PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA…TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

Archive for February, 2010

Peningkatan Jualan …aku tumpang sekaki > gembira

Posted by go4halal on 20/02/2010

Dah beberapa hari aku tak melawat blog ni.  Sibuk sikit je malas yang banyak. Emel yahoo dan google pun dah beberapa hari aku tak baca. Berlambak emel pasal biz internet masuk ke mail box aku…tapi minta mahaplah aku tak minat … aku adalah pejuang tulen HPA.

Kalau kerana duit..rasanya duit gaji dah cukuplah tu (bukan nak riak) tapi oleh kerana aku bersyukur dengan apa yang ada; maka cukuplah tu. Tapi macamana dengan saham aku kat sana nanti… di tempat yang kekal abadi kalau takda saham… camna nak enjoy disana tu? bukan sekejap malahan selama2nya… itu yang membuat aku memilih HPA sebagai wadah perjuangan.

Uhu…uhu… kawan2 HPA kena fitnah tau…  ada orang kata HPA yang buat fitnah pasal SARDIN dan MILO punya cerita ni…  masa aku kursus HPA berkali2 dipesan oleh penceramah “Ceritakan tentang kebaikan halalan toiyiban jangan sekali-kali cerita keburukan produk lain atau pengeluar lain..jangan sekali-kali cuba menjatuhkan sesiapa…perjuangan kita mestilah tulen dan bersih lagi ikhlas”.

Kita tak kejar sangat bonus dunia tapi kita sama-sama kejar bonus akhirat… “Kita kejar bonus akhirat bonus dunia akan mengejar kita” … masih terngiang2 suara Prof Madya tu, top2 ada oarng kata HPA fitnahkan orang lain…tu dah jauh menyimpang tu. .. tapi aku yakin sangatlah orang HPA tak buat macamtu. Orang HPA ada ilmu. HPA sememangnya unggul untuk apa menjatuhkan dan memburukkan imej sendiri dengan kerja2 ‘tak berapa nak cerdik’ tu?

Apa2..aku luluskan je komen orang tu, biarlah korang yang rajin tolong jawab…aku dah malas nak layan cerita2 macam ni… . 🙂 .

Esok aku buat kursus Urut Reflexiologi. Harap ianya mendatangkan faedah kepada semua peserta.

Sebelum aku gi tido malam ni JOM nak kongsi berita gembira yang baru aku terima ni, aku tumpang berbangga dan semuga rezeki semua ahli bertambah murah.

Peningkatan jualan.Tahniah buat semua.

Posted: 18 Feb 2010 07:28 AM PST dari blog inilah jalan kami.

Kita kian mara membawa obor yang menyalakan jalan peniagaan dengan sesuatu yang halal. Aduhai…bagaimana hendak aku katakan ,entah dari mana,anda semua berada,dikampungkah atau di kota tetapi yang pasti jualan terus meningkat. Tahniah pada semua upline yang menggerakkan pasar kita menjadi ramai dan meriah.
Dari wang masuk setiap hari,sudah boleh kita jangkakan peningkatan jualan akan melebihi sejuta dari bulan lepas dan ini bermakna kemungkinan jualan mencecah 17 juta lebih. Kita memerlukan 3 bulan untuk menghantar jualan keparas target 20 juta. Insentif taawun menanti sebanyak 4 juta untuk dimiliki bersama.
Apakah jualan akan terus naik kerana masa kemuncak ialah pada bulan jun hingga bulan 12. Apakah penapis air dew dan produk moments akan “killer product”pada masa kini ? Mungkin….apapun pasaran herba ubatan yang lain tetap gagah dengan kaedah sinergi yang berkesan. Semuanya ini nikmat Allah pada kita untuk menguji sejauhmana kita mensykurinya.

Terima Kasih

Posted in Artikel | Leave a Comment »

Lagi Produk Khusus Untuk Wanita

Posted by go4halal on 17/02/2010

Satu lagi produk yang mesti kena cuba. Amalkan dengan radix sahara insyallah akan sihat lebih lama. Semuga wanita semua cuba demi kesihatan yang berkekalan. Kalau boleh biarlah kita sahaja melawat orang sakit janganlah sampai ada orang melawat kita yang terlantar sakit…uhu..uhu…sedihnya.

