayar menggunakan duit zakat itu akan ditanya oleh SEMUA pembayar zakat di Padang Mahsyar, kamu tidak buat kerja , masih mahu duduk bersenang-senang di dalam ofis di bawah air cond , silakan. Tunggu lah sehingga kalam dan janji Ilahi itu menjadi pasti.

kisah yang dikongsi diambil dari : http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=7557

Posted in Artikel | Leave a Comment »

Adakah Itu Malam Lailatulqodar?

Posted by go4halal on 20/08/2013

Assalamualaikum semua makhluk di atas mukabumi ALLAH. Terlalu lama saya tidak menghiraukan blog ini kerana perniagaan HPA pun telah jatuh, produk pun sukar untuk diperolehi. Stokist banyak yang tutup. Semoga mendapat bantuan dari ALLAH jua. Mohon maaf kepada pengguna semua. Sama-sama kita berdoa agar perniagaan HPA pulih semula. Semoga ALLAH berkati usaha Tn. Hj. Ismail.

Hari ini saya tiba-tiba teringat yang saya pernah buka blog suatu hari dahulu. Saya cuba login malangnya gagal kerana password telah lupa. Setelah diusahakan berbagai cara akhirnya…..berjaya juga saya buka blog ini.

Pembaca yang dihormati, kali ini saya ingin kongsikan emel dari anak saya yang sangat berlainan dari emel biasanya. Emel ini diterima pada 30/07/2013 bersamaan 21 Ramadhan 1434 H iaitu malam bermulanya kiraan Lailatulqadar. Kebetulan dimalam yang sama, saya bangun awal untuk beribadah malam. Biasanya saya bangun jam 4.00 pagi tetapi malam tersebut saya bangun 2.30 pagi. Tiba-tiba mata terus terbuka, tidak mengantuk, badan terasa segar dan hati rasa gembira untuk beribadah. Seperti biasa saya akan mandi tak kira jam berapa saya bangun, kemudian cuba berwuduk dengan sempurna.

Setelah bersedia saya terus beribadah dengan seronok tanpa rasa mengantuk dan penat. Bermula dengan 2 rakaat tahajjut, tiba-tiba saya rasa ingin mengkhado solat dari Subuh, Zohor, Asar, Magrib, Isyak. Setelah selesai semuanya, saya rasa masih segar dan bertenaga untuk meneruskan solat-solat sunat yang lain. Saya sambung lagi solat hingga 40 min lagi masuk waktu sahur.

Biasanya jangankan nak solat banyak2, dua rakaat sahaja saya telah mula menerawang dan memang solat saya sering tidak kusyuk. Namun untuk ramadhan tahun ini, saya buat persediaan awal. Setengah bulan sebelum ramadhan saya telah meng awalkan bangun pagi iaitu dari 4.30 – 5.00 pagi kepada 4.00 pagi (wajib bangun). Saya akan solat dan berdoa supaya saya dapat bertemu Ramadhan. Tidak lupa saya terus berdoa agar ALLAH bantu untuk kusyukan solat saya. Saya berdoa untuk saya, suami, anak2, ibu bapa, keluarga, muslimin dan muslimat.

Terlalu sayang untuk berganjak dari sejadah. Anehnya wuduk saya juga kekal begitu lama, biasanya hanya tahan untuk 1 solat. Biasanya saya terpaksa berwuduk beberapa kali kerana wuduk saya cepat batal.

Selesai sahur saya bersiap untuk ke surau dengan hati berbunga riang. Tidak tahu kenapa pagi itu saya teruja semacam. Pada hal segala solat saya entah diterima entahkan tidak oleh ALLAH (swt). Namun dengan sifat yang dimilikinya iaitu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pemurah pasti ALLAH membenarkan malaikat roqib/atib mencatat segala amal saya malam itu untuk diserahkan semula kepada saya di yaumil mahsyar nanti.

Saya rasa malam itu sungguh luar biasa. Saya tidak menjenguk keluar rumah kerana terlalu sayangkan masa. Masa malam itu terasa sangat berharga. Esoknya saya menerima emel yang berbeza dari biasa dari anak saya. Selalu emelnya begitu pendek, padat dan tepat. Tidak lebih 5 baris yang pendek2. Tetapi kali ini panjang lebar huraiannya dan penuh pengisian. Benar-benar buat saya teruja. Bagaikan menerima hadiah yang sangat istimewa dari ALLAH. Saya kongsikan dengan kawan-kawan yang ingin mencari iktibar dari kisah ini.

