PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA…TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

HERBA PENAWAR : GASTRIK DAN ANGIN

Posted by go4halal on 02/11/2008

Herba Tuju Angin

1. Angin Duduk: cepat penat, terasa mual

2. Angin Darah: emosi dan cepat marah

3. Angin Sendi: sakit-sakit badan, lemas, kesemutan dan terasa ditusuk-tusuk pada kaki dan tangan.

Herba Tuju Angin juga baik untuk mengubati migrain, gejalanya sakit kepala sebelah, tiba-tiba pusing. Selain itu, ia baik untuk mengatasi masalah gastrik seperti perut kembung, terasa kenyang sebelum makan.

Manfaat herba ini:

1. Mengatasi perut kembung

2. Menghilangkan rheumatik

3. Mengatasi migrain

4. Mengatasi maag/gastrik

5. Menghilangkan kesemutan pada hujung jari

6. Meredakan sakit sendi

7. Hilang selera makan

8. Lemah tenaga batin

9. Rheumatik

Komposisi (75 Kapsul per botol) :

1. Cinnamomum Iners

2. Vitex Pubescens

3. Micromelium Pubescens

4. Morinda Eliptica

Dos :
Malam 2 kapsul dan 1 kapsul untuk pagi.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

27 Responses to “HERBA PENAWAR : GASTRIK DAN ANGIN”

  1. Kayda said

    Salam

    Saya ibu hamil 3 bulan.
    Saya ingin bertanya mengenai produk HPA. Saya menghidapi asma yg biasa dan gastrik(Dispepsia) yg agak teruk.

    Soalan saya

    a) Adakah produk yg sesuai utk pesakit asma dan boleh kah diambil oleh ibu mengandung?
    b) Boleh kah ubat asma ini dimakan oleh pesakit gastrik?
    c) Untuk gastrik saya amalkan herba tuju angin. Jika saya ambil herba utk asma, bolehkah saya makan bersama dgn tuju angin?
    d) Apakah produk HPA yg sesuai diamalkan oleh ibu hamil?

    Terima kasih.

    • go4halal said

      Salam puan,

      Inilah jawapan bagi soalan puan (maaf lambat memberi maklumbalas – bz sket)

      Produk yang sesuai untuk pesakit asma dan boleh diambil oleh ibu mengandung :
      eq minda, spirulina, mega3 kapsul, herba tuju angin. kopiradix boleh diamalkan slps kandungan melebihi 4 bln. herba boleh diambil serentak. ni utk asma, gastrik, set hamil.

      Harap membantu puan.

      Terima kasih.

  2. Patricia George said

    Saya telah menjalani ujian darah dan mendapati Helicobacter Pylori IgG ialah 1.47 dan active. Saya sering merasa sakit gastrik, pening, mual dan tangan serta kaki saya seperti di cucuk jarum. Apakah herba ini sesuai dengan saya.

  3. dzul said

    salam..
    bagaimana umtuk dapatkan produk herba tuju angin?

    • go4halal said

      Salam,
      Herba Tuju Angin boleh didapati dimana2 cawangan atau stokist HPA. Sedara duk mana, saya akan bagitau tempat yang terdekat dengan saudara…atau semak di sebelah kiri blog ini…kan ada cawangan/stokist ? Klik dan lihat sendiri. Kalau tinggal di Putrajaya boleh hubungi saya. TK.

  4. anwar said

    saya telah melakukan endioskopi dan didapati ada Helicobacter pylori, gastrik dan perut merah sepenuhnya.Doktor syorkan esomeprazole tapi perut masih sakit lagi walaupun telah tiga minggu. apa perlu dibuat.

  5. khairul said

    salam…sy nk tnye…kwn sy ada gastrik..herba ni sesuai ke utk die??????????

    • go4halal said

      Salam,
      Allah lah maha mengetahui sesuatu itu sesuai dengan kita atau tidak. Syarat berubat ialah yakin dan doa akan kesembuhan..yang berusaha kita yang menyembuhkan tetap Allah tidak kira ubat apa yang kita makan…semuga anda cepat sembuh..boleh cuba ubatan herba tetapi jarakkan 3 jam dengan ubat hospital kerana takut ianya tidak memberi kesan. Klik sinergy untuk dapatkan sinergy gastrik. Selamat mencuba saya doakan anda sesuai dengan ubatan halalan toiyiban ini.