Bukankah mencegak lebih baik dari mengubati???

Selalau mencuba…bagi saya testimoni ya.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

RADIX SAHARA – MINUMAN YANG SEDAP DAN BERKHASIAT

Posted by go4halal on 16/02/2010

Saya selalu lupa nak minum madu, kurma pun banyak dirumah … masih tak bermakan. Konon nak blend buat juice …tapi tak juga terbuat dan terminum…uhu..uhu.. syukur HPA keluarkan produk ni..senanglah hidup saya selepas ni. Beli, minum, sihat dan dapat bonus 🙂 tu yang best giler…

Kordial Radix Sahara dihasilkan daripada kordial kurma yang disinergi bersama madu dan 7 herba Radix seperti Tongkat Ali, Teja Lawang, Mengkudu Hutan, Mata Pelanduk, Halban, Larak Hutan, Tebu Gajah.

Jangan jeles kalau saya kelihatan awet muda lepas ni… 🙂 JOM lah minum sekali.

Isipadu: 500 ml

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 17
Sabah & Sarawak : RM 20

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 15
Sabah & Sarawak : RM 18

Nilai Mata (NM) : 4

Posted in Minuman | 1 Comment »

BELI PENAPIS AIR..SOKONG/TAK SOKONG

Posted by go4halal on 11/02/2010

Salam,

Tuan/Puan warga blok Angsa boleh tinggalkan komen/Undi anda berkaitan tajuk diatas disini. Masuklah apa-apa komen ikhlas anda. Saya nak buat poll pun tak sempat jadi kita guna je ruangan ni untuk mengutarakan atau menselatankan pendapat anda…be free and happy semasa memberi pendapat.

Klik “leave a comment” tu dan tulislah apa saja…paling kurang pun..tulislah saya setuju/tidak setuju.

Terima kasih.

Posted in Uncategorized | 2 Comments »

Makan Sup Lipas

Posted by go4halal on 02/02/2010

Saya baru balik dari makan tengahari. Saya dan kawan-kawan order Nasi Ayam di sebuah restaoran yang penuh dengan pengunjung. Ramai yang beratur mengambil nasi ++, kaunter air pun penuh, casier pun beratur…hmm..mesti sedap ni kalau tak takkan ramai pelanggan.

Sampai turn kami, wah sedapnya nasi ayam…aku memang lapar sebab pagi sarapan biskut dengan kopi radix je. Kami membawa nasi ayam dan sup masing-masing. Saya terus duduk dan menghirup kuah sup…seorang kawan pergi membeli air.

Dia balik menatang air dan hm…duduk hirup sup…boleh tahan… kami mula berbual. Sedap juga nasi ayam …nak ajak kawan-kawan lain makan kat sinilah lain kali sebab kami memang jarang makan kat tempat ni.

A???…..alamak saya nampak sesuatu dalam mangkuk…ada kaki tapi macam bawang je…belek2 lagi…alamak…lipaslah… Uhu..uhu..termakan sup lipas.

Kalau kita tau kita termakan benda yang tidak sepatutnya memanglah geli…tetapi kalau tidak tahu??? sedap je telan. Walaupun tidak dihukumkan berdosa tetapi kesan termakan sup lipas ni tetap ada. Harap tak sakit perutlah…yang lebih sedih mungkin hati jadi gelap beberapa hari??? Minta dijauhkan…berhati-hatilah bila makan di kedai…uhu..jangan jadi macam saya…

Posted in Artikel | Leave a Comment »

 
WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Scoliosis Survival

Yang Mempesonakan Pada Seseorang Itu Bukanlah Kesempurnaannya Tetapi Caranya Menghadapi Ketidaksempurnaan Itu.

Blog Peribadirasulullah

Membina Generasi Yang Cintakan Allah SWT Dan Rasulullah SAW

PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA...TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.