Penutupnya, saya bukan kata saya bertemu dengan malam Lailatulqodar, siapalah saya. Amal kurang, ilmu kosong malah segala-galanya kekurangan lagi dhoif. Cuma bagi saya malam tersebut hanyalah satu malam yang sangat istimewa buat saya apabila kebetulan saya menerima emel dari anak seperti dibawah ini. Saya terus mencari Lailatulqodar hingga ke malam terakhir, semoga saya telah bertemu dengannya walaupun saya tidak nampak dan tidak rasa.

From Kak Long With Lots Of Love

Assalamualaikum, mak, ayah, nina, aisyah, aiman

Harap semua org sihat iman, akal, jasmani, rohani.

Semalam ada mabit atau panggil sleepover, Kak Long (kl) tido rumah kawan ramai2 bercakap2 pasal syurga.

Mula2 dia bagi intro pasal syurga:

Surah Al-Hadid 57:20-21 pg 540:

Ayat 20: ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah pemainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba-lumba dalam menambah kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yg tanam-tanamanya mengkagumkan para petani, dan kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yg keras dan keampunan daripada Allah dan keredhaanNya. Kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yg palsu.

Ayat 21: berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yg luasnya seluas langit dan bumi, yg disediakan bagi orang yg beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya. Itulah kurniaan Allah yg diberikan kepada sesiapa yg dikehendakiNya. Dan Allah mempunyai kurniaan yg besar.

Surah Al-Balad 90:27-30 pg 594

Ayat 27: Wahai jiwa yg tenang
Ayat 28: Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yg redha dan diredhaiNya
Ayat 29: Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu
Ayat 30: Dan masuklah ke dalam syurgaKu

Surah al-Mukminun 23:29 pg 344

Dan berdoalah, Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yg diberkati dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat.

Lepas tu kl main satu game ni, matlamat dia nk masuk ‘syurga’, untuk masuk syurga kena osom dulu. Lepas tu ada peringkat2. Kalau menang naik satu peringkat kalau kalah turun satu peringkat.

Lepas tu ramai org start masuk ‘syurga’. Yg dah dekat syurga tu panggil2 kawan2 yg x masuk lagi, bg semangat supaya menang.

Nak dipendekkan cerita, last2 tinggal 2 org je dua2 yg x dpt masuk ‘syurga’. Kl la org yg last sekali tu. Kl sedih sgt sampai menangis. Walaupun tahu tu game je, tapi bila tgk semua kawan2 kl dpt masuk ‘syurga’ kl sorg je stuck dekat bawah sedih sgt.

Lepas tu buatlah pengisian,

Dia tanya perasaan org yg mula2 masuk ‘syurga’ tu dengan kl yg x dpt masuk. Kl menangis la masa tu, sapa nak masuk ‘neraka’ nauzubillahiminzalik. Dia ckp situasi tu lebih kurang sama dengan yg Allah dah banyak beritahu dalam Al-quran.

Lepas tu share surah Al-Araf. Surah ni banyak cerita pasal penghuni syurga dan neraka.

Lepas tu dia tanya senang ke nak masuk syurga? Walaupun main osom je tapi kadang2 menang kadang2 kalah, bila kalah kena start balik, jadi susahlah. Dia pon share, nk masuk syurga pon macam tu, kita kenalah berusaha, takkanlah kita nak ‘berharap’, ‘berangan-angan’ nak masuk tapi x de usaha.

Lepas tu share lagi, masa main game semua org nak menang, x de sapa nak bagi peluang dekat opponet satu lagi walaupun tu kawan dia sendiri, atau kawan karib, semua org sibuk dengan hal masing2. Semua org nk ‘syurga’ je.

Lepas tu share

Surah al-zukhruf 43:67 pg 494
teman-teman karib(kata akar dia khalil maksud dia org yg kita kasihi x semestinya teman karib) pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain kecuali mereka yg bertaqwa.

Surah Abasa 80:34-37 pg 585
Ayat 34: Pada hari itu manusia lari daripada saudaranya,
Ayat 35: Dan daripada ibu dan bapanya
Ayat 36; Dan daripada isteri dan anak-anaknya
Ayat 37: Setiap daripada mereka pada hari itu mempunyai urusan yang menyibukkannya.

Lepas tu masa semua org dapat masuk syurga ni dia boleh lihat je sapa yg masuk neraka, x de sapa boleh tolong.