  6. mohd rizan said

    saya nak tanya sya kena gastrik yg teruk sehigga sesak nafas so mcmna sya nk dpt rawatan herba

    • go4halal said

      Ada banyak herba yang telah diuji mampu menjadi penawar kepada penyakit seperti yang anda alami, di antaranya produk terbaru Jelly Gamat HPA : https://go4halal.wordpress.com/2010/10/24/jelly-gamat-hpa/ . Apa yang penting ialah anda cuba secara berterusan, doa minta pada Allah akan kesembuhan dengan asbab ubat yang dimakan. Insyallah…yakin yang ALLAH akan sembuhkan> Setiap penyakit Allah turunkan bersama-sama dengan ubatnya.

  7. Syafiq said

    Assalammualakum, beberapa hari lepas saya mengalami sakit perut. Saya mengalaminya selama 3 hari sebelum berjumpa doktor, saya diberi ubat sakit perut, ubat angin dan ubat gastrik. Tetapi ubat yang diberikan tidak berkesan saya masih sakit (kecuali seketika selepas makan). Saya rasa letih loya dan hilang selera makan selain sakit perut. Adakah ubat ini sesuai untuk saya? Atau ada ubat lain?

    Terima Kasih.

    • go4halal said

      Salam Shafiq, saya agak lambat reply; semoga sudah sembuh dari penyakit Shafiq. Hmm..macam kena gastrik je tu.
      Cubalah herba dibawah ni:
      1. TEH HERBA RM16 – merawat luka dalaman
      2. MINYAK BUT-BUT RM8
      3. HERBA TUJUH ANGIN RM16 – berkesan menghilangkan angin
      4. SPIRULINA RM24
      5. KOPI RADIX RM13
      Lain-lain herba pun banyak boleh baca di Senarai Produk.
      Selamat mencuba

  8. dean said

    salam….nk tnya cmnernk order sy dokjb

  9. dean said

    salam….nk tnya cmnernk order heba tuju angin sy dok jb

  10. Ronald Hii said

    salam…

    sya ronald dri sabah berumur 27 tahun selalu sukar tarik nafas pnjang..adaka ini ialah gatrik?ulu hati jga selalu rsa pdih n cpat pning kpala..pas mkn rasa nak muntah dan mkn sikit rasa dah knyang…

  11. Dsyazman said

    Saya selalu pedih hulu hati…dan saya baru saja mengalami gastrik…apakah cadangan untuk ubat penawar gastrik…semakin hari semkin menjadi jadi sakit dan pedihnya…

  12. Nurul said

    Assalamualaikum…
    Saya nk tanya Herba Tuju Angin ni pilnya mcm mana yer? Adakah seperti ubat2 gastrik yg terdapt di klinik da farmasi? Saya menghadapi masalah angin n gastrik yg semakin teruk.. Ubat yg diberi doktor tak memberi kesan kepada saya kerana selepas memakannya, saya akan muntah2..

  13. siti aisah said

    Sy telah mengalami sakit pelik iaitu tenaga Dan sakit sakit seperti org tua walaupun muda,sy juga sering stress Dan mengalami gangguan emosi yg ketara. .setelah berputus asa, sy syak badan sy diserang angin. .sy mencari maklumat dalam internet Dan berjumpa ubat herba ini. .sy berharap Ia berkesan kerana baru mencuba

  14. nina said

    saya mengalami sakit angin gastrik yg teruk,angin susah nak lepas keluar,ada masa sesak nafas,apakah herba sesuai utk saya,saya ada menghidap penyakitt thyroid n asma

    • go4halal said

      kalau teruk sangat makan herba (lihat komen sebelum ini) sahaja tidak memadai berjumpalah dengan herbalis untuk dapat khidmat rawatan lain seperti berbekam dll…herbalis lebih berpengalaman.

  15. ibrahim said

    salam. adakah herba tuju angin sesuai untuk kanak2 dibawah 12 tahun

    • go4halal said

      Bawah 12 boleh ambil 1 biji selepas makan. Bawah 6 tahun – kalau gastrik – bagi madu 1 sudu + air mineral 300ml goncang2/kacau dan minum. Sebagai pengganti herba tuju angin. Insyallah. Usaha dan doa.

  16. Alif said

    salam..baru2 ini saya telah mengalami gejala gastrik..setelah mencuba herba tuju angin dan teh herba..alhamdullilah penyakit semakin berkurangan..

  17. sarimah said

    Bole saya tahu list tempat2 pengedar anda.Saya dari Singapura,kalau ada di kawasan jb,mudahkan saya cari Herba Tuju Angin.Harap balas dengan segera.

Leave a reply to nina Cancel reply

 
WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Scoliosis Survival

Yang Mempesonakan Pada Seseorang Itu Bukanlah Kesempurnaannya Tetapi Caranya Menghadapi Ketidaksempurnaan Itu.

Blog Peribadirasulullah

Membina Generasi Yang Cintakan Allah SWT Dan Rasulullah SAW

PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA...TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.