PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA…TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

Berjayakah mengelak termakan produk syubhah di hari MULIA?

Posted by go4halal on 13/09/2010

Salam Aidil Fitri buat semua muslimin/muslimat. Bagaimana sambutan raya anda tahun ini? Saya agak sedih kerana kami sekeluarga tidak dapat berkumpul bersama buat pertama kalinya.  Balqis terpaksa berhari raya di negara orang kerana ada exam sebelum dan selepas raya.  Saya doakan dia berjaya menjawab soalan dengan tepat dan betul dan dapat markah cemerlang. Sabarlah, harap tahun hadapan, insyallah kita dapat beraya bersama semula.

Saya sampai ke kampung halaman suami (tempat tetap beraya setiap tahun) pada jam 1.30 pagi.  Tahun ini kami bawa mak (mak mertua saya) yang tinggal bersama anaknya di Cheras , balik bersama. Rumah kampung di tinggalkan dan dikunjungi sekali sekala oleh anaknya yang berkebun pisang, tebu, dll tanaman dan menternak ayam, itik, kambing, lembu dan ikan di kampung.  Semua diuruskan oleh Man dll (warga Indon) dan Musmuliadi (isteri man) menguruskan rumah, bersihkan bilik air dan sapu sampah…

Puas tidur dalam kereta, sampai kampung punggah barang, mengantuk pun hilang. Aku terus ke dapur masak air dan menanak nasi. Siap semua, lebih kurang pukul 2.30 pagi, baiklah terus bersahur takut nanti terbabas tidak terbangun sahur untuk esok ramadan terakhir tahun ini.

Selesai makan sahur masih awal ..baru 3.00 pagi.  Aku sempat buat beberapa solat sunat dan baca Yasin sebelum cuba melelapkan mata.  Hmm..terlena sekejap, dah terjaga semula sebab subuh dah masuk.

Anak-anak mak yang lain mula tiba di pagi Khamis sehari sebelum raya. Kami merancang menu yang sebenarnya adalah sama setiap tahun. Aku dan suami ke pasar mencari kelengkapan raya. Daging 5 kilo untuk rendang dan kurma, ayam 5 ekor untuk masak merah. Sayur-sayuran untuk kuah lodeh. Kami beli barang kering;  Nur (anak mak yang lain) beli barang kering seperti cili, bawang , beras, kacang, gas dll.

Aduh…dipasar, daging pun Cina yang jual, nasib baik ada Melayu jual ayam…aku perhatikan leher ayam..cantik kesan sembelihnya…kami beli, pakcik tolong potong kecil2..suami meminta…”Minta maaf dik…takdo potong-potong do, tak sompek, jua jo”..tiada khidmat potong sebab banyak sangat permintaan ayam.

Semestinya nak masak lodeh kena guna tahu, soon dan fucuk..alamak siapalah yang buat tu? Aku susah hati. Syukur tahu dah habis…aku senyum je…seronok sebab tak perlu beli dan masuk dalam kuah lodeh.. :).

Aku dan Nina shopping tudung raya di Jasin. Habis shopping kami balik semula ke Kg Gubah dan mula memasak untuk tetamu yang nak datang beraya esok.

Hari raya, aku bangun 5.40 pagi , mandi sunat hari raya dan bersiap ke Masjid. Nina, Aisyah pun kna kerah bangun dan jadi body guard aku ke masjid tak kira…tiap2 tahun mereka mesti ikut…mak guna kuasa veto. Aku lebih suka bersolat sunat raya di masjid sebab dapat feel..gema takbir syahdu dan menginsafkan..membuatkan hati sayu dapatkah bertemu ramadan lagi di tahun hadapan? Kami sampai agak awal dapatlah bertakbir dengan lebih lama, tempat beriktikaf pun boleh pilih2…kami ambil yang bahagian tengah…dekat kipas dan pintu..sejuk dan selesa.

Habis solat kami balik dan singgah dipusara aruah bapa mertua, tahlil dan yasin buat aruah dan juga kedua ibu bapaku yang telah pergi dahulu dan tidak perluang menyambut ramadan dan syawal… selesai semua kami kembali ke rumah..alhamdulillah kami beraya pula di rumah, anak-anak paling gembira bersalam dengan nenek (umur 91  tahun) , bapa saudara, mak saudara semua dah sedia beg untuk isi duit raya… makan juadah yang kami masak semalam..lemang tahun ini beli je, kueh mueh bawak sorang sikit..penuh meja.

Tetamu yang datang memang lebih ramai dari tahun sebelumnya… keluarga pertama belum balik, keluarga kedua dah sampai, belum siap bancuh air keluarga ketiga sampai dan seterusnya. Aku rehat sekejap untuk solat zohor, bila aku keluar ke ruang tamu semula, tetamu sudah bertukar. Yang datng tadi dah balik dan yang lain pula sedang menjamu selera.

Penat dan meriah…makanan yang kami masak habis licin… penat semalam sangat berbaloi….buat pertama kli kami tak buang makanan, sebab makanan dah habis…kuah lodeh dah licin, ayam masak merah pun tinggal kuah, kuah satay tinggal korek2, kurma pun tinggal kuah je, rendang ada lagi sebab ada yang bawak balik…lemang dan ketupat masih berbaki.

Raya kedua kami ke rumah Abang Ujang (anak ke 4 mak) di Cheng, Melaka. Tersedia masak asam daging tetel dan masak asam ikan pari, sayur kobis campur2, sup ayam dll menu..apa lagi bismillah dan jamu selera. Aku ambil peluang membasuh pakaian sebab mesin dikampung dah rosak…sebelum balik semua kain yang dibasuh tadi dah kering.

Menjelang petang kami ke Serkam pula, rumah anak mak yang bongsu (Pak Usu anak2 aku)…macam2 kek, biskut dan air mereka jamu.

Hm…hari ni saya datang kerja seorang je, saya bawak Aiman untuk teman. Aiman sedang sibuk menggunting kertas…dibawah meja ni, sedang saya pula sibuk mencoret di sini….di blok Angsa ni, hanya saya yang bekerja…apa boleh buat begitulah dikehendaki…

Ok itu saja kot untuk kali ini… terima kasih kepada yang sudi membaca…saya nak sambung kerja balik ni…tak boleh merapu lama-lama time opis ni.. 🙂 tapi tensionnya…nasib baik ada Aiman.

Salam raya semua pembaca budiman..semuga kunjungan ramdan dan syawal tahun hadpan dapat kita sambut lagi. AMIN.

Leave a comment

 
WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

Scoliosis Survival

Yang Mempesonakan Pada Seseorang Itu Bukanlah Kesempurnaannya Tetapi Caranya Menghadapi Ketidaksempurnaan Itu.

Blog Peribadirasulullah

Membina Generasi Yang Cintakan Allah SWT Dan Rasulullah SAW

PILIHLAH YANG HALALAN TOYYIBAN DALAM KEHIDUPAN

HALAL BUKAN PADA MAKANAN SAHAJA...TETAPI SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.