Lepas tu share pasal kisah sorang ahli syurga ni. Dia borak2 dengan kawan syurga dia. Dia cerita dulu dia ada sorang kawan dekat dunia, kawan dia tu tanya: Engkau percaya ke pasal kiamat, akhirat? Engkau percaya ke kita akan dihidupkan setelah menjadi tulang belulang?

Ahli syurga tu pon bawa kawan syurga dia pergi tinjau kawan dia dekat dunia tu, kawan dia tu dibakar api neraka yg menyala-nyala. Ahli syurga tu pun cakap, engkau hampir saja mencelakan ku jika tidak kerana nikmat Allah pasti aku jadi golongan yg diseret(ke neraka)

Jadi, hati-hati pilih kawan.

Ayat dekat atas ni Surah al-Shaffat ayat 51 sampai 57 pg 447&448

p/s: ayat 40-50 pon ada cerita pasal suasana dekat syurga.

Lepas tu kawan kl ckp, hari ni dlm game kita tgk kawan2 kita yg x dpt masuk ‘syurga’, tp cuba bayangkan kalau org tu org yg kita sayang macam mak, ayah, adik beradik, nenek atuk pakcik makcik semua, apa perasaan kita kalau tengok orang2 yg kita sayang dekat neraka tu, mcm mn kalau org tu masuk neraka sebab kita dekat dunia x tarik dia kenal akhirat. Kl apalagi kecut perut la dengar. Risau.

Jadi, kl harap mak ayah, nina, aisyah, aiman berlumba2 nak kutip pahala, jadi pemburu akhirat.

Kl nak jumpa mak, ayah, nina, aisyah, aiman dekat syurga

Lepas tu kawan kl share satu hadis x igt dr siapa. (kl rephrase sbb x salin ayat sebenar, bunyi dia lebih kurang macam ni)

Malaikat naik ke langit bercakap dengan Allah, Ya Allah ada sekumpulan manusia dekat bumi bercakap2 tentang Engkau.
Allah dah tahu tp dia tanya: Bercakap tentang apa?
Malaikat: Mereka bercakap tentang kebesaran Mu, mereka bercakap pasal syurga dan neraka.
Allah tanya: Tapi mereka pernah jumpa Aku atau Syurga/neraka?
Malaikat ckp: X pernah
Allah ckp: Aku ampunkan dosa semua manusia itu
Malaikat: Tapi ada je manusia tu yg tersinggah je dekat majlis tu, ada yg datang tapi penat dan tertidur, x semua fokus dekat info yg diberi.
Allah ckp: X pe, Aku ampunkan semua dosa mereka.

Nilai yg kita boleh ambil: Pergilah cari majlis ilmu, dengar, faham, amalkan, duduk dikalangan org yg memburu syurga. Semoga kita juga boleh jadi ahli syurga jugak.

Kl harap kita saling mengingat antara satu sama lain masa duduk dekat dunia ni, sebelum datang masa yg betul-betul menyibukkan tu nanti.

Mak, ayah, nina, aisyah, aiman

Banyak2 kan ibadah, lipatgandakan usaha, kita sama2 bertaubat, cari redha Alah, banyakkan amalan utk masuk syurga. Mak, ayah, nina, aisyah, aiman tolonglah masuk syurga, tolonglah beramal banyak2, kaklong pon sama.

Lepas tu nak dekat habis tu ada sorang ni share, ayah dia dah meninggal dunia, lepas tu dia sedih bila teringat dekat ayah dia, dia sedih sebab x sempat nak cerita betul2 pasal Islam dekat ayah dia, dia sedih dia lambat kenal islam betul2. Dia boleh berdoa je dekat ayah dia, tapi kalau boleh dia nak buat lebih lagi dari tu tapi dah x sempat. Kl pon sedih jugak dengar cerita dia.

Jadi sementara ada peluang ni, kl nak menyeru atau merayu semua org utk tingkatkan ilmu pasal Islam, kl pon banyak lagi yg x tahu, banyak lagi yg x buat, banyak lagi karat-karat degil jahiliyah tu, tapi kl nak bagitahu sekarang jugak sebab peluang tu masih ada, kl takut kalau kl x bagi tahu sekarang, kl takut kalau nk tunggu ilmu penuh di dada tu nanti x sempat. Kalau mak, ayah, nina, aisyah, aiman nak share2 info pon boleh.

Kl harap kita semua boleh betulkan niat sekarang, dan bergerak menjadi pemburu syurga. Dah x banyak masa dah sekarang ni. Banyakkan tadabur Al-quran, baca maksud. Al-quran ini lah cara Allah nak bercakap2 dengan kita. Banyakkan bertasbih. Ingat Allah selalu. Buat semua fisabilillah, nak makan, tidur, membaca, naik kereta, pergi kerja, pergi sekolah, buat apa2 pon niat kerana Allah.

Bila ada masa lebih baca kisah sahabat, pasal perjuangan nabi, bincang pasal maslahat umat, isu syria, palestin, mesir, pasal umat Islam seluruh dunia. Manfaatkan masa dengan sebaiknya. Jgn bazir walau sesaat pon utk buat perkara yg melalaikan. Solat jemaah, tadarus. Baca buku ramai2 dekat meja makan. Kl pon insyaAllah nk start jugak lepas ni. Tgh semangat Alhamdulillah.

Kalau rasa x semangat bakar semangat org serumah. Bila buat secara jemaah ni boleh bantu naikkan semangat. Cari org yg jiwanya nk memburu syurga.

Solat rawatib, bangun qiyam, solat dhuha, baca mathurat, tadabur al-quran, jemaah solat, dengar pengisian. Sibukkan masa dengan buat investment. Biasakan suasana rumah kita dengan budaya dan cara hidup Islam. Baca tafsir tu x pelik, solat jemaah x asing, dahaga cari ilmu tu perkara biasa.
Jom kita hafal Al-Quran mana yg mampu, kl pon baru nak start. Kl nak start dengan surah pendek2. Buat ikut kemampuan. Tapi sentiasa aim higher!

Kl pon x tahu sampai bila kl boleh semangat mcm ni, tapi harap2 nya lama. Jom kita sama2 buang bad habits. Dr muhaya cakap, u cannot stop bad habits but u can replace it with good habits. Ada satu lagi quote “the month of ramadhan is a good opportunity to build good habits or break bad habits”

Surah Al-Mukminun ayat 1-10 pg 342: 7 tanda org mukmin

Akhir sekali kl nk akhiri surat ni dengan ayat dari surah Al-Rad. Amin.

Surah Al-Rad 13:23 pg252

Iaitu syurga Adn yg mereka masuk kedalamnya bersama-sama dengan org yg beramal soleh terdiri daripada ibu-bapa mereka, isteri-isteri mereka, dan anak cucu mereka, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat2 mereka dari semua pintu.

Bulan Ramadhan ni pintu syurga terbuka luas, pintu neraka pula ditutup. Tadi kawan kl bagi perumpamaan mcm MSU bagi cuti sebulan, universiti tutup lepas tu semua org dapat tiket balik Malaysia free. Amat peliklah kalau x rebut peluang tu dengan sebaik mungkin, dan ada yg x kena kalau nk duduk sorang2 dekat India ni dan pergi bangunan MSU tanpa sebab. Betul jugak tu. Banyak betul masa yg kl dah sia-siakan. Astaghfirullah.

Kl harap surat ni boleh naikkan semangat semua orang terutama kl sendiri untuk menghadapi dan mencakup peluang ramdhan yg tinggal x sampai 2 minggu ni dengan sebaiknya. Dan teruskan perjuangan lepas habis Ramadhan sampai nafas yg terakhir.

Terima kasih jugak kepada mak yg selalu bagi nasihat ke arah mencapai syurga. I know how you feel mak. Hehe. Sekarang jom semua bergerak buat amalan untuk masuk syurga. Amin.

Posted in Artikel | Leave a Comment »

SET BUASIR

Posted by go4halal on 17/05/2013

set-buasir

SET CADANGAN UNTUK BUASIR : RM150.00 TERMASUK KOS POS

INGIN MENCUBA?: sms ke no. 019 2638476/013 6949004

PRODUK UTAMA : HERBA FICUS ( Dalam bentuk capsule di makan 3biji malam dan 3biji pagi – hingga sembuh)
+ MINYAK BUT-BUT (lumur tempat luka atau benjolan)

TAMBAHAN : SET COLON CLEANSING
Buasir ialah benjelon yang wujud di selaput lendir rektum atau pada kulit dubur. Sembelit merupakan punca terjadinya buasir teruatamanya berlaku apabila seseorang itu meneran untuk proses pembuangan air besar. Keadaan ini juga berlaku pada wanita yang meneran untuk melahirkan bayi.

Kekurangan serat dan makanan pedas juga merupakan punca kepada terjadinya buasir (walaupun tidak meneran tetapi kerap membuang air besar). Penderita buasir akan mengalami pedih, keluar benjolan, gatal pada rektum dan berlaku pendarahan (apabila telah serius). Ficus merupakan produk terbaik untuk mereka yang mengalami permasalahan tersebut. Herba Ficus Callicarpa (Pokok Tengkuk Biawak) merupakan herba utama dalam ubat buasir ini.

Ficus untuk Buasir

Ficus calicarpa dan Ardisia crispa merupakan dua herba astringen(kelat/sepet(ind) yang mempunyai kesan mengecutkan buasir/peradangan.Namun bagitu ada sedikit teknik pengambilan kapsul ficus agar lebih berkesan iaitu:-

1. Buka kapsul dengan dos minima 3×3 bagi yang tidak teruk dan 5×3 bagi yang serious.
2. Masukan serbuk kedalam gelas sederhana dan dimasukan air yang mendidih kedalamnya.
3. Kacau/aduk(ind) dan tutup dengan piring agar tidak keluar wapnya.
4. selepas agak suam,minum persiapan herba tersebut sebelum makan.

InsyaAllah , kaedah perawatan buasir yang mudah dengan herba terpilih.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Ficus Callicarpa 2. Ipomea Reptans

MINYAK BUT-BUT HPA

Minyak But-But mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuklah jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung But-But untuk membuat sarangnya.

KELEBIHAN MIYAK BUT-BUT ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

Untuk Patah Tulang.

Panaskan minyak dan sapukan pada bahagian yang patah dan terus balutnya dengan kain. Amalkan bersama Radix sebanyak 6 kapsul sehari.

Untuk Buasir.

Sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur/anus yang terkeluar. Amalkan bersama Ficus, Pelawas dan Coscinium Plus.

Untuk Darah Tinggi dan Lumpuh atau Stroke.

Panaskan minyak sedikit dan sapukan pada bahagian leher dan bahagian yang terasa kesemutan dan lumpuh.

Untuk Urut.

Minyak ini bersifat sejuk diluar dan didalam ia akan meresap ke lapisan epidermis yang mampu untuk mengubati saraf yang terganggu.

Sengatan Serangga.

Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.

Luka Kecil-Kecil.

Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.

Terkena Air Panas dan Luka Terbakar.

Sapukan minyak ke bahagian yang mengelembung.

Cirit-Birit.

Minum satu sudu kecil bersama air suam.

Kembung Perut.

Panaskan sedikit minyak dan urut perlahan-lahan secara berulang kali di bahagian perut secara memutar. Untuk kanak-kanak gunakan daun sirih dan sapukan minyak pada bahagian perut.

Asma.

Kanak-Kanak kecil, minum satu sudu kecil pada waktu malam dan sapukan pada bahagian dada dan selimutkan kanak-kanak tersebut.

Kanak-Kanak Yang Sering Kencing Malam.

Sapukan pada bahagian ari-ari sebelum tidur. Dicadangkan amalkan bersama Madu Asli.

Bayi Sering Menangis Pada Waktu Malam.

Sapukan pada bahagian kening atas pada setiap waktu malam.

Lemah Tenaga Batin.

Lakukan urutan pada bahagian zakar pada setiap hari.

Wanita Menopouse.

Digunakan untuk menghilangkan rasa sakit bersama suami.

.

Komposisi (75 ml per botol) :
1. Kaempferia Galanga

2. Melaleuca Lecodendron

3. Cocos Nucifera Oil

4. Tinospora Crispa

TAMBAHAN:

Seperti yang dibincangkan pada post sebelum ini (http://hpa4online.com/?p=684 ), iaitu mengenai pentingnya menjaga kesihatan usus serta 80% penyakit yang berpunca dari usus.

Persoalan yang sering timbul dikalangan kita adalah, “apakah cara yg sesuai nak jaga usus ni?”
Jangan risau kerana HPA ada penyelesaiannya Mari kita lihat apakah alternatif atau penyelesaian kepada masalah usus ini.
Set colon cleansing merupakan sinergi yang sangat baik bagi menjaga kesihatan usus kita.

Terdiri daripada sinergi 3 Herba iaitu Herba Spirulina, Herba Tuju Angin dan Herba Pelawas.
Herba Spirulina

Spirulina (Arthospira) adalah sejenis rumpai laut berwarna biru kehijauan dan telah dijadikan sebagai makanan kesihatan dan perawatan melalui penelitian dan kajian para ahli duniasejak puluhan tahunyang lalu. Sumber anti toksik yang tinggi sangat sesuai dijadikan amalan harian untuk masyarakat yang terdedah kepada makanan dan minuman yang mengandungi toksid, yang menurunkan imunisasi dan menyebabkan perbagai penyakit. Spirulina mudah diserap kedalam tubuh dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Kelebihan spirulina:
1.Bertindak sebagai anti virus
2.Menurunkan kadar kolesterol.
3.Menaikkan imunisasi badan.
4.Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam.
5.Beta karotin untuk menguatkan penglihatan.
6.Vitamin B12 membantu membentuk sel darah merah dan sum-sum.
7.Zat besi membantu menguatkan sel darah merah dan menguatkan pertahanan badan.
8.Mengatasi kelemahan tubuh badan.
9.Bahan pengganti khusus kepada kanak-kanak yang tidak suka makan sayur.
Komposisi (60 Kapsul per botol) :Spirulina
Dos :1-2 kapsul pagi, dan 1-2 kapsul malam
Herba Pelawas

Produk ini merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus.
·Pelawas dapat mengurangi risiko penyakit dengan mengurangi masa transit makanan pada saluran gastrousus dan membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
·Pelawas bertindak mengikat lemak-lemak dan asid empedu yang dikeluarkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkan Pelawas.
·Produk ini bertindak sebagai serat mudah larut dan kerana itu Pelawas dapat mengendalikan kadar gula dalam darah.
·Pelawas juga dapat menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar.
·Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar).
·Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan yang berlebihan.
Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.
Kandungan Bahan: Ipmea Reptans
Cara Pemakanan: Amalkan 2 kapsul pada malam dan 2 kapsul pada siang.
Jumlah Kandungan: 75 kapsul per botol
Herba Tuju Angin

Herba Tuju Angin mengandungi Teja Lawang, Akar Mengkudu,Pokok Larak, danTebu Gajah.
Khasiat Herba Tuju Angin:
1. Memperbaiki proses penghadaman dan juga melawaskan usus.
2. Mempercepatkan penyembuhan luka di dinding usus.
3. Apabila disinergikan dengan herba lain ia mampu menguatkan jantung (kardiotonik). Amat baik bagi mereka yang lemah jantung sekaligus mendatangkan kesan afrodisiak atau memulihkan tenaga batin.
4. Dapat mengatasi angin meroyan kalau disinergikan dengan herba lain.
5. Mengatasi perut kembung
6. Menghilangkan rheumatik
7. Mengatasi migrain
8. Mengatasi gastrik
9. Menghilangkan kesemutan(kebas) pada hujung jari
10. Meredakan sakit sendi
11. Hilang selera makan
Komposisi: 75 kapsul satu botol
Dos: 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam
Posted in Belian Online | Leave a comment

Posted in Herba Penawar Penyakit | Leave a Comment »

Jutawan memilih untuk jadi miskin, masyallah.

Posted by go4halal on 06/07/2012

 

Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.

Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi. Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.  Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.

Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia. Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.

 Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya. Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.

Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.

Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah. Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan. Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.

Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak. Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.

Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun. Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.

Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah. Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.

 Temu bual:

Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?

Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.

 Mengapa berbuat begitu?

Segala kekayaan dimiliki oleh Allah SWT, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.

Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaannya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.

Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?

Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.
 
Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?

Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain di mana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.

 Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?

Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.

 Bagaimana pula dengan hobi syeikh?

Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.

Ketepatan masa Al-Rajhi

Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah di mana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.
 

Penyelesaian Masalah

Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.” – Mynewshub.my

 SUMBER : http://syahrilkadir.wordpress.com/2012/06/01/jutawan-pengasas-bank-al-rajhi-yang-memilih-untuk-miskin/

 

Posted in Artikel | Leave a Comment »

Kitab Injil 1,500 tahun

Posted by go4halal on 28/02/2012

Kitab Injil berusia 1500 tahun ditemuiHarap penemuan ini boleh membuka mata penganut Yahudi dan Nasrani (Kristian) yang sombong, sesat dan dimurkai ALLAH kerana mengubah fakta sebenar Kitab Injil mengikut selera mereka. Menghalalkan babi yang haram dll. Mereka juga mencemar kitab suci mereka sendiri dengan penambahan dan pengurangkan isi kandungan kitab itu. Anehnya ramai pula yang terpengaruh, termasuklah orang-orang Islam sendiri yang turut tersesat dalam perjalanan untuk menuju alam akhirat yang kekal abadi. Muda-mudi kini ramai yang melayang akidah kerana memilih dunia yang sementara. Kepada pengikut semberono dan tegar kajilah Al-Quran dan pohonlah hidayah dari ALLAH untuk tunjukkan kebenaran kepada kamu…Semoga mereka terbuka hati untuk mencari dan menerima kebenaran. Apa-apa pun milik ALLAH lah segala alam dan seluruh isinya, syurga dan neraka juga milikNYA maka terserah siapa yang akan diberi hidayah dan siapa yang akan dibiarkan terus sesat. Namun ALLAH maha pengasih lagi maha penyayang, siapa yang mencari dan meminta(berdoa) Hidayah dariNYA pasti akan diberi dan ditemukan. Wallahualam.

Berita Harian – 2012/02/28

KITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki dan dikatakan mencatat ramalan kedatangan Nabi Muhammad.Terdapat catatan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad SAW

ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad. Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya. Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi

Posted in Artikel | Leave a Comment »

ENAM TANDA AWAL SAKIT JANTUNG

Posted by go4halal on 08/11/2011

Assalamualaikum muslimin muslimat pengunjung blog. Hari ini saya ingin kongsikan satu emel yang telah lama saya simpan, mungkin memberi faedah kepada yang berkenaan. Wallahualam.

Bagaimana mengesan tanda awal SAKIT JANTUNG? Antaranya dimaklumkan seperti berikut sebagai peringatan supaya kita tidak memandang ringan kepada penyakit…. Rawatan awal, insyallah dapat menyelamatkan jantung kita untus terus berdegup sihat.

1. KEPALA – Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dangan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

PENING KEPALA – Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
PENING / SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA – Bahagian atas – Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. Bahagian bawah (tengkuk) – Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah.
SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA – Menandakan penyakit migrain.
BISUL TERJADI DI KEPALA – Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
RASA PENING YANG MEMUSING – Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
——————————————————————————–

2. MULUT / KERONGKONG
LOYA / MUNTAH – Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
MUNTAH DARAH – Darah merah – Pembuangan tisu sudah musnah di bahagian kerongkong dan paru-paru. Darah hitam – Pembuangan tisu yang sudah musnah di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
•LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK – Tanda sakit jantung.
KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT – Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman atau barah kerongkong.
——————————————————————————–

3. KENCING
•KENCING KERAP – Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang berlebihan.
•AIR KENCING BERKAPUR – Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
•AIR KENCING BERMINYAK – Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berminyak.
AIR KENCING BERWARNA COKLAT – Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
•AIR KENCING BERDARAH – Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

——————————————————————————–

4. BUANG AIR BESAR
CIRIT-BIRIT / KERAP BUANG AIR BESAR – Membersihkan kotoran / keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan Cenkudu, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
•SEMBELIT – Membersihkan toksin dari usus kecil.
NAJIS BERDARAH – Darah merah – Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

•DARAH HITAM – Masalah penyakit ulser perut.
NAJIS BERWARNA HITAM – Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

——————————————————————————–

5. TINDAK BALAS BADAN

•BADAN RASA SAKIT – Secara umumnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah dan saluran pembuluh yang tersekat. Sakit menyucuk – Proses menyeimbangkan urat saraf. Sakit sengal – Menandakan luka di dalam badan . Sakit menyentap – Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan. Sakit menegang – Proses melancarkan pengaliran darah.
•BADAN TERASA BERAT / MALAS / LENGUH – Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku dan badan memerlukan rehat.
BADAN TERASA PANAS – Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
•BADAN TERASA RINGAN – Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

——————————————————————————–

6. TINDAK BALAS EMOSI
RASA TAKUT MENGEJUT – Lemah fungsi buah pinggang.
CEPAT NAIK DARAH / MARAH – Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
•RASA BIMBANG DAN TAKUT – Sistem paru-paru yang lemah.
•RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB – Sistem jantung yang lemah. Sistem saraf otak yang lemah. Masalah pengaliran darah.
•SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL – Sistem penghadaman yang lemah.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah manakala yang tidak baik adalah datang dari hambanya.

Posted in Artikel | 4 Comments »